Buat Duit Amazon

on 11 Sept 2011

Buat duit dengan amazon ni entri riview bagaimana buat duit dengan amzon yang aku perincikan dari blog sahaja dulu daripada banyak cara lain. Idea ni datang lepas aku daftar amazon melalui blogspot ni beberapa hari lepas.

Anyway sekali gus nak huraikan sebab aku tak masukkan iklan amazon di blog ni walaupun aku dah daftar sebagai affiliator amazon. Just hurai pendek je bagaimana buat duit dengan amazon, sesuai buat blogger yang jiwa bisnes online sebagai side income online.


Kindle 3G, Free 3G + Wi-Fi, 3G Works Globally, Graphite, 6" Display with New E Ink Pearl Technology - includes Special Offers & Sponsored ScreensaversGambar di sebelah ini adalah iklan amazon yang aku pasang sebagai testimoni blogger yang baca artikel ini. Now kalo korang klik iklan amazon di sebelah ni, korang akan di bawa ke laman jual beli amazon untuk produk di sebelah ini (gadget kindle). Aku tidak akan dapat sesen USD pun dengan klik tu, melainkan korang beli produk tu (agak mustahil kot laughing).

Ok sekarang aku mulakan riview pengenalan dan bagaimana buat duit dengan amazon menggunakan platform blog.

Apa itu amazon.com ?


Amazon adalah laman jual beli gergasi dunia online macam mudah.my jika kat malaysia. Tapi berbeza amazon ni lebih fokus pada pasaran global di internet dan urusan jual beli dimulakan dari laman itu sahaja dengan menhubungkan akaun online pembeli seperti paypal untuk beli barang.


Cara bayaran amazon kepada affiliator

  • Setelah aku tengok, amazon bayar kita mengikut komisyen jualan dari referral link yang kita sumbangkan kepada pembeli.
  • Komisyen di tawarkan kepada kita buat masa ini adalah 4% - 15% mengikut jenis barang yang terjual dari referral link kita tu. Misal kata korang klik link gambar di atas dan seterusnya korang beli barang tu aku akan dapat komisyen dari situ. Jika harga barang tu 100USD, kalo komisyen barang tu bernilai 15%, bermakna aku dapat 15USD dari jualan itu.
  • Sekiranya pembeli close dulu browser dan masuk ke amazon dengan carian sendiri bukan melalui link referral kita, kita tidak akan dapat manfaat apa-apa. Sebab amazon bukan anggap ianya sebagai tajaan kita.
  • Senang, kat situ dah boleh faham kan konsep sumber pendapatan jadi affiliator amazon?

% komisyen amazon ikut kategori barang


Bagaimana buat duit dengan amazon melalui blog

1. Apply akaun amazon, ianya senang dan sangat easy macam apply nuffnang dan tidak susah seperti adsense. Jika korang guna blogspot paling senang korang apply dari platform itu sahaja dengan ikut langkah yang mudah. Dalam tempoh masa tak sampai sehari korang boleh miliki akaun amazon (rujuk gambarah di bawah bagi blogspot). Bagi wordpress, kena pergi ke laman [ affiliate program amazon ] ni.


2. Buat duit amazon dari blog yang aku nak riview sini kan. So seterusnya dah tentu iklan amazon korang tu kena masukkan dalam blog. Dari blogspot korang tidak perlu susah payah log in dari laman amazon, just terus publish dengan satu dua klik dari side tempat korang rangka entri tu je untuk selitkan iklan amazon ni. Pilih lah barang-barang yang korang target sebagai jualan (reffer gambarajah di bawah). Bagi platform lain tak pasti ada disediakan atau tidak, tapi macam biasa boleh amek koding iklan dari laman register tadi tuk sumbat di blog.


Boleh pilih amek link referral tu buat anchor text atau linkkan pada gambar sendiri. Ataupun amek gambar disediakan sahaja. Settle.


Boleh ke amazon menajana pendapatan melalui blog ?

Boleh kot kalau serius. Sebab apa benda yang tak boleh, bisa di paksa jadi boleh kalau kita serius (can do anything). Dari pandangan aku pada review ini, kita sebagai blogger boleh ambil serius pendapatan amazon ni jika fokus dan cuba ikut kriteria di bawah ni.


Buat blog riview produk amazon dalam bahasa english

Sebab tekankan review guna blog bahasa english, kita perlu target user global. Dan seperti sedia maklum, user dari malaysia kurang keperluan dan budaya beli barangan online ni. Lain lah kalo mudah.my, boleh bank in guna ringgit malaysia atau lebih terjamin terus jumpa penjual dengan deal temujanji melalui call / email dulu. Berbeza dengan user dari barat, mereka dah biasa dengan shopping online ni.  


Trafik organik dengan teknik seo

Dalam usaha mendapatkan serious buyer korang kena ambil user global tu dari sumber paling besar menyumbang pada organik trafik ( search engine ).

Apa yang perlu di buat adalah rivew sebaik mungkin kelebihan satu-satu produk tu di entri. Contoh iklan gadget kindle di atas, aku kena lah bagi tahu gadget tu adalah yang terbaik buat masa ini untuk blogging ber facebook twitter, lasak, elegent, canggih, mudah dan sebagainya agar menarik hati seterusnya menarik minat pembeli dari search engine tadi.

So kenapa perlu seo dan oraganik trafik? sebab serious buyer lebih ramai mencari info sendiri berbanding di dedahkan sendiri. So search engine lah penyumbang pencari-pencari ini.

Extra

1. Dah nama link referral ada, ianya tidak terbatas hanya dengan blog. Banyak lagi option lain seperti dari laman social dan etc. Cuma pada aku lebih bagus dan berkesan dari blog kalo di lihat dari pelbagai sudut.

2. Amazon dan adsense tidak saling menganggu. Malah lebih di sarankan. Bukti : palatform blogspot, ada disediakan redirect akaun adsense dan amazon. Why not sambil menyelam adsense terus telan amazon di lautan search engine english?

Harap memberi info tuk blogger yang menanam hala tuju buat duit dengan blog dengan serius punya fokus. Bila ada income hulur sket, sebab aku lebih pada ilmiah dan sharing. Tiada benifit aku dapat di situ selain ibadah.
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment