Genap Sebulan Dah Blog Aku

on 14 Aug 2011

Sedar tak sedar dah genap dah sebulan blog aku ini. Syukur lah ramai kawan aku dapat. Takde musuh aku tempah. Ada ke musuh yang mendatang surprise?  Harap takde lah ye. Sebaik-baik manusia, kita cuba lah tiada sebarang hasad dan hidup dengan hati yang putih sesama masyarakat realiti dan siber.


Pastinya banyak lagi teknik dan perkara yang patut aku kaji dan uji sebagai ekspirimen dalam ber blogging. Sangat luas dan unik pula aku rasa. Seronok membuat eksperimen bila kita tidak mengendah perkara-perkara yang di rasakan sebagai anasir lain. Hadapi je segala dengan strategi dan senyuman agar jiwa kita bahagia sentiasa dan kerja tersusun tiap masa.

Blogging memang seronok dan berbaloi :-

Pertama sekali pulangan yang kita dapat bila blogging. Pulangan bila blogging ni aku dah sedar lama dah, bila kita membangunkan sesebuah blog kita akan dapat rasakan suatu kepuasan, di samping insentif-insentif lainnya. Selain itu dengan blogging, ianya akan melatih meningkatkan kreativiti menulis, membina blog, belajar menjadi orang yang sabar dan bermatlamat, mendesak kita belajar banyak perkara, menjadikan kita peka dengan pelbagai sikap manusia sekeliling yang juga ramai di alam siber ni dan banyak lagi sebenarnya.

Apa yang aku lihat, dari bloging ni kita mudah terdedah dengan dosa dan pahala. Itu terpulang pada diri kita sendiri yang menentukan kan. Baik niat dan apa yang kita buat, maka pahala lah yang kita dapat dalam blogging. Sebaliknya juga dengan jahat. Sesungguhnya yang baik tu dari Tuhan, dan yang buruk tu dari diri sendiri juga. Semoga aku dan semua kengkawan terpelihara dari kemunafikan itu whew!.

Sepanjang sebulan blog ini bertapak di platform percuma blogspot, tiada apa pun yang membanggakan. Cuma membahagiakan bila aku sering tegelak ketika dalam wadah ber blogging. Adakalanya aku tergelak dengan sengaja, ada tikanya pula secara tidak langsung.

Akhir kata, terima kasih Tuhan, thanks kawan-kawan, tq semua. Segala kandungan yang kurang baik di blog ini adalah dari aku sendiri ( semoga di refreshkan ), Sebaliknya yang baik itu semua dari Tuhan.

Jika ilmu yang kita cari dan cuba di kongsi - Semoga ianya di kira sebagai ibadah. Amin

All the best my friend oh go on.
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment