Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Perlawanan Persahabatan Harimau Malaya

on 14 Feb 2012


Perlawanan persahabatan Harimau Malaya yang diatur bertemu Arab Saudi sebelum ini terpaksa digantikan dengan perlawanan lain setelah aksi dengan Arab Saudi ini gagal menemui jawapan.

Kita mungkin akan disajikan dengan perlawanan yang bertaraf tempatan apabila Harimau Malaya akan berkunjung ke Stadium Likas bagi perlawanan menentang Sabah, diikuti menentang Filipina, 5 hari berikutnya di Rizal Memorial & Track Stadium, Manila.

Bagi menghadapi perlawanan persahabatan ini, 21 pemain senior kebangsaan dikehendaki melaporkan diri ke kem kebangsaan pada 19 Februari, serta 6 lagi pemain dari Skuad Olimpik dikehendaki melaporkan diri pada 23 Februari.
Berikut senarai penuh pemain yang dipanggil : 

Lapor diri 19 Februari:

Kedah 
  1. Amar Rohidan
  2. Baddrol Bakhtiar
Selangor
  1. G.Gurusamy
  2. Norazlan Razali
  3. Bunyamin Omar
  4. Safiq Rahim
  5. Asrarudin Putra Omar  
N.Sembilan
  1. Farizal Marlias
  2. S.Kunanlan
  3. G.Mahathevan
Terengganu
  1. Abdul Manaf Mamat
  2. Ashaari Shamsudin
  3. Faizal Muhamad
Kelantan
  1. Norshahrul Idlan Talaha
  2. S.Subramaniam
  3. Shakir Shaari
Sabah
  1. Sharudin Yakob
  2.  Harimau Muda
  3. Wan Zack Haikal 
ATM
  1. Zaquan Adha
  2. Aidil Zafuan
Pelita Jaya
  1. Safee Sali

Lapor diri 23 Februari:

  • Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
  • Shakir Ali (NS)
  • Zubir Azmi dan Muslim Ahmad (Terengganu)
  • Mahali Jasuli dan Fadhli Shas (Harimau Muda).

Keputusan Kejohanan Berbasikal Asia ( ACC )

on 12 Feb 2012

Keputusan Kejohanan Berbasikal Asia ( ACC ) yang berakhir hari ini menghadiahkan dua emas dan satu perak lagi kepada malaysia melalui acara keirin lelaki oleh Josiah Ng dan Fatehah Mustapa melalui acara keirin wanita. Manakala pelumba berbasikal sensasi Malaysia, Azizulhasni Awang di tempat kedua di belakang Josiah.

Fuhh, perlumbaan yang sangat menarik yang disiarkan secara langsung di saluran 801 sebentar tadi  menyaksikan kehebatan Fatehah menewaskan pelumba lain yang nyata lebih berpengalaman darinya. Josiah Ng pula terpaksa bekerja keras di peringkat akhir untuk menewaskan Azizulhasni Awang dan pelumba dari Jepun yang menduduki tempat ketiga.

Semalam, Fatehah Mustapa melepasi pusingan pertama bagi melayakkannya terus ke separuh akhir manakala, Josiah Ng dan Azizulhasni Awang terpaksa berlumba dalam pusingan repechage untuk ke separuh akhir.

Perlumbaan yang sangat positif untuk sukan berbasikal negara lebih-lebih lagi dalam keirin lelaki ni kan? Sebelum ini Fatehah dan Azizul terlepas pingat emas dalam acara pecut akhir dengan masing-masing terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas acara akhir itu dipercepatkan sehingga mereka tidak sempat untuk memanaskan badan dengan betul.

Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pelumba-pelumba Malaysia yang berjaya merangkul pingat hari ini. Diharapkan emas yang dimenangi tadi berjaya menutup kekecewaan Fatehah sebelum ini. Korang nak tengok ke Video perlumbaan akhir tadi?? :)

Harimau Muda Menang Perlawanan Pertama Liga S

on 10 Feb 2012


Harimau muda menang perlawanan pertama liga Singapura yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi. Diharapkan kemenangan ini dapat menutup sedikit kekecewaan skuad olimpik dan seluruh rakyat Malaysia selepas tersingkir daripada cabaran ke olimpik 2012.

Walaupun pasukan ini mempunyai sedikit masalah di bahagian serangan dengan ketiadaan ‘peledak baru’ mereka, Ahmad Hazwan Bakri yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan hamstring. Namun, peluang yang diberikan kepada A Thamil Arasu tidak disia-siakannya dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke 14 selepas bijak melepasi tiga pertahanan Gombak United.

Pasukan Gombak United yang mempunyai ramai pemain import nampaknya tidak berjaya membolosi kubu harimau malaya yang dijaga rapi oleh Mohd Izham Tarmizi. Walaupun tidak biasa bermain di padang rumput sintetik, pemain harimau muda cepat menyesuaikan diri. 

Hasil daripada kesungguhan pemain sayap lincah Wan Zack Haikal, Harimau Muda akhirnya berjaya mendapatkan sepakan percuma selepas dia dijatuhkan. Sepakan percuma yang diambil oleh Mahali Jasuli itu berjaya ditanduk oleh Wan Zack sebelum disudahkan oleh Wan Zaharul Nizam untuk menjadikan kedudukan 2 - 0.

Apa yang ditunjukkan oleh pemain dalam perlawanan tadi memang menarik. Rasanya semua rakyat Malaysia yang menonton perlawanan tadi berpuas hati. Betul tak?? Diharapkan kemenangan pertama ini menjadi semangat kepada harimau muda untuk mengharungi liga S. Harimau Muda kini menduduki tangga teratas liga selepas perlawanan pertama ini. Apa pula pendapat korang dengan perlawanan pertama tadi yang menang tu?? komen sikit..

Goal Paling Sempoi

on 21 Jul 2011


[Latest] What the amazing penalty goal ?! 



Perlawanan Persahabatan 
Lebanon VS United Arab Emirates
Europian Union
17 Julai 2011

Latihan Liverpool di Bukit Jalil

on 15 Jul 2011



Semasa latihan pasukan Liverpool kat bukit Jalil 2011. Apakah jadah kebodohan berleluasa di negara ni? Adakah patut mendesak kawan tu buka baju kat stadium bukit jalil semata-mata sebab lelaki ni pakai baju MU. OMG kenapa jadi pendek akal tak boleh fikir panjang ke mamat tu rakan senegara. Kat negara sendiri pulak tu. Kesian aku tengok mamat ni, tengok muka dia jelas napak rasa aib dan mendidih yang amat sangat. Kalo korang adakat tempat mamat ni korang rasa macam mana agaknya? Nasib dorang ramai sangat lah, kalo stakat 10 orang aku pikir abis di amuk. 

Dorang ni minat je lebih, suruh main bola gaya je lebih selalunya. erk?