Kelebihan Adsense

on 17 Aug 2011

Tulis tentang "Kelebihan Adsense" pulak lah selepas semalam pasal [Kelebihan Adsense Untuk Pengiklan].  Merapu je sebenarnya nak update entri ni sebab tengah longlai di bulan puasa ni.

Menarik selama aku dok jalan-jalan kat alam siber ni bila tengok Iklan Google Adsense tu ada di mana-mana dengan pelbagai jelmaan. Macam jin pun ada nerd. Okay malas nak layan merapu aku ni. Biar aku terus gulungkan pandangan aku.



Kelebihan Iklan Google Adsense

1. Kelebihan Adsense paling menarik, seseorang entrepreneur itu boleh menjana pendapatan bukan sekadar di blog dan website sahaja. Malah di laman-laman popular lainnya seperti Youtube, Feedburner dan banyak lagi. Senang bagi contoh :-
  • Untuk seorang blogger feedburner adalah antara medium percuma lainnya yang terbaik untuk berhubung dengan reader, So jika ada akaun feedburner - Blogger itu boleh publish iklan adsense milik sendiri melaui feedburner.
  • Bagi Vlogger pula (atau sesiapa yang ada account youtube untuk share video) - Masih boleh menampilkan iklan text adsense sendiri di youtube. Ianya terletak di dalam frame youtube dan akan slide iklan satu persatu secara automatik. Selalunya penonton akan cuba memangkah iklan tu agar tak mengganggu pandangan dan aku sendiri selalu ter klik masa nak close. 
  • Adsense for search - Boleh try Google Custom Search something dari sidebar aku tu.
  • Adsense For Domain - dan banyak lagi sebenarnya.

2. Kelebihan tampilan adsense yang flexsibel sebagai pilihan blogger, vlogger dan etc.
  • Saiz yang pelbagai mengikut kehendak penerbit iklan. Ada kecil, melintang, menegak, besar, sederhana, kecil, tenit. gedabak dan seterusnya boleh check kat Google Adsense Ad Formats ni.
  • Tidak terbatas dengan iklan bergambar sahaja. Malah di bagi pilihan seperti text ads dan video ads (seakan video youtube yang orang akan klik untuk play).
  • Bagi text ads, boleh memilih colour background, jenis font dan saiz font. Sesetengah orang suka menampilkannya dengan tampak tidak seperti iklan dengan menggunakan font dan background yang sama dengan format blog. Contoh : layari  www.wordsearchfun.com/Books_and_Literature_cat.html
3. Paling tidak asing lagi adalah bayaran adsense yang lumayan. Kiraan adsense adalah melalui USD yang nilai nya berganda-ganda berbanding MYR. Then kiraan bayaran adsense per klik juga boleh meningkat mengikut strategi dan potensi kita ( cuba search google cara tingkatkan bayaran klik adsense ini ). 
  • Aku dulu per klik hanya 0.01USD , pelan-pelan naik ke 0.04USD dan seterusnya. Malah ada juga hingga 1USD per klik.
4. Dah meningkat juga kesedaran pengiklan dari asia seperti malaysia yang memberikan kepercayaan kepada Google Adsense sebab kelebihan yang Google Adsense ada.

Ok sekadar pandangan individu aku k. Sekiranya ada percanggahan, biasa lah - pendapat tidak seharusnya serupa. Selain itu tiada perkara yang sempurna, demikian juga dengan adsense. Lepas beri kelebihan adsense ni, nanti ingat nak gulungkan pula kelemahan dia. 

Aku pon tak power sangat adsense ni. Dalam akaun pon alahai ciput 1/2sen je dalam tempoh 2 tahun lebih ni hee hee.
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment