Showing posts with label Lemas di Cherating. Show all posts
Showing posts with label Lemas di Cherating. Show all posts

Tiga Beranak Mati Lemas

on 13 Feb 2012

Tiga beranak mati lemas di pantai Kampung Cherating ini berlaku pada pukul 4.45 petang. Cerita lemas sebegini sememangnya sering berlaku pada cuti sekolah. Dua beradik yang lemas itu adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau, Temerloh dan seorang lagi merupakan ayah tiri mereka iaitu Lans Koperal Mohd Asri Kamis.

Semuanya bermula apabila ibu mangsa melihat kedudukan dua anaknya yang semakin jauh bermain. Dia kemudiannya meminta Mohd Asri berenang ke arah mereka supaya menyuruh anak-anaknya berenang di jarak yang lebih dekat.

Selepas itu ibu mangsa yang berada di daratan kemudian sibuk menguruskan dua lagi anak perempuan mereka dan hanya menyedari tiga beranak terbabit lemas apabila penduduk kampung menemui mayat Mohd Asri yang hanyut kira-kira tiga kilometer dari lokasi asalnya. Berikut adalah gambar ketika kejadian itu berlaku :

Gambar Tiga Beranak Mati Lemas di Pantai Cherating


Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa, diharapkan mereka tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT.