Tip Blogging Terbaik

on 28 Jul 2011

Tutorial tip blogging terbaik? oh tidak, aku tak layak memberikan toturial dan tip blogging kepada korang memandangkan aku seorang blogger yang baru lagi. Tapi izinkan aku share beberapa presepsi yang terhasil selepas beberapa hari aku ber blogging ni.



Tip blogging Mencari idea untuk di tulis
Adakalanya dalam tempoh kita blogging, idea datang mencurah-curah siap dengan ayat lagi. Tapi ada juga masanya kita kebuntuan idea memikir apakah yang patut di tulis dan di log kan. Cuba tip ini :-
  1. Jangan desak diri dengan menulis entri yang agak merapu semata-mata nak update blog. Jika hasrat untuk blogging terbatas sebab idea menulis korang sedang tersangkut di bingkai awan, cuba share sesuatu yang lebih menarik sebagai wadah si pengunjung. Misalnya video best yang korang boleh dapati dari youtube.com ataupun gambar-gambar menarik yang korang boleh search melalui image.google,.com. Sebab membaca di hadapan komputer ni memenatkan - agak kurang berbaloi dan risau bercelaru kang fikiran si pembaca jika penulisan merapu. Buat pengulasan sket tujuan korang share.
    Pastinya korang ada facebook kan? Kat situ selalunya akan tembus video dan gambar menarik di share oleh rakan-rakan. Bersantai je, tak payah keringkan otak nak tulis apa dalam tempoh nak blogging.
  2. Jika ingin menulis juga, cuba buat searching kat Google.com topik-topik yang korang rasa menarik. Sekiranya ada kelebihan berbahasa english, lebih terbaik cari entri menarik dalam bahasa english. Kemudian translate apa yang di tulis dalam entri tu kepada bahasa melayu. Sebab ramai lagi sebenarnya yang tidak boleh berbahasa english [ termasuk aku batting eyelashes ].
    Sekiranya ianya berbentuk info atau berita, mungkin belum ada lagi entri seupamanya dalam bahasa melayu, alangkah baik dan bergunanya entri korang tu pada orang macam aku yang tak faham bahasa english?
  3. Tiru entri berbahasa melayu sedia ada? Pada aku tak salah korang copy paste entri ni [copy entri-entri aku pon takpe] sekiranya entri tu sesuatu yang berguna dan harus di sebarkan demi kemajuan rakan-rakan pengguna lainnya. Bukankah benda baik harus di sebar?. Tapi sebaiknya entri itu korang ubah dulu struktur penyampaian dan rangka balik [ jika entri terlalu banyak persamaan, Google search engine boleh detect dan tidak akan meng index entri korang tu ]. Dengan sikap korang yang terpuji, laksanakan tip ini dengan sempurna iaitu :-
    a. Mintak kebenaran dari pemilik sumber asal terlebih dahulu.
    b. Berikan backlink yang betul-betul link dan clickable ke entri tersebut.Manfaat masing-masing dapat - Pengguna lebih mudah terdedah, Korang dapat entri berkualiti manakala pemilik asal dapat backlink sekaligus mengukuhkan SEO nya sebab backlink dari korang.
  4. Tenang dan tidak terlalu tertekan. Banyakkan bersantai seperti :-
    a. Kerap berjalan ke blog rakan-rakan dalam keadaan berfikiran santai untuk mencetuskan idea.
    b. Keluar beriadah dan melakukan aktiviti yang riadah di tempat menarik dan best.
    c. Sentiasa bawa laptop ketika keluar out door.
Tip blogging ni terbaik di parktikkan  ketika blogger kekurangan idea untuk update blog



Tip Blogging ketika menulis entri
Ada macam-macam gaya penulisan seseorang blogger. Tapi sekadar apa yang aku lihat dari blogger yang dah matang dengan pengalaman dalam tempoh ber blogging. Aku rasa penulisan mereka terbaik kerana :-

  1. Penyampaian tidak terlalu skima - Sebab jika terlalu skima mungkin reader pulak akan rasa rimas. 
  2. Penyampaian tidak terlalu kasar  - Sebaliknya jika terlalu kasar, mungkin boleh timbul pelbagai emosi pada reader, antaranya takut, menyampah, tersentuh, rasa over plak dan banyak lagi. Sebaiknya bersederhana dalam penyampaian.
  3. Jangan terlalu menggunakan banyak jenis warna dan jenis font. Highlihgt dan resize sudah memadai untuk menonjolkan sesuatu. Simple itu lebih mudah dan kemas. [ x caye? cuba tulis kat buku dengan pelbagai warna pen dan tulisan kejap tunggang kejap langgang ] big grin
  4. Menulis seolah-olah kita adalah reader yang mengharapkan sesuatu dari penulis.
  5. Gunakan bahasa yang simbolik di baca dan terapkan unsur-unsur gurauan. Simbolik tidak semestinya berkias-kias sahaja. Bahasa pasar pun simbolik dan menarik.
  6. Dalam setiap entri cuba selitkan gambar yang menarik dan agak berkaitan dengan unsur penulisan. Apa jua penulisan baiknya ada gambar. Ianya psycology [ fakta : kenapa ramai yang lebih gemar membaca majalah berbanding surat khabar walaupun surat khabar penuh info, adalah sebab majalah banyak gambar menarik ] . Selain itu entri nampak akan kelihatan cantik dengan adanya gambar menarik. Kecuali entri berunsurkan video sharing k.
  7. Mesej yang cuba di sampaikan jelas, jangan mesej jadi kabur dek penggunaan font melampau, perkataan tunggang langgang, simbol seruan bertaburan etc.
  8. Gunakan perenggan menyusun entri agar nampak kemas tak berterabur. Susah membaca kalo takde perenggan dan kolum.
  9. Terapkan diri menulis dengan menyelitkan kata-kata kunci yang biasa di cari user search engine. Kelebihan jika menerapkannya klik [ link ] ini penjelasan lanjut.
  10. Update entri yang tidak lapuk dek masa, di mana beberapa tahun kehadapan pun entri tu masa sesuai di baca atau di cari user.
  11. Neutral - penulisan tidak membelakangi mana-mana kelompok. Contohnya : politik, agama, bangsa etc. 
  12. Link - Link-kan mana-mana perkataan yang berkaitan dengan entri lain korang, sebab ianya lebih mengukuhkan kedudukan entri itu dalam SEO. Sebaliknya jangan memberikan link ke site yang agak merapu. 
  13. Entri adalah sesuatu yang di cari ramai dalam search engine. Tak kira sama ada info, berita, hiburan, guitar lesson etc
Sekadar tip biasa yang aku rasa terbaik,

 'di setiap entri blogger, ada terselitnya peribadi'

Untuk menghasilkan tip blogging lebih terbaik, apa kata korang komen tambah pandangan korang sepanjang jadi seorang blogger ni.

Tip Blogging Terbaik | Cara update blog | Menghasilkan entri yang menarik berkualiti 
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment