Pada pakar SEO lain nya mungkin tiada yang menarik, namun buat blog newbie yang baru je create account 14 hari lepas ni, cukup buat aku bersyukur dah dapat memecahkan telur tu sebagai dorongan dan semangat aku blogging bersama rakan-rakan blogger ( tidak lain tidak bukan korang semua lah ).
Sememangnya aku create akaun ni dengan niat yang betul di mana untuk mencari ilmu menggunakan segala deria dan fikiran aku kemudian di kongsi kan untuk semua kawan-kawan dan umum agar di manupulasikan seterusnya membuahkan hasil. Dengan harapan tercetusnya persahabatan sesama kita.Terima kasih pada tuhan, thanks pada rakan-rakan, dan tq pada google yang sudi menyambut tangan aku sebagai tanda silaturahim. Sebab itulah di header blog ni " Pencarian | Perkongsian | Penghasilan | Persahabatan ". Itulah nawaitu personal yang cuba aku zahirkan menjadi elemen dan matlamat blog ini.
Sebelum aku bertindak mencipta blog ini, aku ada duduk kejap kat koridor rumah sambil hisap rokok, merenung jauh menembusi bingkai langit dalam aku cuba mencari hala tuju aku jika mula blogging. Akhirnya slogan ini lah menjadi hikmah, di sebalik matlamat lain aku. Walaupun aku yakin, diri ni terlalu kerdil berbanding yang lain. Mungkin dari sudut masa, pengetahuan, teknik dan sebagainya, tapi masa tu aku berazam biarlah aku usaha agar tampak berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah suatu hari nanti.
Semestinya hala tuju aku seorang blogger bukan mudah jika hanya dengan usaha, teknik dan ilmu tanpa di lengkapi strategi dengan semangat yang tercetusnya oleh sahabat-sahabat seperti korang. Sesungguhnya sahabat itu kan sebahagian dari diri kita, di mana kita tak akan berseorangan jika ada sahabat. Sebaliknya jika ada musuh. Bak kata mak aku, berkawan jangan pilih bulu, rupa, darjat, populariti, dan kepentingan lainnya. Hargai setiap kawan tu. Musuh pulak jangan di cari.
Selain 4 elemen besar yang aku zahirkan sebagai matlamat itu, aku ada sisipkan banyak lagi matlamat lainnya bagi mencabar diri aku sendiri agar lebih mendapat anjakan paradigma sebenar dalam wadah aku blogging di blog ini. Antaranya aku cabar diri aku mendapatkan pagerank 3 dalam masa 3 bulan bermula dari waktu aku create blog ni. ( Agak sukar buat aku, entah dapat atau tidak ). Walaupun ianya di akui sukar bagi aku yang masih setahun jagung ni, tapi biarlah aku menganggap ianya sebagai satu matlamat yang wajib di capai dalam aku cuba belajar memberi kualiti dan kuantiti di samping ekspirimen-ekspirimen aku. Berjaya atau tidak, tidak penting. Apa yang lebih penting buat kita, dalam apa hal pun kita lakukan harus ada pegangan hala tuju dan matalamat agar tidak terpesong kelak
Mampos nak kejar PR3 3 bulan, dah la hierarki Pagerank ni makin membesar kehendaknya. Takpe lah, beridiri je di landasan cabaran demi kemajuan diri sendiri.
Terima kasih sebab sudi berkawan. Semoga kita sentiasa mencari semangat yang letak nya pada sebuah persahatan itu.
Akhir kata dari newbie : Kurangkan kontrevesi, anjakkan prestasi, tingkatkan kualiti. Sama-sama lah kita mencuba.
{ 0 comment... read them below or add one }
Post a Comment