Surat Dari Google Adsense

on 24 Aug 2011


Dapat lagi surat dari Google Adsense. Kandungan surat ni sama juga macam tahun-tahun lepas, iaitu baucer untuk aku beriklan di adwords (iklan adsense yang pakai huruf / bukan bergambar tu). Baucer kali ni bernilai RM125.00.

Pada aku lah kan, ini antara kelebihan adsense. Masing-masing iklan ada kelebihan dan kontra. Walaupun banyak baiknya, namun tetap juga ada kekurangan adsense ni.

Sedikit mengecewakan. Sejak 3 tahun aku dapat tawaran adwords ni asyik-asyik aku lewat.

  1. 2009 dan 2010 aku dapat surat ni di hantar kat kampung sebab aku register guna alamat sana. Bila mak aku pos, tempoh dah luput. ( lepas tu terus aku tukar alamat kat akaun adsense ).
  2. Sekarang dah guna alamat ni aku tetap lambat. Sebab jarang buka peti surat.

Kali ni tidak lah terlalu lewat, sebab tarikh untuk aku key in voucher ni sebelum 31 august. So sempat lah. Syukur aku terlintas check peti surat tadi. Tak tahu pulak nak iklan blog aku yang mana.

Thanks to
Derek Callow ( Head of Bussiness Marketing, Google Southeast Asia ).
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment