Anti Malaysia VS Anti Indonesia |
Punca
Itulah paparan antara page sebagai ruang untuk wadah mereka-mereka saling menjatuhkan, memburukkan, mencaci, menghina antara lain. Malah banyak lagi page seperti Malaysia Anjing , Indonesia Anjing dan etc. Ternyata ramai yang berminat dengan segmen-segmen ini, entah mana punca nya.
- Group penentang Malaysia - Adakah sebab berlakunya kes-kes peng-aniayaan terhadap pekerja warga Indonesia oleh majikan di Malaysia? Atau sebab lain?
- Group penentang Indonesia - Aku pun tak tahu apa puncanya kewujudan-nya.
Beb, jika itu lah antara sebabnya tercipta group-group begini. Ianya cukup tidak wajar dan berasas. Kerana Malaysia sendiri telah menjatuhkan hukuman sewajarnya terhadap pesalah yang pada aku kurang bermoral itu. Kini Malaysia lebih mengambil serius tentang kes-kes demikian.
Usah lah 'kita' turut sama meletakkan diri kita di kalangan orang yang kurang bermoral dan kelihatan tidak ubah seperti orang x matang [pendek akal]. Jangan kerena nila setitik rosak susu sebelanga. kerana kesalahan beberapa individu sahaja - rosak hubungan serumpun negara jiran.
Demkian juga dengan anti Indonesia, usah di lanjut-lanjutkan.
Tujuan
kurang pasti - Sama ada sengaja di wujudkan agar saling membenci sesama negara oleh mana-mana pihak dengan propaganda tertentu atau sebaliknya.
Wadah di group dan page ini
1. Saling memburukkan sesama mereka dengan penggunaan perkataan kesat yang begitu kelihatan seperti tidak bertauliah dan bertamadun sekali. eg :-
- Menggabungkan gambar bendera Malaysia / Indonesia dengan gambar anjing, babi dan etc
- Mengutuk dan mencaci rumpun rakyat masing-masing seperti - Rakyat Malaysia / Indonesia babi, bodoh, jahil, tiada agama dan etc
- Meninggikan taraf, darjat, kemuliaan dan pencapaian negara dan rakyat masing-masing sekali gus memperlekehkan negara jiran.
- Dan banyak lagi.
Maybe, 'mereka' bertanggapan demikian mereka adalah individu bijak dan berani sekali. OMG !
Hasil dan faedah
- Sesama negara saling berkelahi dan memburukkan negara lain tanpa mengira bangsa. Saling memupuk dan menanam perasaan kebencian. Maka segelintir negara lain di luar yang melihat gelagat dua rumpun ini dengan senyuman sinis. Sama-sama menunjukkan kelemahan kepada negara asing dengan berlagak, kononnya masing-masing bijak.
- Rakyat yang tidak terlibat pun akan terbabit sama kerana ianya melibatkan negara. Terdapat ramai di antara dua rumpun negara ini saling bersaudara, tidak kurangnya yang telah ada ikatan yang intim. Ramai yang berhijrah dan menetap di negara jiran masing-masing.
Jalinlah hubungan baik sesama negara. Segala ketidak adilan pasti akan di beri balasan di dunia dan di alam lainnya. Sudah menjadi fitrah mana-mana agama sekali pun menanam sikap sayang menyayang. Tiada mana pun agama yang mendorong 'kita' saling berkelahi. Jauh sekali meletakkan sesebuah rumpun rakyat itu di kategori yang jijik. 'Orang luar' sentiasa boleh melihat dan mencari kelemahan.
Ianya amat memalukan k.
Mahu negara 'kita' saling berperang seperti mana negara lain yang x sudah-sudah berperang dan saling berbalas-balas serangan sesama negara jiran? pertumpuhan darah sana sini. Jika itu terjadi, kesian saudara-saudara kita.
Contohi blogger Indonesia dan Malaysia - hubungan baik dan saling bertukar pendapat seharian di hujung jari.
Diam adalah pintar . . . Hentikan semua gejala tidak bertamadun ini dari diri sendiri dahulu.
We Want Peace !
{ 0 comment... read them below or add one }
Post a Comment