Harga minyak mentah asia meningkat? fuhh, khabar ini pastinya kurang menyenangkan bagi sebahagian besar rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang berpendapatan rendah akan terbeban dengan khabar sebegini.
Berita hari ini melaporkan harga minyak mentah ditutup lebih tinggi dalam dagangan Asia hari ini berikutan harapan perbincangan berhubung perjanjian hutang Greek dapat ditamatkan.
Kontrak utama New York, West Texas Intermediate (WTI) bagi penghantaran minyak mentah light sweet, Mac depan menokok 22 sen kepada AS$98.93 setong manakala bagi minyak mentah Brent North Sea meningkat 20 sen kepada AS$117.40 dalam dagangan pagi tadi.
Laporan ini bakal menaikkan harga minyak mentah pada masa hadapan berikutan harapan perjanjian menyelamatkan hutang Greek dapat diselesaikan segera. Namun, kerajaan malaysia masih belum memberikan maklum balas berkenaan berita ini. Jadi, kita tunggu dan lihat lah yer..
{ 0 comment... read them below or add one }
Post a Comment