Skim Kenaikan Gaji Tentera 2012

on 11 Feb 2012


Skim kenaikan gaji tentera 2012 ini tiada kena mengena dengan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Ini kerana ia sebenarnya sudahpun dirancang lebih awal lagi. Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada ATM, akhirnya naik juga gaji tentera. Di bawah saya kongsikan butiran Skim Gaji Baru Angkatan Tentera Malaysia 2012.
  • Kenaikan gaji tentera (pemegang Ijazah Sarjana Muda) daripada RM2,100 kepada RM2,400, sebulan
  • Gaji pokok permulaan anggota tentera berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dinaikkan sekitar daripada RM800 kepada RM1,125 sebulan
  • Anggota prebet muda yang menyertai ATM ketika berusia 18 tahun boleh berkhidmat sehingga usia 45 tahun iaitu perkhidmatan maksimum selama 27 tahun
  • Sejajar dengan Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan ATM perkhidmatan terkanan di negara ini
Skim baru ini juga hanya dua kemasukan ke dalam perkhidmatan ATM akan dibuat iaitu melalui SPM dan Ijazah Sarjana Muda. Manakala semakan ke atas kemasukan kelayakan diploma pula sedang dilakukan. Kenaikan gaji melibatkan cabang lain dalam perkhidmatan awam yang lain akan menyusul selepas ini selewat-lewatnya sebelum PRU 13. Jadi,  harap korang bersabar yer, InsyaAllah akan ada kenaikkan gaji :)
Ranking: 5

{ 1 comment... read them below or add one }

MH8625 said...

iye ker, saya tentera takde rasa cenggitu kot


27 August 2012 at 23:55

Post a Comment