Namun tidak terlalu awal rasanya untuk kita membuat persiapan menyambut hari raya bahagia itu dalam pada kita sambil menjalankan ibadah puasa sekarang ni. Demi kabaikan sejagat juga.
Semoga hangatnya hari raya dengan sikap bersederhana dengan suasana yang bahagia nanti. Anyway sekadar saling mengingati agar kita tidak cuai ye :-
Persiapan Hari Raya
- Merancang balik kampung mana? Kampung A atau kampung B? Bertolak ansur ye. Selalunya ini agak rumit, apatah lagi di kalangan suami isteri.
- Bagaimana dengan persiapan dan rancangan cuti tambahan sehari dua untuk hari raya nanti? sudah di bincangkan dan di pohon?
- Bersedia dan tanam nawaitu awal-awal menunaikan zakat fitrah agar tidak terlupa nanti.
- Jika merancang naik bas atau kereta api, beli lah tiket awal-awal. Musim perayaan ianya bagai pisang goreng panas. Jika yang terpaksa menaiki flight mungkin dah agak lewat untuk di tempah awal bagi mendapatkan harga yang rendah.
- Kenderaan pastikan di periksa agar tidak mendatangkan masalah kelak. Periksa roadtax, tayar, spare tyre, tool box, wiper, plug, minyak hitam, dan lain-lain. Servis apa yang perlu - jangan terpedaya dengan kata-kata manis segelintir pengusaha yang banyak mengambil kesempatan di musim perayaan. ( nak dapat murah seri kembangan saya boleh tolong untuk servis dan tayar ).
- Sedia bermaafan dengan semua - terutamanya hubungan yang dah dingin terhadap keluarga, saudara mara, rakan-rakan atau jiran.
- Perancangan dan persediaan menyambut ketibaan tetamu kelak. Bersederhana pun takpe. Jika daif takpe, janji kita sporting dan ikhlas. Juadah paling seronok di hari raya adalah seri keikhlasan wajah di hari raya.
- Persiapan pakaian hari raya untuk diri sendiri dan keluarga ( aku pun pakai pakaian tahun-tahun lepas. Tak terlintas pun nak pakai baju baru, sebab masih sesuai di pakai beraya ).
- Bersedekah dan berkunjung di tanah perkuburan nanti untuk yang mungkin pernah beraya dengan kita, tapi kini telah tiada. Jangan lupa, juadah mereka adalah sedekah dan amal ibadat dari anak-anak. Terutamanya anak yang jarang balik kampung menjenguk tanah perkuburan. Hakikatnya ia bergitu bermakna.
- Persediaan meninggalkan rumah dan kenderaan - musim perayaan adalah waktu pencuri bermaharaja lela. Jangan biarkan mereka lebih bersedia merancang dari kita.
- Persediaan menggalkan kerja - kang habis raya kepala berat je tengok kerja bertimbun.
- Perancangan kewangan semasa dan selepas raya.
- Bersedia nak pow duit raya sape, dan yang akan kena pow kena lah siap sedia .
Ingat musim perayaan banyak berlakunya musibah. Harap kita peka dan sentiasa waspada. Lama lagi hari raya, tapi lebih baik buat persiapan dan persediaan hari raya awal-awal kan demi kebaikan bersama.
{ 0 comment... read them below or add one }
Post a Comment