Showing posts with label Asas Seo. Show all posts
Showing posts with label Asas Seo. Show all posts

Pagerank Blog Naik PR0 - PR4

on 8 Nov 2011


Pagerank blog naik plak. Dari PR0 ke PR4 dengan usia domain aku belum genap 3 bulan, syukur sangat dengan rezeki dan kebetulan ini. Harapan dengan pagerank blog yang naik ini lebih senang lah mengganjakkan entri aku di SERP nanti. Selain itu rakan blogger aku yang tukar link dan komen blog ni sedikit sebanyak mendapat benefit sampingan sambil bersilaturahim sesama blogger.

Apa pun target skala pertama aku dah tercapai, dan aku kena terus konsisten dalam susun atur on page juga off page blog aku. Sebab pagerank bukanlah sesuatu yang berkekalan dan boleh jadi update akan datang ianya jatuh, kekal atau pun naik. Tahniah juga buat rakan blogger lainnya, manakala yang kekal dan menurun sama-sama lah kita cari puncanya.

Banyak backlink pagerank blog aku naik?

Pagerank Blog Naik
Pagerank blog aku naik bukan sebab banyak backlink kot, sebab aku tak pernah lagi buat segmen atau contest. Malahan link yang ada di site-site dan blog luar bukannya banyak berbanding yang lain. Ntah lah algoritma google ni. Cuma yang pastinya blog aku tukar template macam mana pun aku akan jaga ketepatan tag dan atribut yang penting dalam On Page blog ini. Macam link dofollow, hampir keseluruhan blog ini dofollow.

Pagerank entri pun naik

Bagus juga sebab beberapa entri yang peting di blog aku pun turut merasakan tempias pagerank google yang mana sebelum ini PR0 ada yang ke PR3, PR2, PR1 dan masih kekal di PR0 pun ada. Ini antara senarai entri mengikut PR :-

Pagerank blog aku yang lain

Pagerank blog lain ada yang jatuh sebab langsung tak sentuh dan yang melucukan pun ada. Dimana beberapa minggu lepas aku ada buat blog untuk demo template yang aku buat. Boleh pula blog demo tu dari PR0 naik ke PR2 walaupun tak buat apa-apa. Link blog tu [Template Mesra Seo] ni.

Pagerank blog rakan-rakan

Tahniah buat rakan yang berjaya menaikkan pagerank, mungkin untuk tujuan tertentu dan memerlukan SEO. Buat yang jatuh dan kekal takpe semua itu biasa dan boleh dapat dengan sendirinya kalo kita blogging dengan berhemah. Buat yang tidak kisah, bagus juga sebab mungkin hala tuju untuk suka-suka dan boleh dapat visitor dari facebook. Antara rakan yang rapat pagerank naik :-

Apa fungsi pagerank?

Apa fungsi pagerank? Ada perasan di facebook soalan ini. Untuk fungsinya klik je link [fungsi pagerank] ini. Jika secara ringkasnya, kita dapat pagerank bermakna kita lebih mudah mendapat kepercayaan di posisi search engine nanti. Namun Pagerank 0 sekali pun masih boleh bersaing dengan pagerank tinggi. Tapi memerlukan usaha yang agak berganda. So takde hal sangat.

Anyway sekian dulu cerita pasal pagerank blog PR naik apa semua tu. Aku doakan sesiapa yang mengkehendaki pagerank nanti untuk tujuan tertentu semoga tercapai.

Backlink Untuk SEO

on 1 Nov 2011


Backlink untuk SEO fahami fungsinya. Menarik kadang aku tengok di mana-mana thread sesetengah blogger mencelah menyuarakan something seakan tidak faham fungsi backlink untuk SEO. Takpe mungkin kurang pendedahan di situ.

Di sini aku cuba huraikan fungsi backlink yang ada di mana-mana blog, forum, atau site lainnya. Walaupun ianya tidak mendatangkan trafik (orang tidak klik pon), secara teknikalnya ianya tetap sangat memberikan manfaat dalam SEO. Mari ubah prespektif masing-masing.

Gambaran Backlink Untuk SEO

Backlink Untuk SEO

Jika tengok gambar kat atas. Itu lah gambaran fungsi backlink untuk SEO. Sebagai contoh, begitu lah robot search engine melihat backlink menuju blog kita. Ianya menyumbang populariti di mata robot search engine dan menjadikan blog atau entri kita di anggap penting untuk di tempatkan pada posisi yang baik di search engine.

Misal kata lah link dari semua di atas (rujuk gambarajah), tidak di klik langsung oleh user-user yang melayari semua site itu (tidak menyumbangkan referral trafik). Namun ianya tetap di index google sebagai populariti dan seterusnya memberikan benefit dalam SEO. Untuk posisi search engine dan pagerank. Kita hanya perlu menulis artikel yang menjadi carian orang dari masa ke semasa.

Backlink Yang Bagus dan Berkualiti

Perlu di ketahui backlink bukan hanya boleh di perolehi daripada komen blog sahaja. Malah kalau kita langsung tidak komen blog orang pun, masih kita boleh memperoleh banyak backlink. Namun backlink yang bagus dan berkualiti adalah yang bervariasi, berbagai jenis dan natural.

Backlink Yang Kurang Bagus

Backlink yang kurang bagus di sini aku terangkan 3 jenis backlink yang kurang bagus. Mari kita tengok apakah gerangan backlink yang kurang kualiti untuk SEO.

Tidak Natural (jarak masa)

Ianya boleh jadi tidak natural dalam pelbagai keadaan. Antaranya backlink yang shoot secara bulk (banyak dalam tempoh masa yang singkat). Selalunya hal ini berlaku apabila kita menggunakan software ping yang akan shoot ke banyak site dalam satu masa (eg: pingler, buklping, pingoat, dsb).

Tidak natural (variasi)

Satu lagi menyebabkan backlink tidak natural ada lah apabila terlalu banyak backlink dari satu site. Misalnya di entri aku ini ada 100 patah perkataan. Tapi backlink si abu pulak ada dalam 50%. Sudah tentu tidak natural pada robot. Sebaiknya ianya bervariasi dengan adanya backlink dari site edu (education), gov (goverment), dofollow, nofollow, blog, forum, web 2.0 dan sebagainya.

Backlink yang pandai hilang

Ada beberapa jenis backlink yang pandai hilang. Antaranya :-
  • SPAM : Apabila meninggalkan komen yang bodoh-bodoh je (akan di delete atau mark spam)
  • Tukar link : Apabila tukar link. mungkin dia tidak mendapat trafik, backlink kita di delete (salah percaturan).
  • Backlink berbayar : Selalunya apabila menyewa backlink dengan pihak tertentu. Tak bayar "no paid, no more backlink".

Kesimpulan Backlink Untuk Seo

Backlink untuk SEO yang kita bina atau perolehi dari pertukaran link juga komen, tidak semestinya mendatangkan trafik direct. Tapi banyak membantu kita dalam SEO dan mendapatkan trafik oraganik dari search engine. Kena fahami konsep backlink untuk SEO.

Panduan Asas Seo

on 30 Sept 2011

Panduan asas seo ok? disini aku cuba sampaikan sesuatu yang paling penting sebagai panduan asas untuk seo blogger dari blogspot secara am dan umun pada blogger dari platform lain untuk memikat kedudukan entri berada di top 10 google.

Jika kita berminat belajar seo blogspot !! juga lain platform, sebelum melangkah lebih jauh mempertajamkan teknik dengan pelbagai inisiatif. Adalah lebih elok kita tahu perkara paling asas untuk di jadikan panduan setiap masa agar lebih lengkap teknik yang kita ada dengan tidak mengabaikan panduan paling asas dalam seo.

Panduan Asas Seo Paling Penting

  1. Kualiti On Page diutamakan bukan kuantiti entry adalah paling asas bagi seo.
  2. Kuantiti dan kualiti backlink keduanya amat penting dalam seo.
  3. Perubahan algoriotma google dalam seo.

Kualiti on page vs kuantiti entry dalam seo

Google tidak mementingkan frequency update dan kuantiti entry sesebuah blog untuk lebih di utamakan. Apa yang lebih penting di sini adalah kualiti on page sesebuah blog.


Kualiti On Page

Panduan asas seo untuk kualiti onpage sebenar merngkumi apa jua yang yang ada di blog kita. Dari lah mesej yang di sampaikan hingga lah ke struktur penulisan kita. Malah blog yang mempunyai susun atur yang betul akan lebih di utamakan. Sebagai contoh meta tag dan heading yang tepat pada homepage dan single post, kelajuan loading blog dan ratio susun atur sidebar dan lainya. Contoh terbaik ; Facebook memiliki pagerank 10/10 (prefect) sebab populariti yang di miliki. Di laman tersebut terdapat pelbagai post, tapi agak jarang mana-mana keyword di menangi oleh facebook di SERP google bukan? score website ni amat buruk sebenarnya di mata crawler (tak percaya check sendiri facebook guna tool seo).
Take note : kualiti entri bukan di nilai dari bilangan perkataan atau aksara. Tapi relevan tajuk dengan content juga bernilai apa yang di berikan seperti dah di jelaskan di entri panduan teknik seo asas lepas. Relevan!!

Kualiti dan kuantiti 2 faktor perlu di pandang

Backlink adalah populariti dalam  asas seo !! bukan menjadi mitos lagi dalam teori kerana pelbagai kajian webmaster telah membuktikan backlink sangat memberi impak mengganjakkan sesebuah entri. Jangan hairan jika korang memiliki backlink beribu tapi kurang nampak berkesan jika backlink itu sendiri kurang berkualiti. Backlink paling berkualiti pada aku adalah anchor text link yang tepat (relevan) dan teknik kita membuatnya nampak natural. Backlink tidak berkualiti boleh menjatuhkan reputasi.

Perubahan Algoritma Google Dalam Seo

Google boleh di katakan google king of search engine. Mereka memang nak menjadi no.1 dengan meningkatkan kualiti saban waktu. Saban waktu juga akan ada perubahan algoritma google dalam index engine dia tu sebab mereka nak kekalkan no.1 dengan kualiti servis. So apa yang penting di sini kualiti. Pastinya teknik seo juga ada perubahan mengikut peredaran. Aku bagi bukti, beberapa tahun lepas jika kita menulis entry dengan banyak sangat kata kunci float, entry itu tidak mustahil boleh mendapat top 10 di google. Kini tidak, perubahan algoritma google sudah mengubah semua itu demi kualiti. Kerana tidak ingin user dari search engine tertipu dengan teknik seo blackhat itu (teknik lama). "Seo sentiasa berubah" adalah keyword yang perlu dijadikan panduan paling asas untuk seo.

Aku pun masih belajar atas dasar minat. Walaupun aku masih pakai blogspot, tapi rasanya masih boleh jika tidak abaikan panduan paling asas dalam seo.