Sewa Beli Backlink Berbayar — Seo

on 3 Oct 2011

Sewa beli backlink berbayar dalam seo !!.. apakah kelebihan dan keburukannya, sama ada ianya akan membantu ranking dan entri-entri yang berada di serp ataupun sebaliknya perkara buruk yang akan di terima.


Sewa Beli Backlink Berbayar dalam Seo

1. Maksud backlink berbayar untuk seo.
2. Kelebihan dan Kekurangan backlink berbayar.
3. Backlink Percuma.
3. Sewa beli backlink berbayar atau link building sendiri?

Maksud Backlink Berbayar

Backlink berbayar adalah membayar dan menyewa beli backlink dari mana-mana syarikat perantara ataupun direct. Bila mana kita bayar mereka dengan sejumlah USD (selalunya), mereka akan menempatkan anchor text baclink / rss / banner kita di blog yang ber-pagerank tinggi, edu site atau gov site. Dengan adanya backlink dari antara 3 site yang berkelebihan dan istimewa itu, maka blog kita di kira mendapat backlink populariti dalam seo. Blog kita di 'mention' oleh site yang istimewa bagi google — Blog kita pun di anggap penting oleh google.

Kelebihan juga Kekurangan Backlink Berbayar

Backlink Berbayar

Backlink perlu di bayar selalunya bukan dengan kos harga yang murah dalam USD. Kemudian selalunya pakej berbayar setiap tahun — bak pepatah seo "No paid no backlink".  Selain itu membina backlink  dengan bayaran adalah sesuatu yang sangat di tegah dalam seo dan di musuhi oleh google panda. Walau berapa kali pun perubahan demi perubahan algoritma google panda berlaku, namun memusuhi backlink yang tidak natural dan berbayar tetap tidak pernah lenyap.

Backlink Percuma

Sebenarnya tanpa membayar pun kita boleh membina link dari pelbagai jenis site dan dengan teknik kita sendiri mengikut pembaharuan algoritma google agar nampak natural. Misalnya sekarang google panda berkungkinan bertindak kejam pada blog yang dapat di kesan membina link building 1 way dengan banyak — mungkin menjatuhkan pagerank, banned di google atau impak buruk sebaliknya. Alasannya ianya tidak natural dan ramai webmaster menggelar link building sebegini adalah — Low Quality Link Building.

Kelemahan Backlink Berbayar

Umum webmaster yang peka belajar seo blogspot dah mengetahui, backlink yang bagus ada backlink yang natural di berikan oleh site atau blog lain. Kadang-kadang ianya memang di berikan oleh blog atau site lain — tapi nampak tidak natural kerena kenaikan jumlah backlink yang menadadak membuat google beranggapan salah (operasi banyak di jalankan oleh robot mesti ada silap). Namun yang pastinya google sangat tidak suka dengan backlink yang didapatkan dengan bayaran. sekiranya teknik kita masih di lihat natural mungkin ianya akan memberikan insentif ranking dan backlink populariti. Tapi jika ianya 'kantoi' disitu lah kekejaman google panda akan bertindak terhadap ranking dan akibat buruk lainnya.

Sewa Beli Backlink atau Bina Link Building Sendiri?

Pendapat peribadi aku adalah link building sendiri. Sebab aku tidak berani mengambil risiko kerana saban waktu google akan meningkatkan ketelusan crawler mereka. Mungkin agak lambat, tapi kurang sedikit pembaziran dan risiko disitu. Lagipun berdikari dengan yang free akan memaksa kita memaksimakan teknik seo dan pengetahuan kita .
Ranking: 5

{ 1 comment... read them below or add one }

Ali Bloggers said...

apakah backliknk berbayar ini tidak masalah sama google?


20 February 2012 at 11:04

Post a Comment