Dengan rasa penuh khilafan aku menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya ada tersalah bahasa dalam me-log kan apa jua artikel di blog ini. Dengan penuh keinsafan aku memohon keredhaan bagi meraih ampun kepada seluruh ahli keluarga ku sekiranya ada sesuatu yang menyinggung perasaan. Dengan penuh tawaduq aku mohon pada semua sekiranya ada tersentuh hati, tersinggung perasaan. Mohon di ampunkan , mohon di halalkan makan jua minum walaupun secebis.
Sorry sekiranya aku ada termungkir janji (ingatkan aku). Maaf sekiranya ada hutang yang aku tidak bayar lagi (maklumkan aku). Ampunkan sekiranya ada terambil sesuatu (beritahu aku).
Tiada yang aku pendam kini, semua ku maafkan. Tiada yang ku simpan kini, semua ku halalkan. Tiada yang ku sembunyikan kini, semua ku redha-kan.
Akhir kata, Selamat hari raya aidilfitri buat semua.
p.s : Buat anak malaysia, salam merdeka.
{ 0 comment... read them below or add one }
Post a Comment