Home > Posts filed under Bola Sepak
Perlawanan persahabatan
Harimau Malaya yang diatur bertemu Arab Saudi sebelum ini terpaksa digantikan dengan perlawanan lain setelah aksi dengan Arab Saudi ini gagal menemui jawapan.
Kita mungkin akan disajikan dengan perlawanan yang bertaraf tempatan apabila Harimau Malaya akan berkunjung ke Stadium Likas bagi perlawanan menentang Sabah, diikuti menentang Filipina, 5 hari berikutnya di Rizal Memorial & Track Stadium, Manila.
Bagi menghadapi perlawanan persahabatan ini, 21 pemain senior kebangsaan dikehendaki melaporkan diri ke kem kebangsaan pada 19 Februari, serta 6 lagi pemain dari
Skuad Olimpik dikehendaki melaporkan diri pada 23 Februari.
Berikut senarai penuh pemain yang dipanggil :
Lapor diri 19 Februari:
Kedah
- Amar Rohidan
- Baddrol Bakhtiar
Selangor
- G.Gurusamy
- Norazlan Razali
- Bunyamin Omar
- Safiq Rahim
- Asrarudin Putra Omar
N.Sembilan
- Farizal Marlias
- S.Kunanlan
- G.Mahathevan
Terengganu
- Abdul Manaf Mamat
- Ashaari Shamsudin
- Faizal Muhamad
Kelantan
- Norshahrul Idlan Talaha
- S.Subramaniam
- Shakir Shaari
Sabah
- Sharudin Yakob
- Harimau Muda
- Wan Zack Haikal
ATM
- Zaquan Adha
- Aidil Zafuan
Pelita Jaya
Lapor diri 23 Februari:
- Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
- Shakir Ali (NS)
- Zubir Azmi dan Muslim Ahmad (Terengganu)
- Mahali Jasuli dan Fadhli Shas (Harimau Muda).
Harimau muda menang perlawanan pertama liga Singapura yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi. Diharapkan
kemenangan ini dapat menutup sedikit kekecewaan skuad olimpik dan seluruh rakyat Malaysia selepas tersingkir daripada cabaran ke olimpik 2012.
Walaupun pasukan ini mempunyai sedikit masalah di bahagian serangan dengan ketiadaan ‘peledak baru’ mereka, Ahmad Hazwan Bakri yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan hamstring. Namun, peluang yang diberikan kepada
A Thamil Arasu tidak disia-siakannya dengan
menjaringkan gol pertama pada minit ke 14 selepas bijak melepasi tiga pertahanan Gombak United.
Pasukan Gombak United yang mempunyai ramai pemain import nampaknya tidak berjaya membolosi kubu harimau malaya yang dijaga rapi oleh Mohd Izham Tarmizi. Walaupun tidak biasa bermain di padang rumput sintetik,
pemain harimau muda cepat menyesuaikan diri.
Hasil daripada kesungguhan pemain sayap lincah Wan Zack Haikal, Harimau Muda akhirnya berjaya mendapatkan sepakan percuma selepas dia dijatuhkan. Sepakan percuma yang diambil oleh Mahali Jasuli itu berjaya ditanduk oleh Wan Zack sebelum disudahkan oleh Wan Zaharul Nizam untuk menjadikan kedudukan 2 - 0.
Apa yang ditunjukkan oleh pemain dalam perlawanan tadi memang menarik. Rasanya semua rakyat Malaysia yang menonton perlawanan tadi berpuas hati. Betul tak?? Diharapkan kemenangan pertama ini menjadi semangat kepada harimau muda untuk mengharungi liga S. Harimau Muda kini menduduki tangga teratas liga selepas perlawanan pertama ini. Apa pula pendapat korang dengan perlawanan pertama tadi yang menang tu?? komen sikit..