Showing posts with label whitney Houston. Show all posts
Showing posts with label whitney Houston. Show all posts

Whitney Houston Meninggal Dunia

on 12 Feb 2012


Whitney Houston Meninggal Dunia 2012
Whitney Houston seorang legenda penyanyi terkenal dunia disahkan meninggal dunia pada umurnya 48 tahun apabila ditemui di bilik hotelnya di Beverly Hilton pagi tadi. Jurucakap rasmi Whitney Houston, Kristen Foster mengesahkan berita kematian penyanyi yang banyak kali memegang anugerah utama dunia muzik itu sebentar tadi.

Namun, punca kematian beliau masih belum diketahui kerana tidak didedahkan kepada umum oleh pihak keluarga Whitney Houston sendiri. Awal minggu lalu, menurut satu laporan berkata peminat dan media terserempak dengan Whitney Houston yang sedang berseronok dengan rakan rakan wanita dan juga filem terbaru beliau akan keluar pada Ogos nanti.

Beliau yang terkenal dengan suara yang lunak, merdu dan unik telah menempa namanya sebagai bintang penyanyi terkenal pada awal penglibatannya pada tahun 1985. Kariernya bukan sahaja tertumpu dalam bidang nyanyian malah dalam bidang lakonan. Namun pada tahun 1990 namanya agak tercalar apabila dikhabarkan beliau terlibat dengan penggunaan najis dadah serta ditambah pula dengan masalah perkahwinannya. Antara lagu yang membuatnya popular sehingga kini ialah lagu 'The Greatest Love Of All".

Ucapan takziah kepada keluarga beliau atas pemergian penyanyi terkenal, Whitney Houston.