Showing posts with label kontest blogger. Show all posts
Showing posts with label kontest blogger. Show all posts

Thanks Contest Seo

on 20 Sept 2011

contest seo blogger

Contest seo yang mempertaruhkan keyword Aku Anak Malaysia Merdeka di google.com.my beberapa hari lepas dah tamat. Lebih kurang 50 penyertaan blogger dan blog yang otai dan aku hormati.

Dalam 50+ tu terselit juga blog picisan aku forBlogger ni dan blog bini aku dari cari-nur.blogspot.com. Syukur lah forBlogger dan blog bini aku cari-nur.blogspot.com bernasib baik. Mungkin rezeki agak nya menang 2-2 blog kali ini di podium. Lebih tidak di sangka blog bini aku yang tidak pernah main seo sebelum ini boleh jadi top 3 sekali gus memintas blog forBlogger. Tahniah kepada dia dengan entri seringkas itu (masa dia tengah draft entri mmg nak gerak balik kampung beraya).

Blog aku pula memang buat hal tersendiri sebab aku tukar domain lepas join contest tu, masa tu memang hilang dari senarai SERP jauh giler sebab domain lama dah tukar pada baru dalam SERP google (Semua entri jatuh dari SERP). Tak sangka boleh juga kejar balik walaupun tidak sama seperti awalnya.

Tahniah pada kawan blogger lain yang turut serta ye, kita enjoy je dalam contest-contest macam ni, insyaallah pasti ada je sesuatu yang baru kita akan dapat.

Pemenang Contest Seo

1. Denahati.com PR4denaihati.com/aku-anak-malaysia-merdeka 
  • RM50 + free 3000 b/walking + bloglist.
2. cari-nur.blogspot.com PR1 - cari-nur.blogspot.com/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  • RM30 + free 3000 b/walking + bloglist.
3. forblogger.net PR0 www.forblogger.net/2011/08/aku-anak-malaysia-merdeka.html
  • RM20 + free 3000 b/walking + bloglist.



Top 4-10 google — saguhati

4. belog.syazwansarawak.com PR1

5. ladymariah.wordpress.com PR3

6. syaisya.com PR2

7. anakdunia.com PR1

8. akmalhilmi.com PR2

9. linazlina.com PR2

10. trioseposen.com PR2

Tahniah pada semua rakan blogger memeriahkan SERP google.com.my sempena kemerdekaan ini. Semoga semua enjoy hendaknya. Terima kasih juga buat dezamancottage.com sebagai penganjur contest then mendorong aku belajar seo blogger. Balik juga modal domain forblogger.net yang aku beli berapa hari lepas big grin.

Kontest Menulis Skrip Hadiah RM5000

on 15 Aug 2011

Sertai lah kontest Menulis Skrip 2011 Anjuran Finas , RTM dan KKM ini. Mana tahu rezeki korang. Sedang aku menonton Tv tadi nampak iklan ni. Kontest Menulis skrip ini terbuka kepada semua rakyat yang berumur 18 tahun keatas. Blogger pun boleh turut serta.



Rasanya kontest ni bagus bagi meningkatkan kemahiran menulis dan rasa mahu mencuba. Siapa tahu lucky kan, Tuah ayam nampak di kaki. Cut cerita kita terus ke Syarat menyetai

Syarat-syarat kontest


1. Kontest ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas sahaja ( dah gtau tadi )

2. Skrip mesti berlandaskan tema yang di tetapkan, iaitu "Dermalah Organ Demi Kehidupan"

3. Skrip dan judul mesti dalam terjemahan bahasa Melayu 100% ( no bahasa campur ).

4. Skrip hendaklah di sertakan dengan sinopsis atau treatment.

5. Skrip tu tidak terlalu panjand di mana hanya meliputi tayangan dari 30 hingga 60 saat sahaja.

6. Skrip Asli dan belum pernah di terbitkan lagi.

7. Nama penulis tidak boleh di tulis pada naskah skrip, tapi haruslah di tulis pada borang penyertaan.

8. Skrip yang di hantar harus mengikut format dan struktur  standard skrip PSA dan di taip berlangkau 2 baris menggunkan kertas besaiz A4, font 12 dan tulisan Arial.

9. Hak cipta setiap penyertaan adalah milik penganjur sepenuhnya then penganjur berhak menerbitkan untuk tayangan umum tanpa had masa pengguna.

10. Penganjur berhak mengolah semula skrip penyertaan.

11. Tidak boleh menyentuh isu-isu sensetif dan masyarakat tertentu seperti perkauman dan keagamaan.

12. Segala kos menghasilkan skrip adalah di bawah tanggungan peserta sendiri. No sponsor kertas and etc.

13. Bukti pos bukanlah bukti penerimaan penyerahan skrip.

14. Urusetia kontest berhak menolak penyertaan yang tidak mematuhi syarat yang di sertakan ini.

15. Setiap skrip peserta tidak akan di kembalikan

16. Penganjur tidak bertanggung jawab kalo skrip hilang semasa dalam pengiriman pos dan lainnya.

17. Skrip penyertaan hendaklah sampai kepada urusetia kontest pada atau sebelum 30 september 2011.

18. Setiap skrip yang di hantar hendaklah di kemukakan dalam 6 salinan berserta format muka surat sekali dengan binding yang kemas. ( copy jadi 6 salinan, buat foirmat muka surat, dan binding dengan kemas bagi memudahkan audit dan bacaan skript ).

19. Keputusan adalah mutlak dari panel juri. Penyertaan yang melanggar syarat boleh di batalkan kemenangan.

20. Setiap individu yang turut serta hanya boleh menghantar maximum 3 skrip berlainan tapi tema yang sama . ( tips jika nak lebih guna nama adik beradik atau ibu bapa untuk penyerahan skrip lebih dari 3 naskah tongue ).

Hadiah Kontest Menulis Skrip 2011 Finas

  • Pemenang pertama - RM3000
  • Pemenang kedua - RM1500
  • Pemenang ketiga - RM750
  • Pemenang keempat - RM400
  • Setiap penyertaan akan menrima sijil penyertaan.
Objektif Kontest
  • Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat  dalam usaha mendapatkan maklumat mengenai pendermaan organ dalam penyampaian skrip yang terpilih sebagai pemenang itu nanti.
Kategori yang di pertandingkan
  • Skrip (TV) Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA).

Klik [Download Borang Pertandingan Menulis Skrip] ini jika berminat. Sila klik ikon di unutk prin out atau sebagainya.

Rujukan Finas.gov.my

"Dermalah Organ Untuk kehidupan"

Semoga berjaya pada yang turut serta. Sekadar sharing. 

Aku Anak Malaysia Merdeka

on 14 Jul 2011

Aku Anak Malaysia Merdeka ni kontest seo yang di anjurkan baru-baru ni. Slogan Aku Anak Malaysia Merdeka adalah keyword yang di pertandiangkan.



Mudah je aku dan anak lain jerit laungkan "Aku Anak Malaysia Merdeka" sejak Malaysia Merdeka pada tarikh keramat 31 Ogos 1957. Dengan itu aku boleh merasakan hari kemerdekaan malaysia pada setiap tarikh keramat tu. Namun di sebalik itu terdapat banyak kisah suka duka di sebaliknya. 

Kat sini aku nak tag semua yang baca entri ni menjemput turut serta kontest blogger Malaysia ini. (pastinya aku akan bagi tahu lebih dari 5 orang). Aku rasa bagus juga kontest ni untuk anak-anak, ibu2, bapa2 sekalian memandangkan Malaysia Hari Raya serentak dengan Hari Merdeka. 

Keterangan Penyertaan


  • Tarikh tutup penyertaan kontest ni pada 16 september 2011.
  • Blogger yang mempunyai blog menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.
  • Penganjur berhak pinda mana-mana fasa content bila-bila masa tanpa memaklumkan pada peserta.
  • Terbuka untuk blogger anak Malaysia sahaja (warganegara).
  • Wajib letak barner jalur gemilang seperti diatas dalam entri kontest tu nanti.
  • Wajib ada akaun bank. 
  • Penganjur minta rekomen 5 orang blogger dari post entri penyertaan tu dan pastikan mereka tahu.
  • Kalo ikutkan penganjur mintak buat tajuk entri tu sebagai Aku Anak Malaysia Merdeka

Slogan Aku Anak Malaysia Merdeka akan di search melalui Google. Entri peserta yang mendapat SERP paling baik adalah di kira sebagai pemenang. Aku kurang jelas sedikit sebab tiada di nyatakan Google.com atau Google.com.my dan Pada pukul berapa pemeriksaan ranking SERP akan di lakukan. Sebaiknya di maklumkan kot agar peserta turut sama boleh tengok. Sebab kadang-kadang berada di SERP Google.com, tidak semestinya akan berada di SERP Google.com.my. Dan kedudukan SERP boleh bertukar dalam saat-saat tertentu.

Klik link [Aku Anak Malaysia Merdeka] ni untuk keterangan yang lebih jelas dan lanjut tentang syarat, hadiah dan pengadilan. Selepas buat entri tu korang kena tinggalkan komen pada blog penganjur untuk maklumkan penyertaan.