Sepanjang 7 hari aku menganggap diri aku seorang blogger, dan setiap hari membuat fitrah wajib sebagai seorang bogger iaitu aku sering ke entri-entri sahabat yang di update. Mencoret komen dengan harapan mereka faham itu adalah salam silaturahim dari aku seorang blogger. Alhadulillah mereka baik dan mereka sporting juga memahami. Tapi jarang sekali lah aku meletakkan kusor di ruangan shout box, kerana aku tahu adalah lebih bermakna jika aku meninggalkan komen yang bernas berdasarkan entri mereka yang telah di hasilkan dengan perahan buah fikiran itu.
Beb, fakta dunia internet sekarang - kelompok besar pengguna internet lebih banyak berhadapan dengan facebook, tagged, twitter dan lain-lain. Adalah tipis di kalangan 'mereka' untuk berhadapan dengan blog-blog ni. Ada memang ada, tapi tidak lah ramai mana di puratakan dengan bilangan blog-blog sekarang yang umpama cendawan tumbuh selepas hujan. So pembaca dan pengunjung blog adalah dari kalangan blogger itu juga lebih memeriahkan sesebuah blog.
Sedikit peribadi - Aku seorang blogger yang bersikap macam mana
- Aku seorang blogger - yang suka mencari ilmu dan mengkaji dari pebagai sumber-sumber yang sahih dan boleh di percayai untuk menambah pengetahuan di dada. Sebab aku sedar aku bukan lah seorang yang boleh di kategorikan sebagai pakar. Masih aku seorang blogger newbie.
- Aku seorang blogger - yang gigih mempraktikkan segala sumber yang aku cari agar ia membuahkan hasil dan manfaat. Ya kan? kalo kita ada ilmu namun tidak di manfaatkan hingga menghasilkan faedah, apalah ertinya. Untunglah mereka yang semengnya telah di hulurkan ilmu.
- Aku seorang blogger - yang suka berkongsi apa jua cerita, sama ada peribadi hingga ke umum. Jika di minta aku mendengar, insyaallah aku akan cuba jadi pendengar yang baik walau pedih mana pun. Tapi aku, biarlah aku cuba kongsikan yang menarik sahaja
- Aku seorang blogger - yang gemarkan persahabatan. 'pure friendship'. Sangat luas erti sebuah persahabatan tuk di huraikan. So aku bagi kiasan k "Keluarga sentiasa ada dalam diri kita, manakala sahabat itu sebahagian dari diri kita " .
"Pencarian | Penghasilan | Perkongsian | Persahabatan"
Sempena genap 7 hari aku seorang blogger newbie dan ulang tahun aku ni. Sekali lagi terima kasih pada semua. Semoga korang terus menjadi seorang sahabat. Then hopefully aku terus di landasan ini menerjah blog-blog korang [buat yang ada blog].
p.s : Boleh mention lagu dari youtube di ruangan komen tu [klik ikon youtube pada form tu]
Aku seorang blogger newbie
{ 0 comment... read them below or add one }
Post a Comment