Showing posts with label Link Building. Show all posts
Showing posts with label Link Building. Show all posts

Cara Buat Backlink Berkualiti Hubpages

on 26 Oct 2011

Cara buat backlink berkualiti dengan hubpages ok? Mungkin untuk menambahkan link building laman utama blog atau menaikkan entri di posisi engine carian google dengan satu-satu keyword tertentu.

Apa yang pastinya ianya akan di perlukan sekiranya kehendak dan kepentingan tinggi, sebagai contoh menyertai contest seo, menjual ebook, atau untuk pagerank blog dalam jangka masa tertentu. Sudah pastinya perlukan backlink berkualiti untuk merebut posisi baik di search engine google yang penuh saingan itu.

Okay ini sebenarnya aku ilhamkan dari pengalaman sendiri menyertai contest seo aku anak malaysia merdeka yang lepas dengan domain yang betul-betul baru tukar masa tu. Semoga sedikit membantu bagi mereka yang ada target tertentu dengan sedikit dorongan site hubpages yang terkenal susah dapatkan backlink di kalangan melayu dan indonesia ini. Namun itu bukan alasan dan mudah je dapatkan backlink yang agak berkualiti dengan hubpages.

Tips Dapat Backlink Dari Hubpages

1. Peraturan Web 2.0 Hugpages
2. Tentang Web 2.0 Hubpages
3. Suggestion dapatkan backlink dari hubpages

Peraturan Web 2.0 Hubpages

1. Hubpages hanya akan approved artikel bahasa english.
2. Tidak boleh membuat link lebih dari 2 dalam satu artikel (akan di delete).
3. Entri berkualiti dan bukan copy paste.
4. Panjangkan sedikit artikel (artikel terlalu pendek tak lepas).

Tentang Web 2.0  Hubpages

1. Backlink dari hubapges nofollow (Fungsi backlink nofollow dalam index seo).
2. Pagerank Hubpages tinggi — PR6.
3. Jika pandai bermain keyword ketika membuat artikel di hubpages, senang-senang dapat    1st page google.com atau google.com.my (sebab pagerank).

Suggestion Dapatkan Backlink Dari Hubpages

Bagi blog kita yang menggunkan keyowrd target di search engine dengan bahasa melayu atau indonesia, sudah tentu lebih berkesan dengan menggunakan keyword melayu / indonesia di hubpages bukan? Namun malangnya hubpages hanya akan approved bahasa english. Itu bukan halangan. Disini aku bagi suggestion untuk mudah di fahami, klik sahaja sample itu :-

Sample : Aku Anak Malaysia Merdeka On Hubpages

Tool : Ackuna dan google translator sepenuhnya (sebab kurang fasih bahasa english laughing).

Tips : Pada tajuk artikel pastikan ada satu perkataan bahasa english.

Tips 2 : Pada artikel jadikan keyword yang menjadi target itu tepat, maybe bahasa melayu atau indonesia, selebihnya bahasa english ( tunggang langgang pun bukan masalah ).

Nota : 
Walaupun backlink dari hubpages nofollow, namun memandangkan site ini sangat bagus dan serasi dengan google (juga memiliki pagerank tinggi), ianya tetap memberikan link popularity yang baik untuk seo. Ianya mampu mengganjakkan kedudukan artikel kita di posisi yang lebih baik kat SERP google.

Apa pun peraturan mereka, tetap banyak di laksanakan oleh robot dan kita boleh memanipulasikan dengan pelbagai teknik.

Semoga artikel cara nak buat backlink yang berkualiti dengan web 2.0 hubpages ini sedikit sebanyak memperkukuhkan link popularity blog masing-masing.

Sewa Beli Backlink Berbayar — Seo

on 3 Oct 2011

Sewa beli backlink berbayar dalam seo !!.. apakah kelebihan dan keburukannya, sama ada ianya akan membantu ranking dan entri-entri yang berada di serp ataupun sebaliknya perkara buruk yang akan di terima.


Sewa Beli Backlink Berbayar dalam Seo

1. Maksud backlink berbayar untuk seo.
2. Kelebihan dan Kekurangan backlink berbayar.
3. Backlink Percuma.
3. Sewa beli backlink berbayar atau link building sendiri?

Maksud Backlink Berbayar

Backlink berbayar adalah membayar dan menyewa beli backlink dari mana-mana syarikat perantara ataupun direct. Bila mana kita bayar mereka dengan sejumlah USD (selalunya), mereka akan menempatkan anchor text baclink / rss / banner kita di blog yang ber-pagerank tinggi, edu site atau gov site. Dengan adanya backlink dari antara 3 site yang berkelebihan dan istimewa itu, maka blog kita di kira mendapat backlink populariti dalam seo. Blog kita di 'mention' oleh site yang istimewa bagi google — Blog kita pun di anggap penting oleh google.

Kelebihan juga Kekurangan Backlink Berbayar

Backlink Berbayar

Backlink perlu di bayar selalunya bukan dengan kos harga yang murah dalam USD. Kemudian selalunya pakej berbayar setiap tahun — bak pepatah seo "No paid no backlink".  Selain itu membina backlink  dengan bayaran adalah sesuatu yang sangat di tegah dalam seo dan di musuhi oleh google panda. Walau berapa kali pun perubahan demi perubahan algoritma google panda berlaku, namun memusuhi backlink yang tidak natural dan berbayar tetap tidak pernah lenyap.

Backlink Percuma

Sebenarnya tanpa membayar pun kita boleh membina link dari pelbagai jenis site dan dengan teknik kita sendiri mengikut pembaharuan algoritma google agar nampak natural. Misalnya sekarang google panda berkungkinan bertindak kejam pada blog yang dapat di kesan membina link building 1 way dengan banyak — mungkin menjatuhkan pagerank, banned di google atau impak buruk sebaliknya. Alasannya ianya tidak natural dan ramai webmaster menggelar link building sebegini adalah — Low Quality Link Building.

Kelemahan Backlink Berbayar

Umum webmaster yang peka belajar seo blogspot dah mengetahui, backlink yang bagus ada backlink yang natural di berikan oleh site atau blog lain. Kadang-kadang ianya memang di berikan oleh blog atau site lain — tapi nampak tidak natural kerena kenaikan jumlah backlink yang menadadak membuat google beranggapan salah (operasi banyak di jalankan oleh robot mesti ada silap). Namun yang pastinya google sangat tidak suka dengan backlink yang didapatkan dengan bayaran. sekiranya teknik kita masih di lihat natural mungkin ianya akan memberikan insentif ranking dan backlink populariti. Tapi jika ianya 'kantoi' disitu lah kekejaman google panda akan bertindak terhadap ranking dan akibat buruk lainnya.

Sewa Beli Backlink atau Bina Link Building Sendiri?

Pendapat peribadi aku adalah link building sendiri. Sebab aku tidak berani mengambil risiko kerana saban waktu google akan meningkatkan ketelusan crawler mereka. Mungkin agak lambat, tapi kurang sedikit pembaziran dan risiko disitu. Lagipun berdikari dengan yang free akan memaksa kita memaksimakan teknik seo dan pengetahuan kita .

Fungsi Backlink Nofollow dalam Index Seo

on 17 Sept 2011

Fungsi backlink Nofollow dalam index seo ini aku akan huraikan apa manfaat backlink dari laman yang setting atribut nofollow seperti dari blog, web 2.0, social bookmark, ping site dan lainnya dalam index seo kita. Adakah ianya di kira sebagai backlink? atau ianya tidak di index robot crawler sebab bukan dofollow?

Artikel ini di ilhamkan dari beberapa artikel webmaster yang menyatakan backlink nofollow tidak di index dalam seo. Pada aku presepsi itu tidak benar dan izinkan aku berikan pendapat yang berlainan.

Backlink Nofollow di Index dan fungsi dalam Seo



  • Seperti biasa aku jelaskan, google sukakan natural backlink. 
  • Backlink Nofollow masih di index melainkan ianya dalam setting yang di ubah kepada syntax no-index.
  • Namun begitu, backlink nofollow kurang 'wieght' memberikan populrity dalam seo berbanding dofollow.
  • Backlink nofollow dari site yang mempunyai pagerank tinggi masih boleh membantu mengganjakkan entri kita ke posisi yang lebih baik di search engine.
  • Selain kita perlu ada backlink dofollow. Kita perlu variasikan jenis backlink kita agar kelihatan natural, dengan ada backlink dari nofollow juga. 


Contoh : Aku pernah membuat artikel dummy yang memberikan acnhor text backlink yang di target pada carian SE google dengan site pagerank tinggi nofollow (hubpages). Selepas entri dari site tersebut terindex di SERP google, entri aku turut berganjak ke posisi yang lebih baik dalam keyword yang banyak saingan itu. Ternyata di sini, backlink nofollow dari site ber-pagerank tinggi itu still boleh membantu aku dalam seo.

Extra : Sekiranya ingin membuat dummy artikel dan backlink, pastikan kita tahu caranya bagaimana ianya akan kelihatan berkualiti dan natural  seterusnya di index google kemudian membantu posisi SERP entri kita sendiri.



Sebenarnya entri ini khas buat mereka yang ada target seo untuk hala tuju blogging masing-masing. Mungkin memerlukan organik trafik untuk berniaga, affiliate, visitor, berdakwah dan sebagainya. Sekiranya belum ada kepercayaan dari google (pagerank rendah), perkara sebegini sangat membatu kita bersaing di search engine dalam satu-satu keyword yang di pertaruhkan.

Sekian huraian bagaimana backlink nofollow membantu blogger dalam index seo.