Algoritma Google Terbaru Update ?

on 2 Oct 2011


Algoritma google terbaru update? Jika terdapat sesuatu perkataan yang janggal disitu, aku akan cuba jelaskan se-simple mungkin. Tapi benarkah algoritma google terbaru akan wujud dan update? Ya semesti jadi kewajipan dari masa ke semasa demi meningkatkan service engine carian google yang gah tu.

 Topik Algoritma Google Terbaru Update?

1. Maksud Algoritma Google.
2. Algoritma apa yang google update?
3. Kesahihan teori algoritma google terbaru itu.
4. Apa perlu di lakukan?
5. Perlu atau tidak blogger ambil kisah.

Maksud Algoritma Google

Algoritma google bermaksud rules atau garis panduan google. Garis panduan google menilai blog kita untuk diberikan posisi yang selayaknya di search engine. Rules google menilai blog kita untuk di berikan pagerank. Algoritma ini akan sentiasa di berubah-ubah demi kualiti mereka. Namun tiada siapa yang tahu perubahan akan datang algoritma ini melainkan mereka yang berkerja dengan google. Bagaimana kriteria crawler itu menilai dan dari sudut apakah menjadi keutamaan juga keburukan dimata google? itu lah algoritma.

Algoritma Apa Yang Google Update?

Sedikit teori khabar angin dan tanda perubahan algoritma terbaru yang kelihatan jelas aku cuba berikan di sini dari sumber yang boleh di percayai (projek manager google).

Michael Wyszomierski
Improve it or remove it. With Google's Panda Update, low-quality content can impact an entire domain, but removing these pages — or moving them to a different domain — can help your rankings

Kata-kata Micheal Wyszomierski dalam bahasa melayu :

Mahu perbaiki semula atau buang sahaja? Apabila google panda (algoritma) update, kerana sebuah artikel yang tidak berkualiti akan memberikan impak buruk pada keseluruhan domain (blog kita) — Atau pindahkan artikel tidak berkualiti itu ke akaun lain — agar membantu ranking anda nanti.
Ini pula teori dan khabar angin yang tersebar luas tentang algoritma google panda terbaru,
  • Google akan datang lebih telus dalam crawl kualiti on page blog kita berbanding off page. Sematkan nilai kualiti macam aku jelaskan sebelum ni. (fahami maksud kualiti : Panduan Asas Seo).
  • Off page ataupun backlink mungkin tidak memberikan impak besar lagi. Apa yang di perlukan adalah kualiti on page dari sudut tiap artikel juga keseluruhan blog.
Take Note : Apa yang dikatakan project manager google itu adalah amaran yang sahih sebagai persiapan. Namun teori yang di selitkan itu hanya khabar angin yang aku sendiri tidak tahu mana sumber sahihnya. Namun yang pasti itu dah tersebar luas sekali gus memang penting pun kualiti on page kita jika google sendiri akan update algoritma demi kualiti.

Apa Perlu di Lakukan?

Check semula semua artikel dan di blog yang kita nak kekalkan reputasi seo-nya dalam search engine google. Edit dan perbaiki atau delete sahaja? aku suggest perbaiki, sebab jika delete boleh menimbulkan masalah not found kat google.webmaster. Namun jika perlu padam, sila remove url tersebut juga di google webmaster crawler acsess. Tahu kan cara remove url dari webmaster?

Selain itu :
  • Berhemah melakukan teknik seo off page sebelum google panda ketahui.
  • Setup lah sebaiknya penulisan, template, struktur meta tag dan heading tag yang baik juga tepat.
  • Berikan sesuatu yang relevan. Elakkan teknik seo blackhat.
  • Jangan jadikan link url/blog seperti spam bila ping blog atau meletakkan url.
  • Jangan tunggu algoritma google panda sudah aktif menyerang memeriksa (crawl) satu persatu blog.

Perlu atau tidak blogger kisah algoritma google terbaru ini?

Perlu jika korang rasa masih mahu kekalkan reputasi seo blog, masih memerlukan trafik dari organik, masih minat menkaji dan belajar seo. Tidak perlu bagi blogger yang tidak minat dan tidak perlukan trafik organik. Itu lah sedikit kemungkinan dan kepastian google algoritma akan update. Ingat, google pasti akan update algoritma saban waktu.
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment