Showing posts with label Review Blog. Show all posts
Showing posts with label Review Blog. Show all posts

Blogger Features Update

on 24 Nov 2011

Blogger Features Update
Blogger features update ni, kira aku kumpul beberapa blogger punya features yang update dalam beberapa bulan ni dan yang memang sedia ada. Lebih kurang review lah ni sebab aku memang suka bab review produk-produk yang aku guna.

 Sekilas review ringkas dari video yang best tentang fakta platform blogger di bawah (play kalau ada masa).



Aku teruskan review yang berkaitan dengan blogger features yang sedia ada dan di update / upgrade dalam 2-3 bulan ini.

Draft Blogger

Selain boleh menggunakan blogger.com, sekian lamanya pengguna blogger juga boleh blogging dari draft blogger. Beberapa ketika lepas draft blogger telah di upgrade ke new interface agar penggunanya lebih selesa dengan tampilan yang super clean dan elegent. Namun pada awalnya walaupun memiliki interface yang menawan, aku tetap blogging menggunakan blogger.com sebab ianya agak berat. Atas feedback pengguna yang perihatin kini draft blogger sangat ringan untuk mendapatkan capaian selesa ketika blogging.

Images on blogger

Blogger tidak perlu memikirkan di mana patut meng-hostkan seberapa banyak pun gambar pada blog. Apatah lagi sekiranya photoblog. Sebab hanya perlu upload ketika ingin melog-kan seseuatu entry dan secara automatiknya ianya akan di hostkan pada picasa web album tanpa had. Hanya upload masa blogging dan terus menulis! . Buat masa ini tidak pernah lagi ada kes gambar tersebut akan hilang dari simpanan picasa. Satu lagi kelebihannya, feature yang akan upgrade di picasa akan di nikmati pada blog juga. Contohnya sekarang, apabila kita nak besarkan gambar dalam artirkel untuk melihat lebih jelas, hanya perlu klik pada gmbar tersebut. Dalam tidak sampai 5 saat ianya akan float original size (try klik gambar di atas sekali) sekali.

Template designer

Jika dahulu blogger akan pening untuk membentuk design template seperti yang di inginkan kerana kurang berkenan dengan adjust coding yang menyerabutkan. Kini tidak kerana blogger boleh merubah hampir semua seperti yang di inginkan dengan template designer pada layout akaun sendiri. Antara perkhidmatan yang di berikan dengan hanya melakukan klik dan save adalah :-

  • Mengubah jenis font pada header, title artikel, isi kandungan, sidebar dengan berbagai jenis font
  • Mengubah background kepada gambar atau warna tertentu
  • Menentukan layout mengikut suka. Sama ada mahu sidebar di sebelah mana, nak tambah sidebar menentukan size sidebar dan body artikel semua hanya dengan klik
  • Merubah warna-warna font pada kandungan blog, sidebar title dan sebagainya untuk pelbagai colour
  • Terbaru boleh juga menggunakan template dynamic yang memang lain dari lainnya.

Blogging dengan phone

Blogging dengan phone ni ada beberapa kriteria. Kita boleh update blog dengan telefon secara normal (firdaus life selalu manfaatkannya). Dimana kita boleh gunakan phone untuk update blog dan selitkan gambar apabila dalam keadaan tertentu (eg: outdoor atau line internet untuk broadband putus ataupun PC rosak). Selain itu untuk blog juga boleh di layari dengan mobile yang mempunyai aplication dan conection dengan internet yang semakin popular sekarang. Amat rugi apabila blog kita tidak boleh di akses dari kelompok pengguna jenis ini sebab ianya semakin meningkat. Bagi yang berminat boleh dapatkan template mobile dari draft blogger dengan beberapa step mudah.

Unlimited bandwidth dengan blogger

Walaupun blogger percuma, namun pengguna platform ini tidak perlu memikirkan bandwidth. Kerana ianya sejak awal lagi memang unlimited tanpa mengira berapa jumlah gambar juga video yang di upload dan berapa sekalipun jumlah visitor sedang online di blog.

Blog di delete google

Jika dahulu risiko untuk blog di delete google atas sebab yang kurang jelas amat menyeramkan sebab sukar untuk dapatkan balik. Kini tidak lagi sebab kita boleh mendapatkan dalam tempoh kurang dari 1 hari hingga 2 hari dengan menafikan dan memberi feedback pada google. Ini telah di buktikan daripada beberapa sahabat blogger aku dan pengelihatan aku pada blogger lain. Hanya beberapa jam selepas memberi feedback dan menafikan tanggapan google, ianya akan dapat semula seperti sediakala.

Tips dan feedback untuk blogger

Tips untuk blogger adalah menulis dan berblogging lah dengan cara yang betul dan sebaiknya. Sekiranya ada kekurangan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti platform ini, sila berikan feedback kepada pihak google dari button feedback yang terdapat di draft blogger. Ianya sangat berguna dan di hargai. Buat masa ini aku ada juga berikan beberapa feedback atas sedikit kekurangan dan juga cadangan yang agak advanced untuk mereka (haha) dari draft blogger.

Berjela artikel blogger features update ni. Sekian dulu jika hendak dihuraikan semua memang 7 kaki lah panjang artikel review features dari forblogger ini.

Ciktom — Review Seo Blog

on 16 Oct 2011

Ciktom direview forblogger? agak janggal dan segan pula rasa dengan domain baru berusia 6 minggu ni nak review blog ciktom dengan domain yang agak lama menapak. Lagipun aku pakai blogspot,  malah ciktom pun boleh kata di kenali. Tapi atas dasar persahabatan, janji dan aku dah niat pun so aku buat malam ni (sorry lewat plak ciktom).


Ciktom Review


1. Meta Tag
2. Heading Tag Template
3. Loading blog
4.Penekanan keyword pada artikel
5. Kesimpulan dan suggestion
Ciktom

Meta Tag

Seperti ada di jelaskan di entri meta tag untuk blogspot — ianya penting untuk membentuk susunan title dan keyword di search engine nant (hompage dan single post).

Hompage

1. Meta title — title hompage ciktom.com adalah "Ciktom | Personal, Tutorial, Tips Blogging, Isu Semasa". Untuk title ini bagus sebab tidak melebihi space aksara di search engine nanti.

2. Meta description — untuk description ciktom tak gunapakai disini. Kalo pada shah, descrition penting untuk permainan keyword url homepage kita. Kerana Title homepage tadi ibarat tajuk entri, manakala meta description adalah artikel entri tu. Tips : jika ciktom nak masukkan descripton nanti sebaiknya ada keyword relevan macam title tadi. Contoh :-

Blog ciktom  fokus tentang, personal, tutorial resepi masakan, Tips blogging untuk blogspot dan wordpress, juga isu semasa malaysia.
3. Meta keyword — ianya tidak berapa berkesan. Tapi lebih seo freindly sekiranya kita manfaatkan. Sebab meta keyword ni ibarat keyword yang kita tag pada artikel kita. Ianya juga boleh di index google secara rawak. Sebagai contoh ada di entri lepas.

4. Seperti gambarah di bawah (klik untuk view), ada satu coding seakan meta tag di blog ciktom. Namun jika kita tegok di SERP google, title dan description itu tidak di capture dan di index. Mungkin ianya tidak berfungsi dan better ciktom tukar meta tag yang lebih baik.

Blog Ciktom

Heading tag template

H1 tag adalah untuk menggambarkan pada crawler bahawa keyword yang di tag H1 itu adalah yang terpenting. Kemudian keyword lainnya H2 dan H yang sterusnya.

Homepage

H1 pada homepage ciktom ada 6 untuk di ambil kira crawler untuk di jadikan title di search engine. Iaitu 6 entri terbaru yang boleh di lihat di homepage.  Manakala tag H2 ciktom adalah title utama ciktom tadi. Sebaiknya title utama itu adalah H1, manakala entri penting yang ada di muka hadapan tu adalah point untuk tag H2. Bermakna nanti ciktom punya tajuk utama di homepage tag H1 "Ciktom | Personal, Tutorial, Tips Blogging, Isu Semasa". Manakala 6 tajuk entri terbaru tu H2.

Single Post

Pada single post blog ciktom tag 2 title kepada H1 (iaitu pada title utama blog dan title entri). Seharusnya di single post H1 tag hanya tag pada tajuk entri sebab itu yang lebih penting di jadikan tajuk di search engine nanti.

Loading blog

Ciktom seorang yang bijak memanfaatkan ruangan sidebar dan footer untuk widget yang penting sahaja, seterusnya tidak menjejaskan loading. Penting sebab ianya adalah perkara pertama akan di lalui crawler search engine, juga reader nanti.

Penekanan keyword pada artikel

Dalam hal ini ciktom mengena! dia pandai meletakkan keyword secara bervariasi melalui image, dan posisi yang lebih strategik untuk crawler perhatikan. Malah paling penting ciktom pandai menggunakan anchor text link dengan text yang tepat menjadikan entri beliau relevan dimata google. Melinkkan url lain dengan anchor text yang tepat.

Kesimpulan dan Suggestion untuk Ciktom

  1. Meta tag —  Disarankan ciktom cari plug in meta tag dynamic for wordpress. Ianya akan menepati single post dan hompage secara dynamic.
  2. Heading tag —  Disarankan cari plug in heading tag dynamic for wordpress, ianya akan berfungsi menukar heading tag hompage dan single post mengikut kesesuaian (pastikan dia berfungsi).
  3. Cara simple — Thesis themes menepati 2 perkara di atas ni tanpa ciktom perlu cari plug in. Tapi mahal lah plak thesis tu. Kalo template blogspot boleh saya try D.I.Y macam template forblogger ni hehe.
  4. Gunakan All in One Pack Seo plug in. 
  5. Apapun plug in itu nanti tidak semestinya menepati. Sebagai contoh ramai blogger guna thesis themes dan all in one pack tapi still tak betul tag. Yang penting dalam apa hal pun, explore.
  6. Teruskan penulisan dan permainan keyword tu. Selebihnya adalah teknik seo kita.

Apapun antara point di atas tiada tertera di google webmaster, namun telah menjadi dari kajian banyak blogger termasuk forblogger. Salah dan silap adalah dari diri saya sendiri.  Semoga membantu blog Ciktom | Personal, Tutorial, Tips Blogging, Isu Semasa ini !!