Cara Memilih Keyword

on 26 Sept 2011

Cara memilih keyword yang sesuai untuk seo ini entri khas buat rakan sesiapa sahaja yang ada hala tuju dalam sesuatu artikel itu untuk menarik organik trafik (search engine). Sekadar pendapat peribadi cara pilih keyword yang betul.

Ada member tanya bagaimana memilih keyword untuk di terapkan dalam artikel. Rasanya ketepatan dalam hal itu adalah sesuatu yang lebih afdal dalam teknik seo.

Cara Memilih Keyword

Point Penting Cara Memilih Keyword

  • Tool berkaitan dengan keyword research untuk seo (extra).
  • Kenal pasti ketepatan keyword di gunakan user search engine.
  • Kenal pasti pesaing keyword di search engine.
  • Hot atau evergreen keyword.
  • Ketepatan memilih dan kesinambungan keyword.

Tool keyword research seo (Free)

  1. Training seo book
  2. Compete
  3. Spyfu
  4. KeywordSpyPro
  5. Adwords Keyword Tool ( Popular ).

Cara kenal pasti keyword

Gunakan software dan kemudahan dari list link tool keyword research di atas. Aku suggest google adwords tu dahulu. Taipkan apa-apa kata kunci yang di rasa sesuai. Ianya akan keluarkan report potensi keword tu dan sekali gus akan berikan report related keyword beserta report berapa carian di search engine. Pilih mana yang yang memiliki jumlah carian terbanyak.

Pesaing keyword yang sama di search engine

Jika dah ada target keyword, ada baiknya buat searching dahulu keyword tu di search engine. Then tengok entri manakah yang berada di senarai first page google.

Bagaimana nak tahu mudah atau sukar untuk berada di first page google dengan keyword tu? Di bawah ni aku senaraikan list mengikut kepentingan.

  1. Check backlink populariti. untuk entri mereka.
  2. Tengok ciri-ciri entri pesaing.
  3.  Kenal pasti blog pesaing. Jika keyword itu menjadi niche keseluruhan blog, memang agak sukar.
  4. Tengok pagerank entri.

Hot atau evergreen keyword

Hot keyword adalah kata kunci yang menjadi carian banyak user yang akan berubah mengikut musim. Contoh : beberapa ketika lepas masa permergian Allahyarham Micheal Jackson. Ianya menggemparkan masyarakat dunia. Dalam beberapa tempoh tu, Keyword berkaitan micheal jackson memang banyak mendapat carian. Namun semakin pudar mengikut peredaran.

Evergreen keyword

ni aku olah je  Cara Memilih Keyword. Tapi maksudnya sebenar, keyword tu akan di cari dan masih diguna pakai je dari masa ke semasa yang panjang. Contoh : Buat duit dengan blog - Disitu ianya sampai bila-bila tidak lapuk dalam carian search engine. Sebab ianya bukan sesuatu yang 'hot' pada satu masa dan akan lenyap beberapa ketika akan datang. (Selagi orang nak buat duit dengan blog. skang ada dah mesin duit dari blog ).

Ketepatan memilih dan kesinambungan keyword

Tepat maksud aku disini adalah, menepati dengan carian terbanyak dari search engine. Ini boleh aku jelaskan dari gambarah di bawah ni sahaja untuk di fahami.

Tips Memilih Keyword

Caranya pilih mana-mana keyword yang di suggest oleh engine carian itu sendiri. Google akan update semua ini mengikut jumlah carian dari masa ke semasa. Dan user juga suka pilih apa yang di suggest.

Entri dah agak berjela, So untuk memilih kesinambungan keyword cuba buat searching di link google.com.my ini keyword [Maksud Pagerank] kemudian try pula [Fungsi Pagerank] untuk entri aku. Harapan aku, boleh faham.

Sekian sesi sederhana belajar seo cara mudah memilih keyword untuk tujuan seo bagi yang ada motif tertentu dengan nawaitu terbaik.
    Ranking: 5

    { 0 comment... read them below or add one }

    Post a Comment