Keputusan Penuh Grammy Awards 2012

on 14 Feb 2012

 Keputusan Penuh Grammy Awards Ke-54
 
Grammy Awards 2012

Grammy Awards yang pada asalnya dikenali sebagai Gramophone Awards atau Grammy merupakan anugerah oleh Akademi Kebangsaan Rakaman Seni dan Sains Amerika Syarikat untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri muzik. Majlis penyampaian tahunan ini menampilkan persembahan oleh artis terkemuka, dan beberapa anugerah kepentingan yang lebih popular disampaikan dalam satu majlis yang disiarkan secara meluas di televisyen. Berbeza dengan Anugerah yang lain seperti Anugerah Emmy (Televisyen), Anugerah Tony (Pementasan) dan Anugerah Akedemi (Filem), Anugerah Grammy adalah khas untuk para penggiat seni muzik.

Adele Menang 4 Anugerah Dalam Grammy Awards 2012

Baru-baru ini, debaran untuk Anugerah Grammy yang ke-54 yang telah berlangsung di Los Angelas akhirnya terjawab apabila lagu "Rolling In The Deep", nyanyian penyanyi kelahiran Britain, Adele telah dinobat sebagai "Song Of The Year". 

Namun, disebalik kegembiraan para pemenang di atas kejayaan artis pada malam berprestij tersebut, mereka turut bersedih diatas kematian mengejut penyanyi lagenda pop terkenal, Whitney Houston yang mengejutkan dunia muzik sehari sebelum berlangsungnya Anugerah Grammy. 

Berikut adalah senarai pemenang utama Anugerah Grammy yang ke-54
.
Rekod Terbaik 2012: Rolling In The Deep - Adele
Album Terbaik 2012: 21 - Adele
Lagu Terbaik 2012: Rolling In The Deep - Adele and Paul Epworth
Artist Baru Terbaik: Bon Iver
Persembahan Pop Solo Terbaik: Someone Like You – Adele
Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik: Body And Soul - Tony Bennett & Amy Winehouse
Album Pop Terbaik: 21 – Adele
Lagu Rock Terbaik: Walk - Foo Fighters
Album Rock Terbaik: Wasting Light - Foo Fighters
Lagu R&B Terbaik: Fool for You - Cee Lo Green and Melanie Fiona
Album RnB Terbaik: F.A.M.E - Chris Brown
Lagu Rap Terbaik: All of the Lights - Kanye West
Album Rap Terbaik: My Beautiful Dark Twisted Fantasy - Kanye West
Lagu Country Terbaik: Mean - Taylor Swift
Album Country Terbaik: Own the Night - Lady Antebellum


Ranking: 5

{ 2 comment... read them below or add one }

Leo Ari Wibowo said...

Adele pantas menang. Albumnya keren.

Eh, seperti ada yang berubah. Dulu form komentarnya seperti tidak begini.


15 February 2012 at 00:09
Hanif said...

saya juga liat, adele menang banyak. hebat eu...


16 February 2012 at 16:21

Post a Comment