Permohonan Kemasukan Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia 2012

on 9 Feb 2012


Cara Memohon Ke Sekolah Sukan Malaysia 2012

Permohonan untuk mengikuti Program Pra Universiti Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi Akademik 2012 kini telah dibuka. Kepada yang berminat untuk mengikuti program ini anda bolehlah mengisi borang permohonan secara online melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bermula hari ini. Untuk mengisi borang tersebut secara online klik link di bawah:


Namun begitu, sebelum anda mengisi borang online tersebut, sila baca maklumat di bawah sepenihnya.
  1. Hanya calon yang berstatus atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh kemasukan.
  3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2012. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
  4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu mengepos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.   

Panduan Permohonan:

Semua pemohon dikehendaki mengikut prosedur permohonan seperti berikut:

1. Mengisi borang permohonan secara online dengan lengkap.Kemudian, tekan butang SIMPAN

2. Mencetak borang tersebut serta-merta. Kemudian isikan maklumat pada ruangan berikut dengan lengkap:

        a. Ruang E. Ulasan Jurulatih
        b. Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan
        c. Ruang G. Perakuan
        d. Ruang H. Pengesahan


3. Poskan borang yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil kepada:


PENGARAH
BAHAGIAN SUKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1 & 7, BLOK E13, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN SEKOLAH SUKAN)


Sebelum Tarikh Tutup Permohonan 

Untuk maklumat lanjut tentang panduan dan syarat permohonan klik link di bawah:

PANDUAN DAN SYARAT PERMOHONAN

KEMASKINI BORANG ONLINE ANDA


Peringatan Penting: 
  • Permohonan anda akan dibatalkan sekiranya pihak jabatan gagal menerima permohonan anda seperti dalam perkara 3.
  • Sila sediakan satu salinan borang untuk rujukan anda.
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment