Daftar Blog ke Google Webmaster

on 31 Aug 2011

Cara daftar blog ke google webmaster ni atas permintaan member dari MishNadia dan KuntumKenyalang. Sekali la cara daftar blogspot or wordpess ke google webmaster.

Rasanya semua dah tau kan fungsi webmaster ni?

  • Memudahkan Crawler menulusuri laman blog / website kita dengan lebih jelas.
  • Memudahkan Blogger itu sendiri membuat kajian untuk mengoptimumkan blog agar lebih mendapat trafik dari search engine. 
  • Dan banyak lagi.

Cara Daftar Blog ke Google Webmaster

1. Pergi ke Google Webmaster, dan sign in guna alamat email yang serupa dengan email blog.

2. Klik Add a Site... dan masukkan nama domain lengkap korang dengan format www.namadomain (jangan letak http:// ) seperti contoh di bawah kemudian klik continue.


  • www.shahurl.blogspot.com ( untuk blogspot ).
  • www.shahurl.com
  • www.shahurl.net
  • dan lain-lain dot.

3. Muncul paparan Verify Ownership. Dari situ klik Alternate Methods > Add a meta tag to your site's home page > copy code meta tag yang muncul itu.


Lepas copy code, jangan close dan jangan klik verify button dahulu. Terus ikuti langkah di bawah ni pada tab lain.

4. Masukkan meta code yang di copy dari langkah 3 di atas ke dalam template. Dari HTML, paste code itu selepas kod <head> seperti contoh rajah di bawah.


Memudahkan mencari kod head. Just tekan Ctrl serentak dengan huruf F dari keyboard. Kemudian dari kotak yang muncul tu, type <head> untuk carian.
Selesai masukkan code verify meta google webmaster dalam template, SAVE TEMPLATE.


5. Jika kod verify tadi dah save kat template. Kembali ke Tab Webmaster yang di tinggalkan tadi (rujuk langkah 3 di atas), kemudian klik button Verify.



Siap dah dengan hanya 5 step. Seterusnya pergi submit sitemap blog kat google webmaster pula. Klik link [ cara submit sitemap google ] ni untuk rujukan.


Aku rasa inilah cara paling mudah untuk verify dan daftar blog ke google webmaster walaupun ada alternatif lain untuk blogspot dan wordpress. Manual ni lebih telus.
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment