Profile Awie - Wings

on 12 Feb 2012

Profile Awie Penyanyi WIngs
Profile Awie Wings buat anda. Hari ini ingin review profile Awie penyanyi kumpulan Wings dan lelaki malaya popular ini.

Sebenarnya aku pun minat dengan vokal yang di miliki beliau ni sejak dari bangku sekolah lagi. Masa tu rasanya Awie masih muda dan belum pernah menjalankan pembedahan tekak. Masa tu vokal dan suara beliau memang terlalu lantang dan tinggi. Pada aku sangat rock ketika bersama Wings dan unik.

Baiklah kita terukan review profile dan sedikit kisah-kisah Awie dalam dunia hiburan juga di sertakan gosip artis yang bertapis bagi pihak Awie.

Biodata Awie

Gambar Awie Masa Muda
Biodata ringkas Ahmad Adzhar Othman anak kelahiran Batu keramat Lumpur seorang anak melayu yang begitu giat dalam industri lakonan dan nyanyian. Bermula menyinar ketika menjadi vokal utama kumpulan Wings sekitar awal 80'an sehingga kini. Pernah suatu ketika dahulu beliau di gelar "Hero Malaya" dengan kekerapannya muncul di panggung-panggung sekitar Malaysia sebagai hero karya-karya datuk Yusof Haslam. Sehingga kini awie masih mneruskan juga karier sebagai pelakon.

Pada tahun 2012 kini, Awie telah di nobatkan sebagai raja rock Malaysia kerana beliau dan kumpulan wings sememangnya legend rock Malaysia. Mungkin juga di ambil kira usia mereka dalam industri muzik dan nyanyian (bagi awie) dalam genre rock.

Personal Tentang Awie

Awie pernah putus tunang dengan Diva Malaysia atau pasangan heroin beliau dalam filem Sembilu Erra Fazirah pada tahun 1998.

Kemudian telah berkhawin dengan Arni Nazira iaitu pasangan heroin beliau dalam filem Nafas Cinta. Terdapat kontrevesi dalam industri hiburan Malaysia berhubung kait dengan perkhawinan mereka dengan pertunangan yang terputus dengan Erra Fazira, namun aku tidak mahu mengulas panjang perkara sebegini disini.

Atas permintaan Arni Nazira mereka telah pun bercerai pada October 2006 yang mana ketika itu mereka sudah dikurniakan 2 orang cahaya mata atas alasan perkhawinan Awie bersama Rozana Misbun (adik kepada Haliza Misbun) secara rahsia di Thailand.

Doakan semoga Awie dan zuriat-zuriat beliau di berkati dengan ketengangan, kesenangan dan perasaan bahagia selalu dan tiada nasib yang tertindas. Amin

Lagu-lagu Popular Awie

  1. Tragedi Oktober (OST Tragedi Oktober) 
  2. Di Penjara Janji 
  3. Bara (OST Bara) 
  4. Ukiran Jiwa 
  5. Terima Kasih 
  6. Nur Nilam Sari 
  7. Ratuku
  8. Iris 
  9. Alif Ba Ta Duniaku
  10. Mata Hati Jiwa
  11. Tiada Rahsia Antara Kita
  12. Sinar Bertemu Cahaya
  13. Nostalgia Cinta
  14. Di Bayang Awan
  15. Cinta Bukan Ilusi
  16. Kau Yang Mula Dulu
  17. Bersumpah Dengan Langit
Lagu Duet Awie
  1. Senja nan merah (Awie bersama Ziana) 
  2. Baldu Biru (Awie dan Ella)
  3. Halaman Asmara  (Awie dan Ziana)

Karier Lakonan Awie

Dalam sedar tak sedar awie telah banyak menceburkan diri dalam pelbagai filem di Malaysia. Di sini adalah list lakonan beliau sebagai watak utama dan pembantu :-

Watak Utama
  • Pemburu Bayang - 1993 (Datuk Yusof Haslam)
  • Sembilu - 1994 (Datuk Yusof Haslam)
  • Sembilu 2 - 1995 (Datuk Yusof Haslam)
  • Merah - 1996 (Datuk M.Nasir)
  • Tragedi Oktober - 1996 (Yusof Kelana)
  • Maria Mariana - 1998 (Datuk Yusof Haslam)
  • Bara - 1999 (Skop Production dan Grand Briliance)
  • Nafas Cinta - 1999 (Jailani Abdul Ghani Astro Shaw)
  • Getaran - 2001 (N.Nagaraj SV Production)
  • Iskandar - 2003 ( N. Nagaraj)
  • baik Punya Cilok - 2005 (Afdlin Shauki)
  • Zombi Kampung Pisang - 2007 (Mamat Khalid)
  • Sumolah - 2007 (Afdlin Shauki)
  • Cuci - 2008 (Hans Isaac)
  • Cinta U-Turn - 2008 (Line Clear Motion Picture)
  • Antoofighter: Amukan Drakulat - 2008 (Azizi 'Chunk' Adnan)
  • Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami! - 2010 (Din CJ)
  • Hantu Kak Limah Balik Rumah - 2010 (Mamat Khalid)
  • Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit - 2012 (Mamat Khalid)
Watak Pembantu
  • Burung Besi - 1999 (Bade Haji Azmi)
  • Sembilu 2005 - 2003 (Datuk Yusof Haslam)
  • Diva Popular - 2006 (Erma Fatimah)
  • Duyung - 2008 (KRU Studios)
  • Apa Kata Hati - 2008 (Tayangan Unggul)
  • Kapow!! - 2010 (tayangan Unggul)
Sekian dahulu review ringkas tentang  pejalanan dalam industri hiburan sebagai artis Malaysia dan profile Awie. 
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment