Thesis For Blogspot — Template SEO Friendly Blogger

on 8 Jan 2012

Thesis for blogspot blogger? ya itu lah post pertama aku di tahun 2012 ini, di mana satu perkongsian template thesis for blogger blogspot user. Sebenarnya struktur template ini telah pun siap pada 2011 lagi, cuma saja aku simpan dan tidak sebarkan sangat lagi (selain itu memang aku busy kebelakangan ini).


Thesis For Blogspot
Rating : 5

Anyway dengan kehilangan aku yang agak panjang sebelum ini, aku hadiahkan sebuah template yang ada pelbagai features baik dan function yang agak whow dan juga ini atas permintaan beberapa rakan blogger dari malaysia dan indonesia untuk template yang aku gunakan ini.. Setelah aku teliti dari segi SEO, design simple, clean looking dan minimal for fast load, dan unsur-unsur thesis (Template premium yang baik dan mahal, ianya popular di kalangan blogger wordpress) maka aku namakan ianya thesis for blogspot.

Usah aku menghuraikan terlalu panjang pasal thesis dari wordpress, sememangnya tidak akan sama dan masing-masing ada pro and kontra jika di bandingkan. Sebab version wordpress pastinya berbayar dari platform hingga ke themes tersebut. Manakala dari blogspot free dari platform hingga ke template ini. Namun begitu mari aku huraikan sedikit features template thesis for blogspot ini.

Penampilan Template

Penampilan design template thesis for blogspot ini aku telah cipta dengan tidak menggunakan sebarang background bergambar dan hanya menggunakan permainan kombinasi warna yang clean agar ianya loading dengan laju dan nampak simple seterusnya mesra robot crawler (SEO) dan user friendly (memudahkan pembaca juga apabila loading laju).

Cuma yang menggunakan background adalah header. Beberapa elemen kuat thesis yang aku guna pakai di sini adalah border dan pada link comment ianya ada bracket { comment } sama seperti design thesis. Dan lainnya sila lihat sahaja blog forblogger ini.

Thesis Dynamic Heading Tags

Dynamic heading tag adalah antara unsur yang agar sukar di laksanakan hingga prefect dalam sesebuah themes. Tidak kira pada blogspot ataupun wordpress. Ini dapat dilihat dari beribu jenis template blogspot dan wordpress yang tidak mencapai heading tag yang betul (pihak google ada mengeluarkan video dengan kalimah "Jangan jadikan blog anda sebagai broken site dengan berteraburnya susunan heading tags"). Themes bijak dari thesis wordpress telah berjaya mencapai dynamic heading tag yang betul dari lainnya. Solution untuk wordpress mencari plug in (ada banyak jangan salah pilih). Manakala bagi blogspot pula kena D.I.Y sendiri dengan pengetahuan CSS di gabungkan microformat. Apa pun pada template ini telah aku laksanakan dan korang hanya tinggal menggunakannya. Ini adalah perkara yang di sukai robot search engine sebab mudah di fahami. Anyway keterangan lengkap terperinci klik link heading tags seo ini.

Template Dynamic Meta Tag

Selain dynamic heading tags dynamic, meta tag untuk thesis for blogspot adalah salah satu elemen yang bagus dan unik untuk template ini. Berkelebihan menyusun keyword dengan automatik di search engine.

Artikel single post - Di mana ianya akan membantu kita untuk mendapat posisi yang baik di search engine tanpa perlu kepakaran tinggi bermain keyword pada artikel. Apa yang perlu hanya letakkan keyword pada tajuk artikel untuk target di search engine. Secara automatik description artikel tersebut ada 2 keyword yang di ambil pada tajuk artikel dengan gabungan tajuk utama blog. Seperti korang tahu, artikel yang selalu mendapat 1st page google adalah mempunya 2 keyword carian pada artikel dan lebih di utamakan pada blog yang menggunakan description. Dalam hal ini, usah risau kerana description dari meta tag ini akan membantu (demo post tanpa bermain keyword : search perkataan thesis for blogspot di google.com.my bagi blog sakandownload - thesis for blogspot).

Homepage - Manakala homepage kita hanya perlu isi sekali sahaja seumur hidup pada ruangan meta tag descriton utama blog dan keyword tag. Ini membantu blog kita lebih SEO friendly berada di posisi yang lebih baik dalam niche blog. (Bimbingan tutorial di sediakan)

Default Comment Style Template

Sekiranya ingin menggunakan style komen macam blog forblogger ini boleh saja. Namun jika selesa dengan default komen dari blogger.com, aku telah designkan style komen tersebut lebih kemas, simple, dan lebih profesional berbanding style asal template default dari blogger. Untuk demo komen klik link Thesis For Blogspot — Download ini.

Button Share dan Google Plus 1

Jika korang tengok di bawah tiap entri blog ini ada terdapat button share ke social-social bookmark. Terdapat juga button google plus 1 di situ dan di homepage blog ini bukan? Selepas upload sahaja template thesis seo friendly ini, secara default-nya button-button tersebut sudah ada tersusun seperti mana di blog ini. Tanpa edit dan hanya terus blogging.

Tag Keyword Menggunakan Label (Breadcrumbs)

Menu breadcrums pada single post telah di gabungkan dengan struktur microformat schema.org yang di sarankan oleh google agar lebih mudah di baca oleh robot search engine dengan atribute rel="tag" pada keyword. Ianya akan memberitahu google keyword yang kita jadikan sebagai label tersebut adalah keyword yang kita tag (baik untuk SEO), dengan itu ianya mudah di fahami oleh robot search engine memberitahu bahawa itu adalah menu breadcrums dan keyword yang kita tag. Sebagai bukti sila buka link [http://www.google.com/webmasters/tools/richsnippets] ini dan masukkan url [http://www.forblogger.net/2011/11/list-edu-backlink-list-gov-backlink.html] kemudian klik button test. Itu satu lagi ciri-ciri template thesis for blogspot ini dari segi seo friendly. Jika di lihat di situ, ada satu object yang di baca oleh robot sebagai breadcrums dan tag keyword yang di label kan,  banyak lagi boleh lihat di sana.


Download dan Demo Juga Support

Demo / Support tutorial : thesisforblogspot.blogspot.com ini.
Dowload : Thesis For Blogspot — Download


Banyak lagi atribute dan unsur-unsur SEO yang telah aku benamkan dalam template thesis for blogspot ini yang agak sukar untuk di jelaskan memandangkan terlalu teknikal (di khuatiri korang pening membacanya). apa pun, sekarang korang hanya perlu tinggal menggunakannya dan dapatkan support yang baik dari saya sendiri melalui link di atas.

Rasanya dah panjang walaupun banyak lagi ingin di sampaikan. Apa pun nanti aku akan buat ujian bervideo tentang template ini. Sila ikuti tutorial template ini di entri lain pada link di atas. Adalah keutamaan dan kegembiraan aku jika pengguna mendapat kelebihan dengan template thesis for blogger blogspot ini.
Ranking: 5

{ 0 comment... read them below or add one }

Post a Comment