Namun yang pastinya ia perlukan usaha dari mula merangka entri sampai telah di publish dan seterusnya hingga ke detik terakhir kontest. Ianya bergantung pada teknik 40%, Nasib 25%, dan kelebihan yang ada pada blog 35%.
Dalam kontest SEO baru-baru ini, aku ada buat 2 entri. 1 di blog aku ni semasa belum tukar domain hari tu. Boleh tengok di link [ aku anak malaysia merdeka ni ]. Dan satu lagi di blog my beloved kat cari-nur.blogspot.com.
Aku turut serta dalam kontest ni lebih kepada untuk teruskan kajian beberapa aspek tentang SEO. Di mana aku buat entri yang berbeza fomat di antara dua blog ini. 1 entri aku buat panjang dan satu lagi aku buat seringkas mungkin. Begitu juga off page, 1 entri aku ping, dan 1 lagi entri langsung aku tak ping.
Hasilnya kat Google.com.my
1. Entri di blog aku - Selama beberapa hari aku publish entri ini. Kedudukannya di SERP agresif turun naik. Adakalanya Top 5-10 dalam first page dan adakalanya akan berpindah ke page kedua dan pernah sehari tu dia lepak page ke 5 google.
Ciri-ciri entri
- Entri ni dalam kajian aku buat panjang dan banyak keyword yang di target aku benamkan.
- Ianya juga aku ping ke tempat-tempat yang baik.
2. Entri Blog mybeloved - Pada hari yang sama, aku publish entri ini dengan seringkas mungkin. korang boleh tengok sendiri entri tu, cuma ada 1 keyword yang aku target benamkan kat dalam tu. Malah aku tidak ping pon. Kedudukan SERP dia agak slow, namun naik perlahan-perlahan dari page 2 google, sampai ke page 1 hingga ada di Top page 1 google sebelum entri blog aku pintas. Kalo tengok statistik, entri ini lebih memiliki pergerakan yang stabil.
Ciri-ciri entri
- Paling ringkas kat dunia dengan hanya beberapa aksara sahaja.
- Keyword pun satu sahaja.
Apa yang aku dapat cakap di sini, crawler google ada banyak jenis style menilai sesuatu entri untuk di letakkan di SERP. Mungkin dalam hal ini, ramai yang target keyword sama, membuat google.com.my jadi binggung . Aku yakin dan sangat pasti, dalam keadaan bersaing-saing macam ni, kedudukan SERP itu sentiasa akan berubah tanpa di duga bila dan kenapa. Malah aku sentiasa menerima dengan logik sekiranya entri-entri itu hilang dari page 1 google. Ada seribu satu kemungkinan. So kesimpulan aku nak buat :-
- Entri panjang-panjang berjela dan kena banyak kata kunci - Bukan lagi suatu yang lebih di utamakan google. Ianya sudah tidak relevan dan tinggal menjadi mitos buat masa ini.
- Kena banyak tanam backlink - tidak semestinya banyak backlink menjanjikan SERP yang bagus. Apa yang perlu adalah kualiti backlink. Sebab apa aku cakap macam tu, google lebih suka backlink yang natural. Sekiranya kelihatan seperti mendesak atau tiba-tiba banyak backlink dalam satu masa, bukan naik SERP tu, malah turun. Paling teruk apabila ianya di kira supplimental result seperti aku war-warkan di entri [ cara mempengaruhi google ] ni.
- Robot google pandai pening menilai, adakalanya dia telus dan boleh faham teorinya. Namun adakala kita sendiri pelik. Seperti 2 result di atas lah. Wal hal sangat berbeza kedua-duanya aku buat.
- SEO onpage lebih penting dari off page, tiada On page yang bagus, maka tiada makna Off page berkualiti.
- Pagerank dan usia blog berpengaruh pada kajian aku, sebab lebih mendapat kepercayaan pada google untuk di letakkan pada SERP. Namun itu bukannya satu alasan. Walaupun ianya nyata mendapat lebih kepercayaan Google. Kena usaha lebih untuk tingkatkan populariti di mata google.
- Semua ini nasib, sebab kadang-kadang aku tengok google berikan sesuatu di luar dugaan. Macam kejadian di atas.
- Jangan terlalu mengharap, sangat mudah terindex di google dan sangat mudah juga ia berubah. Demikian juga sangat mudah tidak terindex di google atas alasan-asalan tertentu ( simpan garis panduan apa yang google suka dan tak suka dalam minda ).
Susah kan bermai dengan SEO? semoga newbie macam aku ni masih jadikan kajian SEO sebagai hobi.
{ 0 comment... read them below or add one }
Post a Comment