Sambutan Valentine bertukar di Kelantan

on 10 Feb 2012


Sambutan valentine day bertukar di Kelantan? Mesti korang kurang jelas dengan tajuk entry ni kan. Ok, jom baca entry ni sampai habis dulu. Hari valentine atau hari kekasih sudah menjadi trend dalam negara kita terutamanya di kalangan umat islam itu sendiri sejak tahun 80-an. Betul tak?? Harap korang terkecuali daripada orang yang pernah menyambutnya..

Hari valentine bukanlah sambutan yang sepatutnya disambut oleh umat islam malah ditegah dan dilarang sama sekali. Di kelantan, kerajaan PAS kelantan bersepakat untuk menggantikan valentines day kepada hari suami isteri. Menarikkan??

Sambutan yang akan disambut setiap tahun ini bakal disambut oleh mereka yang bergelar
suami dan isteri secara halal dan sah. menurut menteri besar kelantan, tuan guru datuk nik abdul aziz nik mat "adalah lebih baik hari valentine yang dipuja dan diilhamkan oleh orang kristian itu ditukar menjadi hari suami isteri untuk melahirkan acuan islam.

Tuan guru menegaskan bahawa pada masa akan datang, mereka selaku kerajaan kelantan bersetuju untuk menggantikan hari kekasih kepada hari suami isteri di negeri tersebut. beliau berkata selepas merasmikan hari suami isteri dan pelancaran buku panduan keluarga mawaddah baru-baru ini.

Rancangan Ini juga sebenarnya bertepatan dengan kempen kerajaan dua tahun lalu yang mengajak remaja mendirikan rumahtangga melalui program gerbang Az-Ziwaj. Masih ingat lagi kan?? program yang telah melibatkan 100 pasangan telah berkahwin secara kelompok.

Antara lain tujuan hari suami isteri ini diwujudkan ialah untuk menggalakkan umat islam dalam menghayati khidupan rumahtangga mengikut acuan islam yang sebenar. bagi remja-remaja yang belum berkahwin, sekiranya ingin menyambut hari kekasih, boleh lah berkahwin dan sambut bersama isteri dan suami tercinta sebagai sambutan hari suami isteri.

Apakah hukum menyambut hari kekasih atau valentine day? Rasanya semua orang sedia maklum akan hal ini, tetapi suka untuk saya mengingatkannya untuk kebaikkan bersama. Ok..Hukumnya adalah HARAM. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day.

Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Jadi, saya harap selepas perkongsian ini kita semua janganlah menyambut hari valentine ni yer..
Ranking: 5

{ 1 comment... read them below or add one }

Post a Comment