Blogging Susah atau Mudah ?

on 6 Sept 2011

Blogging susah atau mudah je? mesti lah mudah kan. Bagaimana pula menulis artikel, susah atau mudah? Terpulanglah pada pilihan, ada cara mudah dan ada juga cara susah.




Blogging mudah

1. Me-log dan publish sebuah entri adalah perkara yang sangat mudah. Siapa pun boleh publish 10 entri sehari jika ambil entri copy paste atau hanya me logkan gambar or video sahaja . Aku kadang-kadang pun jika tiada masa terluang sangat, paling kurang aku akan publish gambar sebagai tatapan. Mudah kan? amek la gambar or video peribadi then publish, sudah menjadi satu entri.

2. Keadaan sekeliling aku membantu. Ianya mempengaruhi aku bila selesai tanggungjawab sekeliling dan kepada diri sendiri. Contoh:-


  • Aku blogging selepas selesai pergi kedai beli lauk dan keperluan lain. Jika aku belum selesaikan kang ada je yang membebel. Sudah menjadi draft entri aku tu bila aku keluar. Balik rumah nanti mood dah tak sama big grin.
  • Jika student, aku hendaklah selesaikan dulu tugasan atau kerja rumah aku agar tidak mempengaruhi bila aku masa menulis artikel. Kalo tidak menggangu masa menulis, akan datang pasti mendatangkan impak. Jika tidak di bebel mak bapak, guru atau pensyarah, aku mungkin akan gagal?
  • Dalam kerjaya aku kena settlekan dulu kerja. Jika tak settle mesti menggangu gugat prestasi. Majikan dan rakan sejawat mesti akan pandang serong then beri impak lainnya. 
  • Disitu sudah boleh menganggu emosi aku. Bila emosi dah terganggu, blogging pon tunggang langgang lah macam perasaan aku. Bila hati buruk, buruk lah yang aku tulis. Bila aku marah, aku tak mampu tulis konon gembira. Bila aku gembira, kekok aku tulis sedih. kan? 

3. Ilmu memudahkan blogger blogging (hampir semua perkara perlukan ilmu). Antaranya :-

  • Menulis memerlukan ilmu. Kalau tiada ilmu memang tak semegah lah artikel kita hasilkan. Itukah yang nak di tontonkan pada user dunia?
  • Ilmu teknikal memudahkan kita susun atur format font, gambar, video, dan isi kandungan dalam entri. Aku ingat lagi beberapa tahun lepas. Menulis tanpa ilmu, aku amek masa berjam-jam update blog sebab tak tahu besarkan gambar, tak tahu macam mana letak video, tak tahu bermain perenggan. Akhirnya entri itu memang tak semegah dengan tulisan tunggang langgang lak tu.

4. Update blog peribadi paling mudah. Ibarat aku update facebook dan twitter. Ikut suka aku nak share gambar menarik, video best atau nak tulis apa jua artikel yang terlintas di benak. Kalo aku nak marah, just tulis AKU BENGANG DAN JELES GILER LAH. Pun dah memadai kan laughing.



Blogging susah


1. Keadaan sekeliling akan buat aku rasa susah blogging sebab :-


  • Jika mak bapak / awek / balak / suami / isteri / majikan / rakan sejawat beleter masa blogging. Sebab aku menghadap blog melebihi batasan waktu online. Hingga benda lain dibiarkan terabai tunggang langgang.
  • Bila emosi terganggu memang susah nak menulis sesuatu melainkan artikel yang membuak-buak kemarahan. Aku kena cepat-cepat cool muhasabah diri.

2. Ada musuh sesama blogger sukar juga nak blogging. Lebih senang bila ramai kawan. Senang kita tersenyum. Senang kita bertanya. Boleh kata kawan itu banyak menyenangkan berbanding banyak musuh. Kalau kita banyak musuh :-

  • Nanti terbit je lah atikel di blog yang tak semegah kandungannya. Terjonjol peribadi buruk pada mata dunia disitu monkey. Itukah yang nak di tunjukkan pada user dunia? pada agama lain? pada kawan? untuk di contohi?

3. Menulis artikel berbentuk perkongsian dan ilmiah aku akui memang bukan mudah. Aku sendiri menulis artikel di blog banyak ambil masa berejam waktu menyusun perenggan, kadang buat gambar sendiri, check ejaan dan lain-lainnya. Kemudian paling sukar bila aku share toturial dan tips. Sebab aku kena buat kajian dulu dan try and eror sendiri. Dari situ aku dah amek masa berejam waktu. Sometime terpaksa jadi draft dulu sebab penat dan ada kerja lain mengganggu.

Begitu je la diantara pendapat aku tentang blogging. Boleh pilih nak blogging mudah atau blogging susah. Pada korang blogging tu mudah ke susah?
Ranking: 5