Blogger Features Update

on 24 Nov 2011

Blogger Features Update
Blogger features update ni, kira aku kumpul beberapa blogger punya features yang update dalam beberapa bulan ni dan yang memang sedia ada. Lebih kurang review lah ni sebab aku memang suka bab review produk-produk yang aku guna.

 Sekilas review ringkas dari video yang best tentang fakta platform blogger di bawah (play kalau ada masa).



Aku teruskan review yang berkaitan dengan blogger features yang sedia ada dan di update / upgrade dalam 2-3 bulan ini.

Draft Blogger

Selain boleh menggunakan blogger.com, sekian lamanya pengguna blogger juga boleh blogging dari draft blogger. Beberapa ketika lepas draft blogger telah di upgrade ke new interface agar penggunanya lebih selesa dengan tampilan yang super clean dan elegent. Namun pada awalnya walaupun memiliki interface yang menawan, aku tetap blogging menggunakan blogger.com sebab ianya agak berat. Atas feedback pengguna yang perihatin kini draft blogger sangat ringan untuk mendapatkan capaian selesa ketika blogging.

Images on blogger

Blogger tidak perlu memikirkan di mana patut meng-hostkan seberapa banyak pun gambar pada blog. Apatah lagi sekiranya photoblog. Sebab hanya perlu upload ketika ingin melog-kan seseuatu entry dan secara automatiknya ianya akan di hostkan pada picasa web album tanpa had. Hanya upload masa blogging dan terus menulis! . Buat masa ini tidak pernah lagi ada kes gambar tersebut akan hilang dari simpanan picasa. Satu lagi kelebihannya, feature yang akan upgrade di picasa akan di nikmati pada blog juga. Contohnya sekarang, apabila kita nak besarkan gambar dalam artirkel untuk melihat lebih jelas, hanya perlu klik pada gmbar tersebut. Dalam tidak sampai 5 saat ianya akan float original size (try klik gambar di atas sekali) sekali.

Template designer

Jika dahulu blogger akan pening untuk membentuk design template seperti yang di inginkan kerana kurang berkenan dengan adjust coding yang menyerabutkan. Kini tidak kerana blogger boleh merubah hampir semua seperti yang di inginkan dengan template designer pada layout akaun sendiri. Antara perkhidmatan yang di berikan dengan hanya melakukan klik dan save adalah :-

  • Mengubah jenis font pada header, title artikel, isi kandungan, sidebar dengan berbagai jenis font
  • Mengubah background kepada gambar atau warna tertentu
  • Menentukan layout mengikut suka. Sama ada mahu sidebar di sebelah mana, nak tambah sidebar menentukan size sidebar dan body artikel semua hanya dengan klik
  • Merubah warna-warna font pada kandungan blog, sidebar title dan sebagainya untuk pelbagai colour
  • Terbaru boleh juga menggunakan template dynamic yang memang lain dari lainnya.

Blogging dengan phone

Blogging dengan phone ni ada beberapa kriteria. Kita boleh update blog dengan telefon secara normal (firdaus life selalu manfaatkannya). Dimana kita boleh gunakan phone untuk update blog dan selitkan gambar apabila dalam keadaan tertentu (eg: outdoor atau line internet untuk broadband putus ataupun PC rosak). Selain itu untuk blog juga boleh di layari dengan mobile yang mempunyai aplication dan conection dengan internet yang semakin popular sekarang. Amat rugi apabila blog kita tidak boleh di akses dari kelompok pengguna jenis ini sebab ianya semakin meningkat. Bagi yang berminat boleh dapatkan template mobile dari draft blogger dengan beberapa step mudah.

Unlimited bandwidth dengan blogger

Walaupun blogger percuma, namun pengguna platform ini tidak perlu memikirkan bandwidth. Kerana ianya sejak awal lagi memang unlimited tanpa mengira berapa jumlah gambar juga video yang di upload dan berapa sekalipun jumlah visitor sedang online di blog.

Blog di delete google

Jika dahulu risiko untuk blog di delete google atas sebab yang kurang jelas amat menyeramkan sebab sukar untuk dapatkan balik. Kini tidak lagi sebab kita boleh mendapatkan dalam tempoh kurang dari 1 hari hingga 2 hari dengan menafikan dan memberi feedback pada google. Ini telah di buktikan daripada beberapa sahabat blogger aku dan pengelihatan aku pada blogger lain. Hanya beberapa jam selepas memberi feedback dan menafikan tanggapan google, ianya akan dapat semula seperti sediakala.

Tips dan feedback untuk blogger

Tips untuk blogger adalah menulis dan berblogging lah dengan cara yang betul dan sebaiknya. Sekiranya ada kekurangan dan cadangan untuk meningkatkan kualiti platform ini, sila berikan feedback kepada pihak google dari button feedback yang terdapat di draft blogger. Ianya sangat berguna dan di hargai. Buat masa ini aku ada juga berikan beberapa feedback atas sedikit kekurangan dan juga cadangan yang agak advanced untuk mereka (haha) dari draft blogger.

Berjela artikel blogger features update ni. Sekian dulu jika hendak dihuraikan semua memang 7 kaki lah panjang artikel review features dari forblogger ini.
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment