Tip Blogging Terbaik 2

on 30 Jul 2011

Tip blogging Terbaik 2 pulak. Sebenarnya entri ni bukan aku nak tunjuk pandai, tapi sekadar berkongsi apa yang aku rasa terbaik dari presepsi aku sendiri setelah melihat dari pelbagai sudut. Mungkin juga ada yang terdetik kenapa aku asyik berikan tip walapun tempoh aku blogging kat sini baru 2 minggu. Sebenarnya aku ingat nak jadikan minggu ni sebagai minggu penuh kegilaan , di mana niche dan konsep aku minggu ni adalah berbentuk tip, perkongsian, dan toturial.


Baiklah, dalam tempoh blogging. Semestinya kita ada hala tuju masing-masing. Tapi yang pastinya para blogger mesti inginkan setiap entri yang mereka hasilkan mendapat sambutan, pembaca, dan komen agar rasa berbaloi segala penat lelah merangka entri. Namun tidak di nafikan segelintir blogger tidak berjaya meraih sambutan seperti di harapkan seterusnya mengakibatkan timbul perasaan berputus asa untuk meneruskan wadah blogging kemudian berpaling arah ke facebook memandangkan di sana mereka mendapat respon yang baik. Cuba teliti apakah puncanya.

Persahabatan - Update facebook mendapat respon adalah sebab korang punya sahabat di sana. Reader blog yang tidak menganggap korang sebagai sahabat, berkemungkinan besar tidak akan memberi respon kepada setiap entri di blog korang. Malah mereka akan menjadi silent reader.

Kelompok Reader - Seperti yang korang pun mungkin maklum, kelompok reader blog skang ni majoriti-nya terdiri dari kalangan blogger itu juga. Dan kelompok ini lebih menonjol memberikan respon pada entri-entri blogger lain. Sebagai bukti - Cuba cari mana blog yang korang rasa mendapat sambutan trafik reader dan respon.  So semestinya korang harus cari dan bina empayar persahabatan korang sebesar mungkin. Sesungguhnya dah menjadi fitrah, persahabatan itu best dan tidak membuatkan kita sunyi big hug.


Kesilapan yang kerap di lakukan blogger
  • Mengharapkan entri mereka di baca sterusnya mendapat respon, namun tidak melakukan perkara yang sama pada blogger lain. Misalnya selepas update entri terbaru, mereka akan singgah ke blog-blog lain dan mencoret pesanan pada ruangan cbox seperti 'salam silaturahim, saya update entri baru. Jemput la komen-komen ye | saya dah follow blog awak, follow saya balik ye' :- Sejurus meninggalkan pesanan keramat tu terus blah ke blog lain dan recycle semula cara tersebut.  cbox tu ibarat chat room pada umum je . Apa salahnya korang dah alang-alang singgah tu tengok la sekali apa entri-entri terbaru atau yang korang rasa paling sesuai di baca. Takpun, cari gambar menarik / video best yang korang boleh komen tanpa membaca. Seperti mana korang rasa, berbaloi penat lelah korang merangka entri baru bila di komen, begitu juga sahabat blogger lain. Aku yakin jika korang komen bernas pada beberapa entri blogger tu, mereka akan hargai dan akan datang ke blog korang lak tengok siapa kah gerangan sahabat baru tu seterusnya meninggalkan komen pada entri korang.

  • Salah presepsi follower - Ramai blogger menjadikan wadah follow me mollow tu seabagai fitrah wajib. Tapi tidak memanfaatkannya. Beb, jika korang follow sesebuah blog, bermakna korang telah memulakan tali persahabatan. Sama seperti twitter juga. Sebaiknya manfaatkan reading list pada ruangan dashboard draft.blogger.com tu. Jika korang korang follow sesebuah blog tu, setiap entri yang mereka update akan muncul pada paparan reading list korang tu. Mula blogwalking dari situ. Jika list friend korang pon tak mampu nak layan, jangan menyibukkan diri seharian semalaman menerjah blog-blog lain dengan kadar sesaat dua mencoret di ruangan cbox sahaja. Sampai bila nak dapat kawan jika follower korang sendiri pon belum benar-benar 'sahabat' korang? [p.s : korang akan rasa penat gila jika dah bertahun-tahun itulah kegiatan harian korang].

  • Menjadi silent reader - Banyak membaca entri blog lain untuk tujuan tertentu, tapi hanya menjadi silent reader adalah amat rugi. Biasanya golongan ni akan mencari sesuatu info dari search engine seterusnya di bawah ke entri blog tersebut. Selesai membaca entri tu dia terus menjadi silent reader dan tak meninggalkan komen walaupun entri tu di baca hingga habis.

  • Tidak menjaga persahabatan yang ada dengan berterusan. Besar kemungkinan korang sesama blogger tak pernah bersua. Dalam keadaan itu jika korang terlalu lama tak berhubung dalam tempoh blogging, korang akan rasa janggal nanti. Sentiasa update blog dan komen dalam usaha mengekalkan silaturahim ni secara berterusan happy.
Email feedburner
Manfaatkan feedburner sebagai penghubung korang pada reader-reader lain. Feedburner akan membantu korang berhubung dengan reader-reader korang yang mempunyai email. Misalnya reader tu suka dengan entri korang, walaupun mereka takde blog, namun mereka boleh alert setiap entri baru korang melalaui penghantaran feedburner ke email mereka [pastikan mereka masukkan email pada ruangan feedburner].


Rasanya panjang sangat dan content entri ni ( nanti korang muak lak tengok) . Banyak lagi sebenarnya.

p.s : Pada ruangan sidebar aku ni. (Blog Commentator)Terdapat link blogger yang baik korang berkenalan. Korang klik je, mereka sporting di jadikan kawan.


Ranking: 5

{ 1 comment... read them below or add one }

Post a Comment