Dibawah aku senaraikan antara yang terpenting untuk asas onpage sahaja. Untuk belajar advance dan senjata tambahan seo on page mungkin esok pula.
Tips Seo On Page
1. Pageview blog laju (Loading).2. Struktur meta tag yang mantap.
3. Heading yang tepat.
4. Keyword paling baik adalah title.
5. Entri yang mesra seo adalah yang relevan, tidak semestinya panjang berjela.
Pageview Blog yang Laju ( Loading )
Tips seo untuk pageview yang laju penting untuk blogger sebab ianya perkara pertama yang akan di hadapi oleh crawler mahupun visitor kita nanti. Walaupun tiada di nyatakan dalam google webmaster, namun yang pastinya loading page yang laju mempengaruhi seo dari segi bounce rate. Maksud aku, semakin laju loading full view, semakin lama kiraan masa visitor berada di page tu. (Manakala peratus bounce rate di pengaruhi oleh berapa lama reader/visitor berada di blog kita. Semakin lama, maka semakin baik).Struktur Meta Tag yang Mantap
Tip seo bagi meta tag untuk blogger — Meta tag adalah satu tunjang yang penting bagi aku untuk memberikan prestasi yang baik. Sebab struktur meta tag lah yang akan membentuk paparan di google search engine nanti jika tersenarai. Jika korang search satu keyword di google, korang mesti akan nampak banyak jenis style blog blogger dalam senarai itu. Ada yang Title panjang, ada juga title pendek, ada yang title single post di gabungkan dengan title hompage. So apa yang perlu di lakukan sekarang, pastikan struktur meta tag kita mantap dan sesuai berada di google. Guna lah meta tag mesra seo, sila search di google "meta tag mesra seo" untuk dapatkan tutorial jika masih ragu dengan keupayaan meta tag sekarang.Heading H1, H2 yang Tepat
Maaf bab ini mungkin korang akan pening sebab jarang dengar dan tak ambil tahu (Tapi penting). Orite heading ni adalah satu tag pada section yang di asingkan dalam bahasa code. H1 adalah yang terpenting kemudian di ikuti tag h2 dan seterusnya.Simple je — Korang kena pastikan keyword title homepage blog korang adalah H1. Manakala Single post entry blog korang pula, H1 adalah tajuk entri (bukan masih title utama blog).
Action — Cari template yang benar-benar mesra seo .Untuk wordpress aku perasan template thesis memang dah siap-siap set up dynamic ni ( tapi ada juga blogger pakai thesis masih tak tepat heading tag-nya ). Untuk blogspot, ianya kena banyak di ubah suai pada koding template. Template yang aku buat tu, akan update dynamic heading tag ini.
Take note : Ramai giler blogger WP dan Blogspot — setting heading tag hancur pada single post dan homepage (tidak terkecuali otai ). Sila perbaiki.
Keyword Paling Penting Dalam Seo Adalah di Title
Rasanya tips seo untuk yang ini semua blogger tahu. Keyword yang banyak jadi carian dan jadi target utama kita di search engine harus di jadikan tajuk post entry kita. Sebagai contoh entry ini, kononnya aku cuba target keyword "tips seo untuk blogger" — entri ni tersenarai dalam top 10 google nanti. Maka title atau tajuk entri ini hendaklah ada keyword tips seo untuk blogger.Entri yang mesra seo dan di sukai google adalah content relevan
Entri yang mesra seo tidak semestinya mempunyai aksara dan perkataan yang panjang dan banyak. Sebenarnya google lebih suka kepada sesuatu yang related dan relevan pada content (isi kandungan). Ini akan menampakkan mesej kita jelas dan bukan black hat.Contohnya jika aku beri tajuk pasal micheal jackson — artikel aku memang tulis dan ada keyword micheal jackson. Jika letak video youtube pon tentang micheal jackson. Anchor text yang aku gunakan pon biar relevan, jika text aku gunakan adalah belajar seo blogspot — link tersebut pun mesti ada kaitan dengan belajar seo blogspot (text yang tepat adalah terbaik).
Ini aku buktikan dari kajian aku di entri contest seo Aku Anak Malaysia Merdeka yang lepas, hanya ada beberapa ketul je perkataan (tapi menang contest seo tu). Rujuk di → Aku anak malaysia merdeka ini.
{ 0 comment... read them below or add one }
Post a Comment