Cara Mempengaruhi Google

on 26 Jul 2011

Blog mesra Google SEO - Terindeks mudah di google, Yahoo, Bing dan lain-lain - mendapat ranking-ranking teratas di google search engine.


Bagaimana nak mempengaruhi google search engine - Blog mesra SEO adalah sesuatu yang sangat berguna untuk blogger yang menyajikan sesebuah entri yang khas-nya mahu di lihat dan di baca oleh pelbagai lapisan pengguna internet. Biasanya blog mempunyai niche info, tips, berita, hiburan dan pelbagainya sesuai untuk wadah bacaan awam. Akan tetapi untuk mendapat tempat-tempat teratas di google dengan keyword-keyword yang di cari bukannya sesuatu yang mudah, dan yang pastinya banyak step perlu di lakukan untuk mendapat ranking tertentu.

Penafian 
Aku seorang blogger newbie lagi. Agak segan juga aku hendak berkongsi bab-bab seo ngan korang memandangkan ramai lagi blogger yang master dengan ilmu seo ini, berbanding aku seorang blogger picisan baru berusia 10 hari menapak. Tapi rasanya tidak salah - memandangkan ianya ilmu dan patut di kongsikan kepada yang memerlukan. Memandangkan ilmu seo sangat luas dan semakin penuh persaingan hebat sesama blogger. Sekadar yang aku tahu , aku beri check list Blog mesra SEO yang asas buat blogger yang benar-benar baru sedang membuat searching tentang SEO dan blog :-

1. Daftar Blog Di Google Webmaster
Untuk blog yang telah siap di cipta dengan beberapa buah entri, tidak semestinya blog kita terus ter-index di google search engine dengan begitu sahaja. Jangan katakan keyword, malah jika korang type www.URLblogkorang.com pon tak mustahil tiada apa yang di jumpai google.com sebab korang belum pernah mendaftar di link google webmaster ni.

Apa yang korang boleh buat di google webmaster?
  • Masukkan nama domain korang untuk mendaftar kemudian wajib di susuli memasukkan meta tag yang di berikan google.com/webmasters tadi ke template korang.
  • Submit Sitemap blog korang di google.com/webmasters
  • Set up  parameter robot.txt 

a- Cara Daftar Blog secara manual ke Google Webmaster [klik sini]
b- Cara Submit SiteMap di Google Webmaster [klik sini]
c- Maksud dan Cara Set up file robot.txt [klik sini]

2. Masukkan meta tag Title, Keyword dan Diskripsi utama blog korang secara manual
Penting- Memasukkan dan memodifikasi meta tag blog korang yang terletak di HTML template. Sebab Crawler Search Engine sangat menilai benda ni dalam menentukan kedudukan dan ranking ter-index nya blog/url korang dengan keyword-keyword yang di cari pengguna search engine. Untuk memasukkan kod meta tag dengan cara yang betul dan berkesan, sila [klik sini]

3. Amalkan Penulisan Berlandaskan Niche Blog
Niche adalah hala tuju sesebuah blog itu dan niche tidak memerlukan kita set up apa-apa koding kat mana-mana. Ianya terletak kepada cara kita menghasilkan sesebuah entri dan hasil keseluruhan sebuah blog. Misalnya blog indiemoviesonline.com ini - Hala tuju dan niche blog ini hanya kepada perkongsian filem-filem online, movie online dari seluruh dunia. Dan segala content entri blog ini hanya lah yang berkaitan filem sahaja kerana itulah niche blog ini. Engine pencarian akan lebih senang mengindex blog yang mengamalkan niche di ranking teratas jika keyword yang di cari pengguna berkaitan dengan niche tersebut. 

contoh : cuba korang search 'film online' di google.com . Blog mana yang berada di atas sekali? Dan tengok niche blog tu. 

4. Target keyword yang di seacrh pengguna pada Engine Pencarian

4.1 Gunakan Keyword yang kerap di cari pengguna search engine tapi kurang saingan
Sebelum menulis dan menghasilkan sebuah entri - Ada baiknya 'kita' membuat sedikit kajian dahulu tentang keyword untuk kita target nanti. Sebaiknya menggunkan keyword yang banyak di cari dari search engine seperti google namun kurang saingan dari master-master SEO lainnya.

contoh :-

Kita nak tulis entri perkongsian cara buat duit dengan blog. So keyword dan kata kunci yang kita boleh target adalah Buat Duit Dengan Blog, tapi mungkin keyword ini terlalu banyak master SEO telah gunakan sebagai target mereka. Mungkin korang boleh modifikasi dengan target seperti di bawah agar kurang bersaing. 
  • Cara Buat Duit Dengan Blog
  • Perkongsian Buat duit dengan blog
  • Tips Buat Duit Dengan Blog

Bersaing pon apa salahnya kan tongue

4.2 Letakkan keyword di tempat-tempat yang menjadi tumpuan spider Engine pencarian.
 Antara tempat paling mendapat perhatian google search engine adalah :-
  • URL BLOG - contoh :- shahurl.blogspot.com/2011/07/cara-buat-duit-dengan-blog.html
  • Tajuk Entri - Masa korang tengah merangka entri tu, isi keyword yang korang target sebagai tajuk
  • Mukadimah - Perkataan permulaan selalunya jadi perhatian si spider dalam menentukan index entri kita.
  • Tag / label / kategory - isi keyword target korang pada ruangan label tu. 
4.3 Jangan terlalu mendesak keyword terindex
Elakkan Supplemental Result Google - Jangan terlalu mendesak dalam meletakkan kata kunci / keyword yang kita target tu terlalu banyak dan dengan teknik 'menipu'. Google misalnya, kurang gemar dengan semua ni. Di mana URL dan entri korang tu tak akan terindeks sama sekali jika korang :-

  • Meletakkan keyword yang terlalu banyak sama. Contohnya hampir 50% entri korang tu asyik perkataan 'buat duit dengan blog' je. Maka, google akan menganggap penulisan itu sebagai SPAM dan tak releven. Memang tak releven pon kan? 
  • Menggunakan ilmu hitam - di mana tulisan korang tak nampak. contohnya korang tulis 'buat duit dengan blog' tapi font tulisan tu tak nampak sebab korang ubah sama dengan warna background. Google nampak tau. Tak baik smug
5. Ping Entri Selepas Entri siap di Publish
Selepas korang publish entri korang. Dah check ejaan, target keyword / kata kunci. Agak puas hati, korang ping entri tu. Untuk menjemput spider-spider search engine seperti Google, Yahoo, Bing etc datang tengok dan nilai-kan apa yang korang tulis tu dan kemudiannya di index mengikut penilaian korang tu. Doa la harap-harap keyword yang strategik tu dia suka agar wajar baginya meletakkan index di ranking teratas bila di cari dengan keyword tu. 

Antara site yang boleh ping entri korang adalah PingMyBlog.com ini.

Peringatan :
Jangan Ping banyak kali mahupun di site ping berlainan. Nanti Entri itu di kenakan penalty dan di kategorikan sebagai supplimental result dan spam lak, maka entri tu tak akan terindex [terutamanya Google].

6. Mencipta Backlink Yang berkualiti

6.1 Social Bookmaking
Cipta backlink di social bookmark yang dofollow dan ber-pagerank tinggi. Sebanyak mungkin Seperti :-
6.1 URL yang ada kata kunci sebagai Signature
  • Pasang je URL blog korang sebagai  Singature kat mana-mana forum [kat fb pon apa salahnya]
contoh url ada kata kunci :  shahurl.blogspot.com/buat/duit/dengan/blog/html

6.2 Rajin-rajin komen entri blog yang ber PR tinggi dan DoFollow
Komen di blog ber PR tinggi yang setting blog mereka sebagai dofollow dengan menyisipkan backlink. Tapi adalah lebih baik kita lebih berhemah menconteng komen k. Jangan lah nampak sangat nak backlink. Sebaiknya kita hargai dengan membaca entri lalu coment dengan memberansangkan pemilik blog berdasarkan entri pemilik. Agak bagus jika form comment tu macam di blog aku ini. ada CommentLuv boleh tinggalkan dan pilih link mana korang di tinggalkan dengan kemas.

6.3 Blog Dummy
Seperti gambarajah di bawah, buat beberapa blog berdasarkan niche blog yang korang target. dan cipta link ke blog utama yang korang amalkan SEO tu. Tak kira lah link dari entri ke dari sidebar etc.


6.4 Ajak owner blog yang ber PR tinggi tukar link
Ajak dengan sopan dan berhemah. Rapatkan jurang dahulu. Jika owner sombong - biarkan dia. jadikan itu sebagai penguat semangat haha jangan kecewa sangat. Sebab bukan mudah dan cepat berada di atas. Namun tidak bermakna sentiasa ter-atas.

6.5 [3 Way] link Exchange
3 way - 4 way dan selebihnya lebih berkesan berbanding individual exchangeLink berdua. seperti gambarah di bawah.

Ok, ini adalah hasil yang aku buat pencarian, dan aku hasilkan dulu kini aku kongsikan, semoga menjadi titik permulaan persahabatan sesama kita. Sebenarnya terlalu luas lagi ilmu ini. Malah tiada penghujung. Apa yang pastinya harus di cari kerana ianya berguna bukan sekadar di dunia sahaja. Jika korang ada nak tambah boleh lah share pada ruangan komen k. Semoga info tak seberapa ni membantu

Tambahan : Banyak lagi faktor yang mempengaruhi search engine lainnya seperti Tempoh dan usia sesebuah blog. Recycle teknik-teknik ini berulang kali, tanpa berhenti. Ianya mungkin mengambil masa untuk blog korang serasi dengan penilaian Google dan lainnya.

Seterusnya ikuti dengan klik cara naikkan google pageranking (PR) ini.

Sekian dari, Aku Seorang Blogger newbie

Blog SEO | Ranking teratas Google | Blog PR tinggi | Backlink Berkualiti | Niche Blog |
Keyword SEO | Meta Tag SEO | Spider Google | Supplimental Result Google |
Aku Seorang Blogger
Ranking: 5

{ 1 comment... read them below or add one }

heromotion said...

nice tutorial . thanks


20 June 2012 at 23:25

Post a Comment