Blog Terindex di Google

on 6 Sept 2011

Blog tidak terindex atau dindex google? kenapa blog tidak di index? Apakah cara lain blog terindex di google? Apa punca dan sebab di situ walaupun dah daftar kat webmaster.

Entri ni aku ilhamkan dari soalan seorang blogger di google answer indonesia. Beliau keliru kenapa google tidak index blog dan post entri beliau di search engine



Pernah tak blog dan entri tidak terindex di google? aku pernah. Ternyata banyak kesalahan kecil yang aku lakukan tapi besar impaknya bagi google yang agak cerewet. Agak kecewa buat aku newbie bila tidak di dindex google sedangkan yang otai mudah-mudah je ada kat first page dan in top.

Tidak berakhir di situ, aku kena teruskan kajian agar bibir aku boleh melirikan senyuman kepuasan bila google menghargai entri aku dengan index sekaligus meletakkan di SERP yang senang di klik pengguna engine carian. Mari kita belajar dari kesilapan dan tengok antara punca dan sebab ini :-



Sebab dan punca google tidak index post entri blog


Blogspot sebenarnya default memang dah di index google. Tapi tidak optimum sangat, kena perkasakan banyak perkara lagi untuk bersaing dalam pertempuran merebut posisi baik di SERP (terutamanya google). Mari kita tengok check list asas aku buat ni :-

1. Setting blog, dah benarkan ke blog itu di index google? cuba tengok gambarajah di bawah :-


2. Sudahkah daftar blog ke google webmaster? seterusnya submit sitemap dan setting lainnya bagi membenarkan /memudahkan kerja crawler google akses blog kita seterusnya di index di google.




3. Bagi blogspot, ada tak memasukkan meta tag untuk membenarkan crawler / robot google akses blog kita? Sila masukkan jika belum lagi. Sebab meta tag ini sebagai bahasa pengantaraan dan arahan blog dengan robot yang membenarkan dia menelusuri setaip kandungan blog kita, di khuatiri dia segan dan malu. Kang dia pergi blog lain je seterusnya index blog lain. So masukkan kod arahan ni agar robot google sebati dan x segan dengan blog kita laughing.

Letakkan kod di bawah tepat di bawah kod <head> pada template.

<meta content='index, follow' name='googlebot'/>

4. Bila kita sudah buat perkara di atas, aku berani kata confirm entri kita akan terindex di google jika kita faham kriteria SEO yang google suka dalam On Page dan Off Page. Tapi mungkin kita tak jumpa entri kat google sebab dia ada di page-page belakang. Mungkin page 30? Kenapa bukan first page google? (nanti kita bincangkan).


  • Boleh guna kemudahan di link [ search engines keyword position ] ini memastikan entry di index google atau tidak. Jika di index, dia akan keluarkan result di page berapa nanti.



Adakalanya entri yang baru di publish mengambil masa 5 minit dan adakalanya lebih dari beberapa jam. Terpulang kepada banyak faktor.

5. Kecuali, jika sesebuah entri kita langsung tidak di index google. Sebab entri di label sebagai sandbox dan supplimental results oleh google atas alasan tertentu.

Contoh :

  • Backlink tidak berkualiti dan nampak mendesak. Dimana dalam satu masa banyak gila backlink dari dummy blog, forum lain, komen dofollow, facebook (terlalu banyak sangat ping dalam satu masa). 
  • Banyak sangat keyword yang di ulang-ulang dalam entri. 
  • Perlu tahu, google suka kepada perkara neutral dan berkualiti (bukan kuantiti jadi keutamaan). Biar lah backlink off page tu nampak neutral.  Anchor text backlink sebaiknya perlu agar entri kita dapat populariti dan nampak penting di mata google. Seterusnya mendapat posisi yang baik di SERP. Tapi kena berhemah.

Pendek je soalan blogger tu. Tapi panjang aku berceloteh pasal blog tidak atau terindex di google ni.
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment