Maksud SEO On Page dan Off Page

on 30 Oct 2011

Maksud on page dan off page? Ianya perkara asas yang kita perlu tahu, dimana berkelebihan untuk mereka yang pandai mengabungkan 2 elemen ini berbanding yang memanfaatkan on page sahaja. Terhasil entri ini dari pertanyaan seorang member blogger kat fan page forblogger tadi : apa itu seo on page dan off page katanya.

Banyak mana pun teknik seo wujud di alam internet ini ianya tidak akan lari dua kategori ini. Kalau bukan SEO on page, maka SEO off page lah dia. So disini aku cuba huraikan 2 point besar ini dengan simple.

Apa itu SEO On Page

Seo on page adalah apa jua yang terdapat di blog kita home page dan single post. Dari setting function-function template yang memberi kelebihan untuk seo hingga ke struktur penulisan kita yang memberi kelebihan tertentu untuk mempengaruhi posisi index di search engine kelak.

Teknik SEO penulisan

  • Penyusunan keyword yang menjadi carian di search engine (target keyword) di letakkan pada posisi-posisi yang menjadi keutamaan robot pada artikel kita. 
  • Meletakkan keyword di sebalik gambar.
  • Penggunaan tag yang baik (Susun atur CSS template kena set cantik baru entri comel bila pakai tag).
  • Pandai bermain anchor text link yang betul Sekiranya betul ianya memberikan kelebihan dan google akan menganggap entri kita relevan. 
  • Dan macam-macam lagi untuk teknik penulisan.
Teknikal On Page (Template)
  • Gunakan keyword tag yang relevan. Contoh yang mempengaruhi search engine adalah keyword tag (blogspot gunakan label : dan pastikan ianya setting rel="tag")
  • Heading tag template yang tersusun bagus dan di manfaatkan tag tersebut di setiap entri. H1 biar lah tajuk (sebaiknya). Manakala h2 seterusnya. Mengikut keutamaan H1, H2 dan seterusnya.
  • Loading blog yang lancar dan laju. Bukan sahaja sedikit sebanyak mempengaruhi SEO, malah mempengaruhi mood reader.
  • Dan banyak lagi teknikal seo yang kita boleh uji dengan tool atau add on seo yang banyak percuma sekarang. 
Isi kandungan yang bagus adalah keutamaan. Manakala SEO on page yang di sebutkan di atas hanyalah kelebihan. Walaupun tidak di amalkan boleh juga di index dan ter - SEO. Namun dalam satu persaingan kelebihan pada point-point yang penting itu boleh memudahkan ajakan entri kita di SERP. Contoh antara setting blog, template dan penulisan yang baik adalah problogger.net.

Contoh Gambaran Teknikal SEO Onpage


Extra : Boleh uji teknikal blog dan setting template masing-masing dengan klik link di bawah.

Link : Ujian template adakah mesra seo


Apa itu SEO Off Page

SEO off page ini adalah apa jua yang boleh mempengaruhi ranking di search engine dan membantu blog mendapat pagerank. Jawapannya satu je : iaitu link yang menuju ke blog kita (backlink). So bermakna seo off page itu hanyalah backlink. Backlink yang akan memberikan kita populariti di mata robot search engine. Populariti akan menjadi keutamaan. Semakin banyak link menuju blog kita (robot boleh detect link), maka robot akan anggap blog atau entri kita berguna dan jadi keutamaan dalam carian nanti. Di bawah ni adalah antara jenis backlink.
  • Melaui komen 
  • Melalui entri rakan
  • Backlink dari tukar link blog
  • Backlink melalui signature forum
  • Backlink dari web 2.0 ( sendiri)
  • Link dari komen blog edu atau gov
  • Link dari signature forum edu atau gov
  • Backlink nofollow atau dofollow site pagerank tinggi
  • Backlink nofollow
  • Dan macam-macam lagi backlink sama ada kita cipta sendiri atau di berikan sendiri oleh owner site.
Sekian dulu huraian merapuh aku tentang maksud SEO on page dan SEO off page. Harap membantu rakan aku kat facebook tadi dan sesiapa juga yang belum jelas tentang 2 perkara asas ini. Semoga fix.
    Ranking: 5

    { 0 comment... read them below or add one }

    Post a Comment