Kelebihan Kekurangan Blogspot

on 20 Aug 2011

Apa kelebihan dan kekurangan blogspot ? Adakalanya aku tengok sesetengah blogger membandingkan beza kelebihan dan kelemahan di antara blog wordpress juga blogspot dari segi mesra SEO, tampilan elegent, keselesaan, dan pelbagai.

Menarik dalam pengamatan aku sebuah kontest SEO yang berlangsung di negara jiran (indonesia) beberapa ketika yang lepas dengan jumlah penyertaan puluhan juta blogger wodpress, blogspot dan lainnya pada 14 july 2011. Sebanyak 16 300 000 buah blog telah mempetaruhkan satu-satunya keyword "Stop Dreaming Start Action" di engine pencarian google.co.id. Apa yang sedikit membuka mata aku dalam penyertaan sengit dengan jumlah yang agak besar itu, entri peserta yang mendapat tempat teratas di SERP adalah blog yang ber platformkan blogspot yang juga tiada domain sendiri (percuma). Malah dalam search engine google.com dan google.com.my juga masih blog tersebut berada di puncak hingga saat ini.

Kelebihan Kekurangan Blogspot

Agak tesasul plak content aku berbanding tajuk "kelebihan kekurangan blogspot" disini. Sebenarnya tujuan aku selitkan sedikit ulasan di atas bukan untuk membanding-bandingkan, namun natijah yang cuba aku sampaikan adalah selagi kita mahu belajar dan berusaha, tiada yang mustahil kan walaupun kita menggunakan platform yang free walaupun terdapat sedikit kekurangan berbanding menggunakan hosting berbayar (memang diakui).

Kembali ke tajuk asal. Mari kita tengok, kelebihan dan kekurangan blogspot.

1. Kelebihan blogspot yang paling jelas adalah percuma sepenuhnya.

2. Kekurangan bila dah percuma, pihak blogger.com boleh banned akaun blogspot itu tanpa kompromi. Tapi peratus blog yang tak di banned tidak lah banyak berbanding yang kekal. Berbeza dengan hosting sendiri seperti di sediakan wordpress yang boleh di ibaratkan milik mutlak.

3. Dalam On Page SEO - Blogspot lebih kepada koding untuk mengubah suai sesebuah blog untuk mesra SEO. Namun sesetengah platform lainnya seperti wordpress, hanya menggunakan plug in sudah memadai.
 Aku kurang pasti di sini ianya kelebihan atau kekurangan pada blogspot sebab sesetengah orang lebih enjoy bermain dengan koding HTML dan javascript. Apa yang pastinya, wordpress ada sedikit plug in yang boleh di terapkan ke blog yang kita tak dapat ubah suai untuk di maksudkan ke blogspot buat masa ini sebagai senjata SEO. Namun tidak bermakna blogspot akan kecundang sepenuhnya dalam percaturan SEO.

4. Keselesaan - Ramai yang kata lebih selesa dan menggunakan platform wordpress dalam membangunkan sesebuah blog.

5. Template blogspot vs wordpess - Berdasarkan pemerhatian, template wordpress ni lebih padat dari segi sentuhan elegent, kemas, mesra pengguna juga mesra SEO. Tapi sekarang dah banyak template pecuma blogspot yang telah di ubah suai menjadi sedikit setanding dengan wordpress dari sudut page view yang laju, elegent, clean, mesra SEO. Bagi mesra SEO kita kena lah kaji dan banyak ubah struktur koding meta tag,  HTML template dan ratio keseluruhan blog di mata robot crawler nanti.

6. Ruangan komen blogspot tak best langsung. Tapi tidak semestinya kita boleh kekal tak best, sebab pilihan ada di tangan sendiri. Mahu tak mahu je. Disqus dan intensedebate adalah antara komen yang boleh di guna pakai di blogspot bagi menggantikan default komen yang agak kurang.
 elegent.

7. Nama domain - Tiada beza dengan wordpress sangat pun. Blogspot juga boleh menggunakan nama domain sendiri seperti contoh : shahurl.com, shahurl.net, shahurl.org. Bayaran domain adalah biasanya RM30 setahun.

8. Google lebih mengutamakan blogspot milik mereka ni sebenarnya untuk di crawl, tapi macam aku cakap kat atas tadi, kena set up segala pekara yang di sukai google dalam SEO. Dari lah koding, ratio hingga ke gaya penulisan.

9. Dengan satu akaun gmail, kita boleh bangunkan banyak blog blogspot percuma .

10. Blogging di platform blogspot mudah nak set up. Berbanding lainnya yang memerlukan sedikit pengetahuan teknikal mengendalikan hosting dan domain.

11. Dalam SEO lagi, blogspot tidak memiliki category yang boleh di index dalam seach engine (hanya ada label sahaja untuk blogspot). Tidak seperti wordpress. Sebagai contoh blog aku ni ShahUrl.blogspot.com/search/label/Toturial%20Blogger. Aku buat lah anchor link dan backlink banyak mana pun menuju ke sini, tetap sia-sia. Google tidak akan mengindexnya sama sekali. (paling sedih, sebab bahagian category lah benda paling banyak potensi untuk buat link).
So ada baiknya semua link yang menuju ke label itu di nofollow kan sama ada dari sidebar mahupun entri.

12. Alamat URL entri yang terhad. Sebagai contoh ShahURL.blogspot.com/2011/08/mohabatien-english-subtitles-online.html. Kemudian tengok pula tajuk entri [mohabatien] ini.
So inisiatif di sini untuk blogger blogspot - Buat tajuk jangan panjang sangat kemudian publish. Bila dah publish, edit post entri dan ubah lah tajuk yang panjang seperti di kehendaki.
Terpulang pada kita merancang hala tuju dan strategi untuk bangunkan sesebuah blog. Bila matlamat itu dah ada, maka pertimbangkanlah apa yang sebaiknya. Bertukar ke wordpress atau kekal dengan blogspot. Atau hanya tukar domain [dot] com,net @ org sahaja? Korang tolong tambah lah ye kelebihan dan keburukan blogspot ini. Kalau salah, tolong betulkan 

2 hari juga tak update entri, biasalah bulan ramadhan, siang malam longlai berkejar sana sini. Update pon terus tinggal, tak larat blogwalking sangat sad
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment