Aku pula masih masih slow raya tahun ni. Masih lagi dalam mood berpuasa . Anyway hari raya sebelumnya pun aku agak sakan shopping kat pusat jualan murah seperti korang sebagai kelengkapan hari raya. Selama ni korang shopping kat mana paling murah?
Jualan raya paling murah pada aku di sekitar lembah klang adalah jalan tar dan masjid jamek KL. Pada musim perayaan seperti aidilfitri ni, area tu memang sesak. Kuala Lumpur sungguh memenatkan sebab sesak cam ni lah. Lain sesak kat jalan raya, laluan pejalan kaki pun sesak juga huh!.
Apa yang paling menarik, setiap malam hari raya tempat itu masih menawarkan promosi. Haa kalo korang nak tau, malam hari raya selepas pukul 12 tengah malam, promosi dia paling murah dengan harga runtuh. Selalunya 50% offer seperti kuih-muih dan barangan raya lainnya. Ye la, dorang dah beli pukal barangan raya kan. Esoknya dah hari raya sape lagi nak beli barang-brang yang tinggal tu? ( mesti ramai yang dah tahu, yang belum maklum tu ni aku tolong inform ).
Kebiasaannya malam hari raya ramai yang dah balik kampung. Ingatkan KL dah sepi, namun kat area Petaling Street, Jalan Tar, dan sewaktu dengannya tu masih lagi meriah.
Hargailah jualan Murah hari raya tu dengan bijak. Walaupun semua murah, kalo beli banyak tetap besar juga kos tu.
Masih dalam mood puasa.
{ 0 comment... read them below or add one }
Post a Comment