Keputusan Kejohanan Berbasikal Asia ( ACC )

on 12 Feb 2012

Keputusan Kejohanan Berbasikal Asia ( ACC ) yang berakhir hari ini menghadiahkan dua emas dan satu perak lagi kepada malaysia melalui acara keirin lelaki oleh Josiah Ng dan Fatehah Mustapa melalui acara keirin wanita. Manakala pelumba berbasikal sensasi Malaysia, Azizulhasni Awang di tempat kedua di belakang Josiah.

Fuhh, perlumbaan yang sangat menarik yang disiarkan secara langsung di saluran 801 sebentar tadi  menyaksikan kehebatan Fatehah menewaskan pelumba lain yang nyata lebih berpengalaman darinya. Josiah Ng pula terpaksa bekerja keras di peringkat akhir untuk menewaskan Azizulhasni Awang dan pelumba dari Jepun yang menduduki tempat ketiga.

Semalam, Fatehah Mustapa melepasi pusingan pertama bagi melayakkannya terus ke separuh akhir manakala, Josiah Ng dan Azizulhasni Awang terpaksa berlumba dalam pusingan repechage untuk ke separuh akhir.

Perlumbaan yang sangat positif untuk sukan berbasikal negara lebih-lebih lagi dalam keirin lelaki ni kan? Sebelum ini Fatehah dan Azizul terlepas pingat emas dalam acara pecut akhir dengan masing-masing terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas acara akhir itu dipercepatkan sehingga mereka tidak sempat untuk memanaskan badan dengan betul.

Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada pelumba-pelumba Malaysia yang berjaya merangkul pingat hari ini. Diharapkan emas yang dimenangi tadi berjaya menutup kekecewaan Fatehah sebelum ini. Korang nak tengok ke Video perlumbaan akhir tadi?? :)
Ranking: 5

{ 1 comment... read them below or add one }

Yus said...

tahniah josiah ng kerana berjaya menaikkan nama malaysia.


13 February 2012 at 09:18

Post a Comment