Izinkan aku gulungkan sedikit yang tersirat di sebalik PR :-
Definisi PR
- Semakin tinggi kiraan PR laman kita (di anugerahkan oleh google), maka semakin mudah setiap target keyword yang kita target akan mendapat posisi yang baik di engine carian Google.
- Kiraan PR bermula dari angka 1 hingga ke 10. Kalo dah 10 tu kira super duperb lah tu.
Syarat kenaikan pagerank sesebuah blog adalah di nilai dari sudut-sudut di bawah :-
1. Link ke site blog kita :-
Google akan menganggap site ataupun entri kita itu penting, berguna dan releven sekiranya banyak link dari laman-laman lain terus ke URL atau blog kita sendiri [inbound / incoming link].
Boleh faham kan dari gambarajah tu? Seperti yang aku telah huraikan di entri [ cara mempengaruhi Google ] ini juga. Bila macam tu, site korang nampak penting. Sebab banyak incoming link yang seakan mention URL korang.
Disamping perlu mendapatkan incoming link untuk entri-entri. Korang juga perlu menitik beratkan outbound link korang. Ianya akan di bandingkan. Sebaiknya outbound link jangan terlalu banyak dan tidak melebihi incoming link. Boleh check outbound dan inbound link di backlinkwatch.com
2. Usia blog - Sebenarnya definisi usia blog ni tidak berapa tepat. Hakikatnya ianya di nilai dari bilangan entri yang berkualiti dan link yang saling berhubung seperti di gambarajah 1. Dengan melakukan perkara seperti gambarah rajah di atas kepada setiap entri yang di buat, ianya akan men-stabilkan dan menguatkan lagi kekuatan di mata google. Maka makin banyak entri berkualiti dan melakukan perkara di atas. Makin stabil dan mempengaruhi PR sesebuah blog .Selebihnya semua sama sebagaimana yang aku dah jelaskan di entri sebelum ini tu. Tengok kat [cara mempengaruhi google] ni.
Nanti boleh lah kita amalkan :-
Tambahan : Korang ada account Twitter, Digg, Stumbler, Reddit dan lain-lain social bookmarking tak? Add aku ye [ tengok atas header blog ni, ada link social bookmarking aku ].
Nanti boleh lah kita amalkan :-
Korang, tweet entri baru, aku retweet entri korang..
Korang Digg entri, aku Dugg entri baru korang..
Begitu juga seterusnya dengan stumble dan lain-lain bookmarking. Berkerjasama
Dunia SEO semakin bersaing hebat, sebaiknya saling melengkapi seperti gambarajah di atas agar lebih kukuh kedudukan sesebuah blog itu dan ikatan persahabatan sesama blogger. berseorangan agak sukar untuk berdiri sama tinggi dengan sebuah networking berkumpulan.
{ 0 comment... read them below or add one }
Post a Comment