Maksud dan Fungsi Pagerank

on 15 Sept 2011

Aku Anak Malaysia Merdeka
Maksud dan fungsi pagerank !! just nak melalut je huraikan apa jua yang definisi berkaitan google pagerank dan hubung kait pengaruhnya terhadap SEO atau lebih jelas SERP.

Ramai yang dah tahu, namun mesti ramai lagi yang tidak tahu, mungkin juga raga-ragu apa kelebihan serta pengaruh google pagerank terhadap blog. Tidak kurangnya mereka yang taknak ambil tahu sebab hala tuju masing-masing berbeza kan .

Maksud Dan Fungsi Pagerank (PR)

Maksud - Pagerank adalah sesuatu kayu ukur kepercayaan kualiti sesebuah blog yang di anugerahkan oleh google setelah melihat kriteria yang di tetapkan untuk menilai sesebuah blog.

Kiraan Pagerank - Semakin besar jumlah pagerank yang di berikan google, maka semakin bernilai dan mendapat kepercayaan blog tersebut daripada google. Hitungannya dari PR0 hingga PR10 sahaja.

Fungsi - Macam aku jelaskan tadi nilai pagerank adalah kayu ukur kepercayaan kualiti sesebuah blog. So dalam hal ini, pada SERP google artikel-artikel blog yang memiliki PR tinggi akan mudah mendapat posisi yang baik dengan mudah jika kena caranya berbanding blog PR rendah.

Contoh : Blog aku hanya berstatus PR0 dan manakala blog dia PR9. Kami buat entri yang berformat sama dan tiada kelebihan masing-masing disitu. Dalam persaingan itu, blog yang memiliki PR lebih tinggi akan di anggap lebih penting dan lebih di berikan kepercayaan di posisi yang lebih baik pada search engine google. Namun ini tidak bermakna blog yang memiliki PR rendah tidak boleh mengatasi blog PR tinggi jika kita ambil tahu kriteria SEO yang berkaitan dengan kehendak google.

Point penting :

  • Google tidak menjual beli nilai pagerank.
  • Setiap URL itu ada nilai "kepentingan" tertentu pada mata google.
  • Homepage URL dan single post URL tidak sama nilai kepentingannya (nilai PR).
  • Single post URL tidak akan melebihi status PR hompage (bina backlink ke hompage dahulu).
  • Semakin banyak jumlah link menuju ke sesebuah URL, maka URL tu akan di anggap semakin penting untuk di tempatkan di posisi baik pada search engine.
  • Backlink dofollow adalah sesuatu yang sangat berkualiti.
  • Backlink dari URL yang telah di beri mandat / anugerah PR tinggi mebuat URL kita juga di anggap penting.
  • Google pagerank tidak mengambil masa yang singkat untuk turun mahupun naik, sebab google malas update .
  • Google pagerank tidak mementingkan frequency update entri sebagaimana alexa. Apa yang perlu bina link dengan rakan-rakan (makin banyak makin bagus dan nampak).
  • Aku beri gambaran backlink ni macam mention URL homepage atau entri kita. Semakin banyak ianya di mention, bermakna URL tu nampak penting kan?
  • Boleh bina network backlink sendiri tapi pastikan guna kemahiran agar ianya nampak natural. Jangan terlalu banyak dalam tempoh masa yang singkat, ianya boleh di anggap spam. 
  • Google suka natural backlink bukan spam dan bukan desakan.
  • Google paling tidak suka jual beli backlink. Jika didapati boleh di banned google !!
  • Pelbagaikan jenis sumber backlink selain dari bookmark, blog ada banyak lagi jenis agar nampak bervariasi.
  • Sesuatu yang redirect automatik dan di hostkan, tidak dikira sebagai backlink.





















Sekian maksud dan fungsi google pagerank. Aku sendiri pun ada backlink untuk entri-entri aku je. Hingga backlink homepage aku sebutir dua je. Betul punya tak sempat. Baru tukar domain pula, sia-sia backlink lepas. Status blog ini sekarang PR0 (tiada dalam ranking google).
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment