Blog Aku Dofollow

on 8 Aug 2011

Blog aku dofollow dah - aku set up ke dofollow sebab sebab berdasarkan pengelihatan aku, blog dofollow ada kelebihan tersendiri walaupun ramai yang membahas blog dofollow ni menjadi target utama spam atas kelebihan link-link dofollow yang di index oleh engine carian seperti google. Antara punca ramai blogger taknak setup blog kepada dofollow,. Tapi kalo puratakan betul-betul, blog dofollow lebih menonjol di mata google. Kena pandai-pandai lah kan bila dah tau di mana setting link yang dofollow pada struktur blog kita. Kat link komen ke, kat anchor link content ke, link bloglist ke atau keseluruhan blog.

Baiklah buat apa aku nak kecoh blog ciput aku ni dofollow ke tak kan, sebab blog ni baru je wujud dan pagerank pon aduyai malu nak cakap.

Perkara yang sebenarnya aku nak share kat sini adalah tentang komen dofollow. Rasanya kalo korang adalah pejuang SEO mesti korang maklum bahawa jika link di ruangan komen tu dofollow di mana-mana blog, ianya akan membantu blog / url entri yang di linkkan itu mendapat populariti dan di anggap penting di mata google kan. Sebab itu lah blogger yang obses dengan SEO sangat tercari-cari blog dofollow.

Persoalannya sekarang, (pada yang terlibat) korang ada guna tak mana-mana tool  untuk detect di mana letaknya link yang dofollow pada struktur sesebuah blog itu? Kalo ada bagus. Sebab ramai yang aku perasan letak link komen merata kat blog-blog popular yang dofollow. Adakalanya link yang di letak tu bukan dofollow pon. Malah tidak kurangnya sesetengah blogger mengaku dofollow tapi hakikatnya hanya pada entri sahaja link itu dofollow, kat komen harem. Satu situasi lagi, ada blog yang perlukan kita daftarkan dulu diri sebagai user commentator baru lah link kita akan appear dofollow. So kena peka, kalo takat guna cermin mata rayban memang takkan dapat tahu dofollow atau tak. Kesimpulannya gunakan tool SEO ni. ( xguna pun boleh ada cara lain, tapi lebih senang kalo guna ).



software function : Highlight pink = nofollow | Tiada highlight = dofollow


Macam kat atas. Dengan adanya tool SEO macam ni, kita akan boleh tahu struktur set up sesebuah blog itu di mana terletaknya link yang akan dofollow untuk kita dengan hanya melihat highlght sahaja.

  • Sesetengah blog dofollow hanya di sebalik nama commentator pada comment form.
  • Ada juga blog yang hanya dofollow pada commentluv link 
  • Ada juga blog yang dofollow hingga ke cbox [ adeh..banyak gila outbound link ]
  • Sesetengah blog langsung tak dofollow pon sebenarnya rolling on the floor

Ini pula print screen blog aku dofollow, Kecuali shoutbox aku sahaja nofollow .


Tak penting pun , just nak gtau pasal tool ni. Blog aku dofollow bukan apa sangat pun. Sekadar bercakap dari pemerhatian dan hanya nak berkongsi

Download ads on tersebut dengan klik [ cara check blog dofollow ] ini.
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment