Harimau Muda Menang Perlawanan Pertama Liga S

on 10 Feb 2012


Harimau muda menang perlawanan pertama liga Singapura yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi. Diharapkan kemenangan ini dapat menutup sedikit kekecewaan skuad olimpik dan seluruh rakyat Malaysia selepas tersingkir daripada cabaran ke olimpik 2012.

Walaupun pasukan ini mempunyai sedikit masalah di bahagian serangan dengan ketiadaan ‘peledak baru’ mereka, Ahmad Hazwan Bakri yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan hamstring. Namun, peluang yang diberikan kepada A Thamil Arasu tidak disia-siakannya dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke 14 selepas bijak melepasi tiga pertahanan Gombak United.

Pasukan Gombak United yang mempunyai ramai pemain import nampaknya tidak berjaya membolosi kubu harimau malaya yang dijaga rapi oleh Mohd Izham Tarmizi. Walaupun tidak biasa bermain di padang rumput sintetik, pemain harimau muda cepat menyesuaikan diri. 

Hasil daripada kesungguhan pemain sayap lincah Wan Zack Haikal, Harimau Muda akhirnya berjaya mendapatkan sepakan percuma selepas dia dijatuhkan. Sepakan percuma yang diambil oleh Mahali Jasuli itu berjaya ditanduk oleh Wan Zack sebelum disudahkan oleh Wan Zaharul Nizam untuk menjadikan kedudukan 2 - 0.

Apa yang ditunjukkan oleh pemain dalam perlawanan tadi memang menarik. Rasanya semua rakyat Malaysia yang menonton perlawanan tadi berpuas hati. Betul tak?? Diharapkan kemenangan pertama ini menjadi semangat kepada harimau muda untuk mengharungi liga S. Harimau Muda kini menduduki tangga teratas liga selepas perlawanan pertama ini. Apa pula pendapat korang dengan perlawanan pertama tadi yang menang tu?? komen sikit..
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment