Anwar Bela Diri

on 22 Aug 2011

Datuk Seri Anwar Ibrahim pilih untuk bela diri dengan memberi keterangan dari kandang tuduhan terhadap kes tuduhan meliwat bekas pembantu dia tu, Mohd Saiful Bukhari Azlan bermula hari ni 22/8/2011.

Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan telah memaklumkan kepada pihak mahkamah bahawa anak guamnya itu akan memberi keterangan dari kandang tertuduh ketika prosiding bermula.

Sebagai hakim mahkamah tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata Anwar di beri 3 pilihan :-
  1. Memberi keterangan dari kandang saksi di mana pihak pendakwa boleh menyoal balas beliau.
  2. Memberi keterangan di kandang teruduh di mana pihak pendakwa tidak boleh menyoal balas beliau. Tetapi semasa membuat keputusan, mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwa ajukan tanpa memeriksa maklum balas tertuduh.
  3. Atau memilih untuk berdiam diri tanpa sebarang keterangan.
Sedikit perjalan berhubung kait kebelakangan ini
 
Sebagaimana kita tahu, pada 8 Ogos lepas, pihak mahkamah telah pun membenarkan permohonan Anwar untuk membuat temu bual terhadap (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, (Isteri PM) Datin Seri Rosmah Mansor, dan (Bekas Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan.

Pada 12 ogos pula, Najib dan juga Isteri telah pun melaksanakan permintaan yang di persetujui mahkamah itu. Di mana telah hadir ke mahkamah untuk di temu bual dalam bilik mesyuarat bersama Karpal Singh, SN Nair dan Anwar Ibrahim selama lebih kurang 5 minit. .

Then pada 16 mei lepas, Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar bela diri selepas memutuskan Mohd Saiful iaitu pengadu dalam kes tersebut berkata benar sekali gus sebagai saksi yang boleh di percayai.

Sebaliknya Anwar, beliau tidak mengaku bersalah di mahkamah syeksen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara, bukit damansara sekitar 3.10pm hingga 4.10pm pada 26 Jun tahun yang sama.

Sumber - Bernama

Agak panjang berjela juga kes dalam pertuduhan Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful ni ye. Rasa muak dan pekak telinga dengar.
-Tak memihak kepada sesiapa.

Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment