Walau blog ini baru berusia 7 minggu, sebenarnya masih di kira lambat aku tukar domain sebelum lebih banyak yang perlu berubah. So apa kata kita tengok akibat, effect, kesan dan kontra apabila tukar domain.
1. Ranking alexa akan merosot dan bermula semula dari awal selepas tukar domain.
Ranking yang alexa bagi kat blog ni lepas 7 minggu.
Ini pula paparan selepas tukar domain
Ianya akan bermula semula seperti newborn. Kembali ke permulaan hinggakan no data, dan tiada ranking dalam negara. Standard la fenomena ni. Kira baguslah domain ni. Sebab pakai-pakai je domain, bila check alexa, terus ada link in dari website luar negara.
2. SERP google dan pagerank selepas tukar domain.
Pagerank - Pagerank ni aku tak kisah sangat sebab masih pagerank 1 sebelum tukar domain. Dah tentu ianya akan turun menjadi telur lepas aku tukar domain.
SERP - Bagi entri yang berada di SERP google. Terdapat sedikit perubahan. Ada sesetengah entri yang menurun sedikit reputasinya. Ada juga yang drastik penurunannya. Dan ada juga yang kekal baik di SERP. Bermakna memberi impak lah, tapi sedikit sahaja. Dalam hal ini, entri masih di index google dengan nama domain lama aku yang akan redirect kepada domain baru (entri yang sama juga). Contoh entri [ aku anak malaysia merdeka ] ni. Masih di index dengan nama domain lama yang akan redirect automatik kesini.
3. Follower akan hilang dan tidak dapat baca feed setiap kali blog update entri baru ( dari reading list blogger.com )
Dalam hal ni. Buat blog platform lain aku tak tahu. Tapi blogspot, ianya tiada masalah kalau kita set up betul. Widget follower yang kita terbitkan kat blog dari add page element blogspot tu akan kekal ada dan follower masih normal menerima feed korang seperti biasa. Aku dah check dah aku punya, update normal follower semua boleh baca. Tengok gambar bawah, tu reading list feed blog my beloved yang ada follow blog aku ni lama dah.
4. Pembaca blog akan kehilangan arah cari blog kita. Seterusnya trafik akan jatuh.
Dalam hal ini tiada masalah akan berlaku jika kita dah set up redirect kan. Cuba try buka domain shahurl.blogspot.com pada new tab. Demikian juga trafik yang didatangkan dari search engine. Dont worry sangat, redirect dari webmaster je k.
Kesimpulan
1. Sekiranya ada niat nak tukar domain, adalah lebih terbaik tukar awal-awal. Agar tidak banyak kerugian alexa dan pagerank. Apapun itu hanyalah bilangan angka yang masih boleh di capai balik (perlukan masa je). Hidup ku dengan pegangan try and eror k .
2. Jangan takut akan kejatuhan reputasi SERP google, follower hilang dan trafik hilang. Sebab pasti ada jalan setiap benda tu selagi kita nak dan usaha. Buat research dulu.
3. Jangan takut mencuba, rajin-rajin research dan praktikkan.
ps : Entri cara mudah di link[ cara tukar domain ] .
{ 0 comment... read them below or add one }
Post a Comment