Showing posts with label Bollywood Movie. Show all posts
Showing posts with label Bollywood Movie. Show all posts

Mohabatien English Subtitles Online Wacth

on 6 Aug 2011

Share Filem Mohabatien ni lah. Walaupun cite dah lama, tapi sebab movie ni best kot. Evergreen cam tu.
Ntah la apa yang best sangat kat cite ni. Sebab muzik dia cool dan pelakon dia mantap kot. Ingat lagi, masa filem ni tengah kuar, aku masih di zaman persekolahan (menengah) suatu ketika dulu. Then waktu tu musim cuti persekolahan. Time tu aku kerja part time kat restoran (ship petang balik subuh) sebab aku bukan lah dari keluarga yang senang. Walaupun mak aku tak suruh, tapi aku saja je memandangkan cuti panjang aku boring dan nak rasa feel kerja (member ajak). Waah bukan main rajin lagi kerja kan bila masih sekolah. So bila pagi je time aku balik kerja, banyak sangat burung-burung kota kat pokok-pokok area tempat aku kerja tu. Daun pokok tu pulak pagi je mesti berguguran ( macam daun dalam filem mohabatien ni ). Kesian pakcik tu tiap hari sapu daunan yang tak pernah berhenti gugur. Tapi dah sumber rezeki dia kan, xpe lah.

So sebelum balik tu dok kemas-kemas meja makan dan etc, tokeh restoran sebelah tu selalu pasang Movie Mohabatien ni. Sambil lah aku berkerja dalam keheningan subuh, di mana bingkai langit baru cuba membelah mentari. dalam kedinginan hembusan bayu, di riangi kicauan camar yang pada aku merdu, dengan ketenangan kota yang belum lagi di datangi riuh, dalam hiasan daunan beribu luruh dan luruh di tambah dengan alunan piono filem tu, buat aku rasa tenang mencari rezeki dalam tika itu. Walaupun sedikit daif aku masa tu, tapi rasa bahagia berkerja dalam suasana tenang berbanding kerja sekarang. Rindu

Nanti sambung kat entri baru cerita aku tu k, ni aku bagi sesiapa nak tonton Mohabatien Full Movie dulu. Siap ada English Subtitles sebagai rujukan jika tak faham apa yang shah rukh khan cakap. Kalo tak faham dan nak Malay subtitle, tanya pada ruangan komen je, nanti aku translate dalam bahasa melayu.laughing

Mohabatien Full Movie Online wacth [ English Subtitles ]


Click icon frame for full screen

Part 1
SOPA PIPA ACTA

Part 2
SOPA PIPA ACTA

Part 3
SOPA PIPA ACTA

Part 4
SOPA PIPA ACTA

Part 5
SOPA PIPA ACTA

Part 6
SOPA PIPA ACTA

Part 7
SOPA PIPA ACTA

Sinopsis Mohabatien

Bermula dengan pertemuan 4 orang jejaka yang datang untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Gurukul. 4 orang jejaka ni menjadi sahabat sejati selepas mereka di tempatkan di satu bilik hostel yang sama. Umum mengetahui peraturan du Gurukul ini sangat ketat di tadbir oleh Pakcik Amitha Batchan ( seorang yang tegas dan keras bak batu ). Dimana pelajar di larang bercinta, dan menurut yang aku faham la, perempuan di larang masuk dalam kawasan Gurukul. Then sampai lah muncul seorang jejaka yang romantik datang di terima menjadi guru muzik di Gurukul, iaitu abang shah rukh khan ( Raj Aryan bukan Rahul ).

Kedatangan Raj ke Gurukul telah mengubah kehendak pelajar yang terbatas itu menjadi berani menentang peraturan ( parampara ) di sana atas pegangan dan kemahuan cinta dari Raj. Raj Seorang yang unik di sini kerana mempunyain cinta sebesar dunia. Dimana bini dia dah mati pon, pada dia tetap bersama dia di mana-mana sebagai inspirasi dia tuk tersenyum, bermuzik dan hidup. So dia tak berseorangan walaupun hakikatnya dia bersorangan ( dalam filem Mohabatien ).

Perubahan ini tidak di senangi Pakcik Amitha Batchan. Dalam Klimax Mohabatien ni, rupanya Shah Rukh Khan ni Suami kepada anak Pakcik Amitha yang telah meninggal suatu tika dahulu. Masa ini lah Shah Rukh khan bukan sahaja mengubah pelajar dan Gurukul, malah perlahan telah mengubah Pakcik Amitha Batchan yang Ego sekeras batu, dan garang bak penjaga penjara itu. 

Lebih tepat lagi sinopsis ni bila korang tengok sendiri film mohabatien full movie dengan english subtitle tu di atas.

Untuk boleh seacrh je kat google ni.