Maksud Meta Tag Abstract

on 12 Aug 2011

Jom bincang pasang meta tag abstract, 'Meta tag' adalah antara penunjang utama pada blog yang ber platform kan Blogspot untuk meng optimum kan Search Engine (SEO). Aku pun bukan power bab ni, cuma nak share je.

Adakalanya sesetengah blogger sangat menerapkan On Page SEO pada blog mereka [memang penting pun]. Antara perkara wajib kita buat kajian untuk On Page SEO blog kita kelak adalah Style dan struktur meta tag. Meta tag adalah bahasa yang akan mengarah dan membentuk blog kita di mata robot Search engine seperti Google. Terdapat pelbagai arahan dan style kita boleh pilih dan ubah pada struktur meta tag untuk penilaian dan letaknya posisi dan style blog kita di search engine.

Orite, skang nak fokus pasal Code Meta tag abstrack je. Sebab aku ada jalan-jalan dengan google, tengok banyak sangat toturial dari blogger-blogger lainnya tentang meta tag baru la, ala wordpress la dan etc. Tapi ada sesetengah toturial itu aku tengok terlalu banyak menerapkan koding tambahan lainnya yang tidak penting. Malah ada juga yang boleh menjejaskan kedudukan SERP kita nanti. Jika code tu tidak penting, ianya boleh menyusahkan kerja robot untuk menilai blog kita nanti.

Misalnya kode meta tag abstract seperti di bawah :
<meta name="abstract" content="text">
Koding abstract seperti di atas akan membuat tampilan entri kita di Search engine kelak menjadi minimum content ( Jika terindex lah, tapi tampilan minimum agak sukar untuk terindex kerana kata kunci mungkin tak nampak ).

Contoh tampilan minimum di maksudkan : -

Seperti gambarajah di atas, Untunglah jika bahagian entri kita pada awalnya lagi dah ada kata kunci. Kalo takde? jawabnya memang tidak ter index lah dengan carian tu di SE, jika terindex pun mungkin tidak lama. Apa pun ada baiknya kata kunci tu ada dalam 2x dengan berlainan style ayat di awalan entri. Sebab Google lebih suka melihat kata kunci pada awalan entri.

So kalo terlalu pendek bagaimana nak optimum? haha. Baiknya kita kaji lah dulu setiap maksud-maksud meta tag tu. Sebab aku ada perasan toturial yang di katakan 'meta tag mesra SEO' ni dan ramai blogger yang dah buat [tengok pada komen toturial tu].

Check balik ye kalo ada pakai koding meta tag abstract ni. Padam je

Blogger newbie bukan tunjuk pandai, tapi sekadar sharing kat kawan-kawan benda yang aku dah pernah kena talk to the hand.
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment