Backlink Untuk SEO

on 1 Nov 2011


Backlink untuk SEO fahami fungsinya. Menarik kadang aku tengok di mana-mana thread sesetengah blogger mencelah menyuarakan something seakan tidak faham fungsi backlink untuk SEO. Takpe mungkin kurang pendedahan di situ.

Di sini aku cuba huraikan fungsi backlink yang ada di mana-mana blog, forum, atau site lainnya. Walaupun ianya tidak mendatangkan trafik (orang tidak klik pon), secara teknikalnya ianya tetap sangat memberikan manfaat dalam SEO. Mari ubah prespektif masing-masing.

Gambaran Backlink Untuk SEO

Backlink Untuk SEO

Jika tengok gambar kat atas. Itu lah gambaran fungsi backlink untuk SEO. Sebagai contoh, begitu lah robot search engine melihat backlink menuju blog kita. Ianya menyumbang populariti di mata robot search engine dan menjadikan blog atau entri kita di anggap penting untuk di tempatkan pada posisi yang baik di search engine.

Misal kata lah link dari semua di atas (rujuk gambarajah), tidak di klik langsung oleh user-user yang melayari semua site itu (tidak menyumbangkan referral trafik). Namun ianya tetap di index google sebagai populariti dan seterusnya memberikan benefit dalam SEO. Untuk posisi search engine dan pagerank. Kita hanya perlu menulis artikel yang menjadi carian orang dari masa ke semasa.

Backlink Yang Bagus dan Berkualiti

Perlu di ketahui backlink bukan hanya boleh di perolehi daripada komen blog sahaja. Malah kalau kita langsung tidak komen blog orang pun, masih kita boleh memperoleh banyak backlink. Namun backlink yang bagus dan berkualiti adalah yang bervariasi, berbagai jenis dan natural.

Backlink Yang Kurang Bagus

Backlink yang kurang bagus di sini aku terangkan 3 jenis backlink yang kurang bagus. Mari kita tengok apakah gerangan backlink yang kurang kualiti untuk SEO.

Tidak Natural (jarak masa)

Ianya boleh jadi tidak natural dalam pelbagai keadaan. Antaranya backlink yang shoot secara bulk (banyak dalam tempoh masa yang singkat). Selalunya hal ini berlaku apabila kita menggunakan software ping yang akan shoot ke banyak site dalam satu masa (eg: pingler, buklping, pingoat, dsb).

Tidak natural (variasi)

Satu lagi menyebabkan backlink tidak natural ada lah apabila terlalu banyak backlink dari satu site. Misalnya di entri aku ini ada 100 patah perkataan. Tapi backlink si abu pulak ada dalam 50%. Sudah tentu tidak natural pada robot. Sebaiknya ianya bervariasi dengan adanya backlink dari site edu (education), gov (goverment), dofollow, nofollow, blog, forum, web 2.0 dan sebagainya.

Backlink yang pandai hilang

Ada beberapa jenis backlink yang pandai hilang. Antaranya :-
  • SPAM : Apabila meninggalkan komen yang bodoh-bodoh je (akan di delete atau mark spam)
  • Tukar link : Apabila tukar link. mungkin dia tidak mendapat trafik, backlink kita di delete (salah percaturan).
  • Backlink berbayar : Selalunya apabila menyewa backlink dengan pihak tertentu. Tak bayar "no paid, no more backlink".

Kesimpulan Backlink Untuk Seo

Backlink untuk SEO yang kita bina atau perolehi dari pertukaran link juga komen, tidak semestinya mendatangkan trafik direct. Tapi banyak membantu kita dalam SEO dan mendapatkan trafik oraganik dari search engine. Kena fahami konsep backlink untuk SEO.

Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment