Showing posts with label seo blogger. Show all posts
Showing posts with label seo blogger. Show all posts

Maksud dan Fungsi Anchor Text Backlink

on 22 Aug 2011

Hanya Maksud dan Fungsi anchor Text Link je dapat aku update buat hari ni. Betul-betul kepala tengah pening dan takde mood pula. Anyway aku tau, terlalu ramai dah yang tahu apa itu anchor text backlink dan fungsi nya.

Entri ni juga khas untuk sahabat aku dari UlanWeblog.com , sebab hari tu masa kami nak tukar link blog, aku ada bagi tau dia yang aku nak masukkan link dia dalam entri [tukar link] ni. Kemudian aku tanya dia nak guna 'anchor text link' apa.



Anyway anchor link ni sebenarnya tidak kurang juga lah penting dia. So izinkan aku huraikan :-


Maksud Anchor Text Link

Anchor text link adalah sebuah text yang ada link pautan yang clickable. Contohnya text yang ada pautan link di bawah ini :-
 Text "Meta Tag Mesra SEO" di atas adalah Anchor Text Link. Di mana ada text yang di pautkan ke suatu URL atau domain yang clickable ( Jika text itu di klik, korang akan di bawa ke entri aku yang sama tajuk dengan anchor text di atas ).

Fungsi Anchor Text Link

1. Dah tentu sebagai pautan untuk di clickable untuk kegunaan tertentu.

2. Dalam SEO, ianya boleh meraih populariti di mata search engine berdasarkan text yang di linkkan itu. Senang cerita aku gambarkan anchor link sebagai mention text. Sebagai contoh , korang buat entri yang ada saingan keyword yang sama di search engine seperti di bawah :-


3. Dalam keadaan di atas, entri atau laman utama blog korang sangat di pengaruhi dengan backlink yang dofollow dan penggunaan anchor yang betul ( kita target text yang bersesuaian ).

4. Spider search engine bukan sekadar boleh di pengaruhi dengan backlink dofollow luar sahaja. Dengan membubuh anchor text link entri blog sendiri dengan entri lainnya juga sedikit membantu. Tapi jangan terlalu banyak ( google tak suka perkara-perkara yang lebih-lebih mendesak ).

5. Ada beberapa kesilapan sesetengah orang dalam memberi anchor link. Mereka tidak menggunakan keyword yang relevan dengan entri yang di link kan. biasanya :-
  • klik [sini] untuk baca entri giveaway aku ( tajuk entri 'give away aku' ).
  • download di sini lagu hari raya. 
  • klik [link ini] untuk ke entri cara buat blog.
Sebaiknya Anchor Text Link itu biar lah bersangkut paut dengan tajuk dan content.

6. Text yang tertera dalam gambar / banner yang clickable bukanlah anchor text link yang boleh mention satu-satu keyword. Sebab robot tak boleh baca gambar. laughing

7. Bagaimana mendapatkan Anchor Text Backlink ini?
  • Komen Blog Dofollow - Di sebalik nama pengomen
  • CommentLuv - Selalunya commentLuv ni dofollow, malah anchor text dia juga adalah seiring dengan tajuk. Di situ satu point backlink yang relevan dan berkualiti.
  • Forum - Ada terdapat banyak forum yang ber pagerank tinggi yang juga dofollow.
  • Social Bookmark - Terdapat juga social bookmark yang dofollow.
  • Tukar Link dengan kawan di blog lain dari sidebar atau entri khas untuk RSS atau Bloglist.
Sekian lah dulu aku merapuh menghuraikan pengertian keseluruhan tentang link-link blogger ni. Dalam takde mood panjang juga entri aku ni laughing.

Meta Tag Mesra SEO

on 18 Aug 2011

Seterusnya Meta Tag Mesra SEO blogspot pula aku nak bincangkan. Buat meta tag wordpress aku tak tahu menahu, sebab belum pernah pakai lagi wordpress. "Struktur meta tag mesra SEO untuk blogspot" siapa mahu? Sebelum nak ubah meta tag kepada mesra Search Engine (SEO),ada baiknya daftarkan dulu blog kat Search Engine seperti Google, Bing, Yahoo dan lainnya.

Mungkin boleh rujuk dari check list paling asas yang aku ada sediakan di link [cara mempengaruhi google] ni.

Disini aku cuma nak bincang format meta tag blogspot yang ada bermacam-macam tampilan sekarang ini. Korang search goolgle je pasal meta tag blogspot, mesti berlambak keluar. Ada meta tag terbaru, terbaik, paling power, Style seperti wordpress, mesra seo dan banyak lagi lah pilihan. Apa pula struktur meta tag yang 'kita' guna sekarang?

Letaknya meta tag blogspot adalah seperti di bawah :-

<head>

Selalunya kod verify Letaknya di sini

Kod verify meta tag google webmaster

Kod veify meta tag alexa

Kod verify Yahoo

Dan lain-lain

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

  • Di anatara dua kod warna merah ini lah lokasi meta tag.
  • Struktur meta tag disini, akan menghasilkan struktur entri yg terindex di search engine nanti.
  • APAKAH STRUKTUR META TAG yang di gunakan sekarang?

<b:skin><![CDATA[/*

Sepanjang sebulan blog ni beroperasi, hampir 10 kali juga aku bertukar meta tag dan ubah suai sendiri. Nak kaji meta tag punya pasal. So rasanya walaupun blog ini masih baru, namun tidak salah kot aku share memandangkan aku kaji. Setiap meta tag berbeza tampilan.

Ini contoh kod meta tag blogspot yang banyak di pasaran

<b:if>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
<meta content='TULIS DISKRIPSI UTAMA BLOG' name='description'/>
<meta content='TULIS KATA KUNCI UTAMA BLOG ,PISAHKAN DENGAN TANDA KOMA' name='keywords'/>
<b:еlѕе/>
<title><data:blog.pageName/> - Tulis Nama Blog</title>
<meta expr:content='data:blog.pageName + &quot;,TULIS DESKRIPSI BLOG&quot;' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName + &quot;,TULIS KEYWORD UNTUK TIAP POST ENTRI&quot;' name='Keywords'/>
</b:if>

Banyak juga webmaster memberikan tutorial meta tag seperti di atas. Now kita tengok pula bagaimana format meta tag di atas di baca oleh robot seterusnya mempengaruhi tampilan di search engine. Setiap entri baru kita.

Perlu tahu, bagi setiap post entri blog kita akan di baca bermula dari meta tag <data:blog.pageName/>.

Kajian Meta Tag Pertama


<b:if>
<title>ShahURL</title>
<meta content='TULIS DISKRIPSI UTAMA BLOG' name='description'/>
<meta content='TULIS KATA KUNCI UTAMA BLOG ,PISAHKAN DENGAN TANDA KOMA' name='keywords'/>
<b:еlѕе/>
<title><data:blog.pageName/> | ShahURL - Blogspot</title>
<meta expr:content='data:blog.pageName + &quot;,Share Filem Online Wacth dan streaming, Toturial Blogger, Cara Masukkan dalam blog, Panduan Tips SEO, Gambar menarik, Video Best, ..&quot;' name='Description'/>
<meta expr:content='data:blog.pageName + &quot;,Share Filem Online Wacth dan streaming, Toturial Blogger, Cara Masukkan dalam blog, Panduan Tips SEO, Gambar menarik, Video Best, ...&quot;' name='Keywords'/>
</b:if>

Sekarang ini pula tampilan entri Tip Blogging Terbaik yang aku pernah publish dengan meta tag macam ni.

Tampilan hasil meta tag di atas

Kajian Meta Tag kedua ( Terbaik Buat Blogspot )
Meta Tag Terbaik Blogspot

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
<b:if cond='data:blog.url == &quot;http://shahurl.blogspot.com/&quot;'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> - ShahURL </title>
</b:if>

Hasil Untuk Post entri yang kita publish :-

Meta Tag Automatic Search Engine

Kejian Meta Tag Mesra SEO Ketiga

2 kombinasi meta tag blog di atas nampak sekali bezanya. Dah tentu Meta Tag yang ke 2 itu lebih terbaik sebab automatic capture keyword dalam post entri, memandangkan kita nak target keyword yang berbagai dalam banyak entri yang di publish kelak. Namun berdasarkan eksperimen yang aku teruskan, meta tag di bawah ini lebih mesra seo dan terbaik buat masa ini mengikut perkembangan Google.


<b:include data='blog' name='all-head-content'/>
<b:if cond='data:blog.url == &quot;http://shahurl.blogspot.com/&quot;'>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> </title>
</b:if>

Hasilnya

Meta Tag Mesra SEO

Akhirnya meta tag yang terakhir yang aku ubah suai sendiri juga kekal. Sebab pada ruangan page title tu terlalu sedikit bilangan abjad yang di tetapkan google dalam index. Apatah lagi jika tajuk entri kita tu panjang. Selain itu, biarlah hanya keyword yang menjadi carian je ada kan. Sape nak cari perkataan ShahURL kat SE? so baik tak payah.

Jika Nak gunakan Meta Tag Automatic yang kedua atau yang ketiga seperti di atas, pastikan isi title dan diskripsi agar jadi seperti gambarah di bawah sebagai tampilan Home Page Blog Nanti.

Dasboard blogger > Setting > Basic



Semoga membantu kajian Meta Tag Mesra SEO ( blogspot ) yang aku share ni. Buat masa ni google macam ni lah. Sebab aku tengok sekarang SEO untuk google kerap berubah dan makin bekerja keras membaiki perkhidmatan mereka. 

Tukar Link

on 14 Aug 2011

Tukar link dofollow !! Pada ruangan entri ini, setiap anchor link adalah dofollow. Boleh check dengan rujuk [Cara Check Blog Dofollow] ni selain itu ianya boleh check pagerank. Untuk pengetahuan blog ini berstatus pagerank 4. Manakala untuk single entri "Tukar Link" ini pula memegang status pagerank 3 di google. Sekiranya tidak percaya cuba masukkan URL entri ini dari link [ google pagerank checker ] ini.

 
  • Pertukaran link tidak menjanjikan referral trafik. 
  • Sekiranya hendak batalkan tukar link dan mahu delete sila maklumkan. Saya tidak berkecil hati. 

Syarat Tukar Link

  1. Pasang link aku dengan anchor text ' Belajar Seo Blogspot' - Link yang di link dengan http://www.forblogger.net pada sidebar atau entri khas bloglist.
    Contoh Texlink : Belajar Seo Blogspot
  2. Anda pasang link di single post, saya akan berbuat yang sama. RSS sidebar pun saya akan berbuat perkara sama. Demikian juga link biasa pada sidebar.
  3. Saya selalu terkena. Orang ajak tukar link, tapi sebulan macam tu tengok link kita dah di padam (terutamanya RSS sidebar) please inform ye jika nak batalkan. Saya tidak akan berkecil hati. Tapi bila padam tanpa memaklumkan pembatalan korang tidak amanah dan rasa keji pula sebab korang yang ajak tukar link, tapi seperti merancang hendak padam link tanpa memaklumkan.

  • Tidak kisah pasang di celah mana pun blog. Janji blog yang sama tukar link.
  • Pastu komen kat bawah ye. Nanti saya pasang siap dengan diskripsi. Jika nak anchor text backlink tertentu bagitau k

Blog Tukar Link Dofollow dan Nofollow

A

A Bloging Blog Directory - Welcome to A Blogin' Web Directory of Blogs.


Aku punyer lah! © | Blog Rasmi ZouL - aku punyer lah! © - Aku Punyer Lah! adalah salah satu blog personal yang ditulis oleh aku.


B
Blackrosehunter.com - blog persendirian yang berkongsi info kesihatan, tips seo, isu semasa dan pelbagai maklumat berguna untuk masyarakat. Blackrosehunter !!

BlogerDin.blogspot.com - Sebuah blog yang banyak sharing ilmu, tutorial, tips dan panduan  Blogging, SEO, ubah suai blog. 

C
D

E
Edisikini - Rentak Informasi Terkini.


Ekosusilo.comeko susilo web blog ™ !! Personal blog yang mencoba bicara seputar dunia blogging, belajar bisnis, affiliasi, google adsense dan pengalaman pribadi.

Elcons Ogkarir  - Google blog inside. video indonesia, tips download dan lowongan untuk ini dan yang itu, gratis lowongan kerja , hot news ebook , update live pics on facebook


F
faizalfredley.com -
Bukan blog gadis seksi. Blog ini peribadi tapi terlalu mesra SEO. Tidak keterlaluan kalau aku cakap, menu pautan utama dia adalah google. Sebab entri-entri dia kebanyakan ada di SERP. Apakah rahsianya? Kita terjah!

G

Hobby Exchange the exchange of links with friends who have an General hobby, hobby doesn't have Risk, or Popular hobby which we often look everyday.

Hostipedia.com - Blog seorang anak jati Malaysia yang awesome.  Apa yang ada kat Blog MaxMonic ni lebih kepada Promosi Web Hosting, Domain dari Malaysia sendiri. Selain itu banyak toturial Make Money Online, Blogging Wordpress, Web Servis dan Tutorial. Cuba Usha servis-servis itu. Web Hosting Promotion adalah Anchor link pilihan.

I
ikhwanshah.com
- Just another UNextraordinary boy from Malaysia. Infomasi, sukan, hiburan, pertandingan, personal, lawak, gadget, panduan, tips

J

jalanyangberliku.blogspot.com - Jalan Yang Berliku !!


K
kuntumkenyalang.com - Blog yang Elegent | Ekpressif | Malarsegar.


L

Leiyarnaelalala.blogspot.com - Sebuah blog peribadi Cik Liayana. Seorang anak gadis kelahiran Jitra Kedah yang lebih senang berkongsikan pelbagai jenis entri, tidak kira lah semasa, peribadi, friendship dan lain-lain. Cuba ke blog ini hulurkan silaturahim. Lagi ramai kawan lagi elok. Its Lieyana Life Style !

LinkTea.blogspot.com - Link Tea adalah anchor text link pilihan blog dofollow ini.

M
N

O
P
Puanbee.com -
Blog yang sarat dengan informasi berita terkini, riview filem, ilmiah, kekeluargaan, blog tutorial, info sihat, dan macam-macam lagi dari Puan Bee. More better pergi sana menjengah isi kandungan. entri.


Q
R





Rajanyatutorial.blogspot.com - Rajanya Tutorial !! Tutorial blogging-tutorial praktis bagi pemula blogger

S
T

Terpopuler.net - Kumpulan Berita dan Informasi Terpopuler. Dapatkan Berita dan Informasi serta Tips terpopuler hanya di Terpopuler.net. Anchor text pilihan RCTI Online.

Top5anything.blogspot.com - Top 5 Anything semestinya tentang top 5 disamping blog terkenal dan iklan percuma.

U
Ulanweblog.com
 - Blog yang tiap harinya sarat dengan berita-berita terbaru, hot, menarik, pelik dan pelbagai emosi. Bila masuk ke blog ini, pasti aku membaca 2-3 entri sebab cerita-cerita yang sangat menarik. Pastinya tiap hari menarik. Cuba ke sana.


V 
Vansaka.blogspot.com - Blog tentang hutan, kayu, teknologi, dan informasi. Tulisan yang terdapat didalam blog ini kiranya dapat menambah pengetahuan terhadap apa yang dibutuhkan mengenai informasi, teknologi kayu dan kehutanan yang ada saat ini. (language used in this blog are Indonesian)

W
Wanwidget.com - Wan Web Blog blog peribadi dari blogger bernama juan yang terkadangnya akan membuat review widget dan apa jua di blognya.

Wrizuan.net - Sekadar bermonolog


X
Y

YastroOnline - Blog member aku yang sporting. Sebuah blog dofollow commentLUV yang di anugerahkan google pagerank 3. Alang-alang anda di sarankan tukar link dofollow dengan beliau juga. Sebab beliau pun jenis tidak berkira dan sentiasa menanti. Semangat friendship dia bagus. Klik link dia.
 

Z

Bloggers.com

Last update 03.02.2012 (pasti buat tapi tak tentu bila, harap sabar dan trust me) , nampaknya ramai juga yang tidak amanah yeah. Tiba-tiba tiada link exchange entry dan link tiada di sidebar. Percayalah tukar link itu bagus, dan jika khianat memang sampai bila-bila tidak akan kemana. Terima kasih dan tahniah pada rakan yang masih amanah dalam tukar link.

Maksud Meta Tag Abstract

on 12 Aug 2011

Jom bincang pasang meta tag abstract, 'Meta tag' adalah antara penunjang utama pada blog yang ber platform kan Blogspot untuk meng optimum kan Search Engine (SEO). Aku pun bukan power bab ni, cuma nak share je.

Adakalanya sesetengah blogger sangat menerapkan On Page SEO pada blog mereka [memang penting pun]. Antara perkara wajib kita buat kajian untuk On Page SEO blog kita kelak adalah Style dan struktur meta tag. Meta tag adalah bahasa yang akan mengarah dan membentuk blog kita di mata robot Search engine seperti Google. Terdapat pelbagai arahan dan style kita boleh pilih dan ubah pada struktur meta tag untuk penilaian dan letaknya posisi dan style blog kita di search engine.

Orite, skang nak fokus pasal Code Meta tag abstrack je. Sebab aku ada jalan-jalan dengan google, tengok banyak sangat toturial dari blogger-blogger lainnya tentang meta tag baru la, ala wordpress la dan etc. Tapi ada sesetengah toturial itu aku tengok terlalu banyak menerapkan koding tambahan lainnya yang tidak penting. Malah ada juga yang boleh menjejaskan kedudukan SERP kita nanti. Jika code tu tidak penting, ianya boleh menyusahkan kerja robot untuk menilai blog kita nanti.

Misalnya kode meta tag abstract seperti di bawah :
<meta name="abstract" content="text">
Koding abstract seperti di atas akan membuat tampilan entri kita di Search engine kelak menjadi minimum content ( Jika terindex lah, tapi tampilan minimum agak sukar untuk terindex kerana kata kunci mungkin tak nampak ).

Contoh tampilan minimum di maksudkan : -

Seperti gambarajah di atas, Untunglah jika bahagian entri kita pada awalnya lagi dah ada kata kunci. Kalo takde? jawabnya memang tidak ter index lah dengan carian tu di SE, jika terindex pun mungkin tidak lama. Apa pun ada baiknya kata kunci tu ada dalam 2x dengan berlainan style ayat di awalan entri. Sebab Google lebih suka melihat kata kunci pada awalan entri.

So kalo terlalu pendek bagaimana nak optimum? haha. Baiknya kita kaji lah dulu setiap maksud-maksud meta tag tu. Sebab aku ada perasan toturial yang di katakan 'meta tag mesra SEO' ni dan ramai blogger yang dah buat [tengok pada komen toturial tu].

Check balik ye kalo ada pakai koding meta tag abstract ni. Padam je

Blogger newbie bukan tunjuk pandai, tapi sekadar sharing kat kawan-kawan benda yang aku dah pernah kena talk to the hand.

Cara check blog dofollow

on 8 Aug 2011


Khas Add ons modzilla, Tool SEO  untuk yang obses mengejar backlink melalui komen. Ye la macam aku cakap di entri 'Blog Aku Dofollow' tu. Memang backlink dofollow dari sesebuah blog itu memang membantu kita mendapat kepercayaan daripada google untuk SERP dan jangka masa panjangnya pagerank blog nanti. Apatah lagi jika backlink dofollow tu dari blog PR tinggi.



Apapun untuk meneka sesebuah blog itu dofollow atau tidak, dan dimanakah struktur link yang dofollow - lebih simple dan senang gunakan add ons modzilla firefox ni kot. So jom kita gunakan tool SEO yang free dan baerguna ni. Harap-harap membantu lah tool SEO ni ye pada yang takde lagi.

Ini video intro dan sedikit toturial add ons SEO toolbar ni.


Antara function SEO tool ni :-
  •  Install sekali dan set up mudah sekali je. Pastu pakai lah
  • Ianya akan highliht sendiri kalo link tu bukan dofollow
  • Boleh check IP address mana-mana blog yang kita kunjungi
  • Boleh set up check meta tag dan robot.txt yang di gunakan oleh mana-mana blog yang kita kunjungi [ sesuai sebagai tool untuk kajian pada blog yang dah  dan berjaya untuk di guna pakai cara yang sama ]
  • Boleh check berapa banyak dan kemana / dari mana backlink, outbound link, inbound link mana-mana blog termasuk blog sendiri.
  • Sekali ada alexa meter
  • Check detail Mozrank
  • Boleh check keyword denesty entri kita or blog lain. [ kajian ].
Pendek kata klik [ download ] ni je lah. Kemudian install add ons SEO ni ke modzilla firefox korang.

Blog Aku Dofollow

Blog aku dofollow dah - aku set up ke dofollow sebab sebab berdasarkan pengelihatan aku, blog dofollow ada kelebihan tersendiri walaupun ramai yang membahas blog dofollow ni menjadi target utama spam atas kelebihan link-link dofollow yang di index oleh engine carian seperti google. Antara punca ramai blogger taknak setup blog kepada dofollow,. Tapi kalo puratakan betul-betul, blog dofollow lebih menonjol di mata google. Kena pandai-pandai lah kan bila dah tau di mana setting link yang dofollow pada struktur blog kita. Kat link komen ke, kat anchor link content ke, link bloglist ke atau keseluruhan blog.

Baiklah buat apa aku nak kecoh blog ciput aku ni dofollow ke tak kan, sebab blog ni baru je wujud dan pagerank pon aduyai malu nak cakap.

Perkara yang sebenarnya aku nak share kat sini adalah tentang komen dofollow. Rasanya kalo korang adalah pejuang SEO mesti korang maklum bahawa jika link di ruangan komen tu dofollow di mana-mana blog, ianya akan membantu blog / url entri yang di linkkan itu mendapat populariti dan di anggap penting di mata google kan. Sebab itu lah blogger yang obses dengan SEO sangat tercari-cari blog dofollow.

Persoalannya sekarang, (pada yang terlibat) korang ada guna tak mana-mana tool  untuk detect di mana letaknya link yang dofollow pada struktur sesebuah blog itu? Kalo ada bagus. Sebab ramai yang aku perasan letak link komen merata kat blog-blog popular yang dofollow. Adakalanya link yang di letak tu bukan dofollow pon. Malah tidak kurangnya sesetengah blogger mengaku dofollow tapi hakikatnya hanya pada entri sahaja link itu dofollow, kat komen harem. Satu situasi lagi, ada blog yang perlukan kita daftarkan dulu diri sebagai user commentator baru lah link kita akan appear dofollow. So kena peka, kalo takat guna cermin mata rayban memang takkan dapat tahu dofollow atau tak. Kesimpulannya gunakan tool SEO ni. ( xguna pun boleh ada cara lain, tapi lebih senang kalo guna ).



software function : Highlight pink = nofollow | Tiada highlight = dofollow


Macam kat atas. Dengan adanya tool SEO macam ni, kita akan boleh tahu struktur set up sesebuah blog itu di mana terletaknya link yang akan dofollow untuk kita dengan hanya melihat highlght sahaja.

  • Sesetengah blog dofollow hanya di sebalik nama commentator pada comment form.
  • Ada juga blog yang hanya dofollow pada commentluv link 
  • Ada juga blog yang dofollow hingga ke cbox [ adeh..banyak gila outbound link ]
  • Sesetengah blog langsung tak dofollow pon sebenarnya rolling on the floor

Ini pula print screen blog aku dofollow, Kecuali shoutbox aku sahaja nofollow .


Tak penting pun , just nak gtau pasal tool ni. Blog aku dofollow bukan apa sangat pun. Sekadar bercakap dari pemerhatian dan hanya nak berkongsi

Download ads on tersebut dengan klik [ cara check blog dofollow ] ini.

Cara Naikkan Google PR (PageRank)

on 3 Aug 2011

Google pagerank (PR) kini semakin menjadi buruan para blogger. Pastinya korang pon taknak ketinggalan dalam ranking index Google kan.

Izinkan aku gulungkan sedikit yang tersirat di sebalik PR :-





Definisi PR

  • Semakin tinggi kiraan PR laman kita (di anugerahkan oleh google), maka semakin mudah setiap target keyword yang kita target akan mendapat posisi yang baik di engine carian Google.
  • Kiraan PR bermula dari angka 1 hingga ke 10. Kalo dah 10 tu kira super duperb lah tu.


Syarat kenaikan pagerank sesebuah blog adalah di nilai dari sudut-sudut di bawah :-

1. Link ke site blog kita :- 

Google akan menganggap site ataupun entri kita itu penting, berguna dan releven sekiranya banyak link dari laman-laman lain terus ke URL atau blog kita sendiri [inbound / incoming link].

Gambarajah 1 : Anak panah = link | maaf gambarajah tak cantik

Boleh faham kan dari gambarajah tu? Seperti yang aku telah huraikan di entri [ cara mempengaruhi Google ] ini juga. Bila macam tu, site korang nampak penting. Sebab banyak incoming link yang seakan mention URL korang.

Disamping perlu mendapatkan incoming link untuk entri-entri. Korang juga perlu menitik beratkan outbound link korang. Ianya akan di bandingkan. Sebaiknya outbound link jangan terlalu banyak dan tidak melebihi incoming link. Boleh check outbound dan inbound link di backlinkwatch.com


Gambarajah 2



2. Usia blog -  Sebenarnya definisi usia blog ni tidak berapa tepat. Hakikatnya ianya di nilai dari bilangan entri yang berkualiti dan link yang saling berhubung seperti di gambarajah 1. Dengan melakukan perkara seperti gambarah rajah di atas kepada setiap entri yang di buat, ianya akan men-stabilkan dan menguatkan lagi kekuatan di mata google. Maka makin banyak entri berkualiti dan melakukan perkara di atas. Makin stabil dan mempengaruhi PR sesebuah blog big grin.


Selebihnya semua sama sebagaimana yang aku dah jelaskan di entri sebelum ini tu. Tengok kat [cara mempengaruhi google] ni.

Tambahan : Korang ada account Twitter, Digg, Stumbler, Reddit dan lain-lain social bookmarking tak? Add aku ye [ tengok atas header blog ni, ada link social bookmarking aku ].

Nanti boleh lah kita amalkan :-
Korang, tweet entri baru, aku retweet entri korang..
Korang Digg entri, aku Dugg entri baru korang..
Begitu juga seterusnya dengan stumble dan lain-lain bookmarking. Berkerjasamadancing

Dunia SEO semakin bersaing hebat, sebaiknya saling melengkapi seperti gambarajah di atas agar lebih kukuh kedudukan sesebuah blog itu dan ikatan persahabatan sesama blogger. berseorangan agak sukar untuk berdiri sama tinggi dengan sebuah networking berkumpulan.

Cara Mempengaruhi Google

on 26 Jul 2011

Blog mesra Google SEO - Terindeks mudah di google, Yahoo, Bing dan lain-lain - mendapat ranking-ranking teratas di google search engine.


Bagaimana nak mempengaruhi google search engine - Blog mesra SEO adalah sesuatu yang sangat berguna untuk blogger yang menyajikan sesebuah entri yang khas-nya mahu di lihat dan di baca oleh pelbagai lapisan pengguna internet. Biasanya blog mempunyai niche info, tips, berita, hiburan dan pelbagainya sesuai untuk wadah bacaan awam. Akan tetapi untuk mendapat tempat-tempat teratas di google dengan keyword-keyword yang di cari bukannya sesuatu yang mudah, dan yang pastinya banyak step perlu di lakukan untuk mendapat ranking tertentu.

Penafian 
Aku seorang blogger newbie lagi. Agak segan juga aku hendak berkongsi bab-bab seo ngan korang memandangkan ramai lagi blogger yang master dengan ilmu seo ini, berbanding aku seorang blogger picisan baru berusia 10 hari menapak. Tapi rasanya tidak salah - memandangkan ianya ilmu dan patut di kongsikan kepada yang memerlukan. Memandangkan ilmu seo sangat luas dan semakin penuh persaingan hebat sesama blogger. Sekadar yang aku tahu , aku beri check list Blog mesra SEO yang asas buat blogger yang benar-benar baru sedang membuat searching tentang SEO dan blog :-

1. Daftar Blog Di Google Webmaster
Untuk blog yang telah siap di cipta dengan beberapa buah entri, tidak semestinya blog kita terus ter-index di google search engine dengan begitu sahaja. Jangan katakan keyword, malah jika korang type www.URLblogkorang.com pon tak mustahil tiada apa yang di jumpai google.com sebab korang belum pernah mendaftar di link google webmaster ni.

Apa yang korang boleh buat di google webmaster?
  • Masukkan nama domain korang untuk mendaftar kemudian wajib di susuli memasukkan meta tag yang di berikan google.com/webmasters tadi ke template korang.
  • Submit Sitemap blog korang di google.com/webmasters
  • Set up  parameter robot.txt 

a- Cara Daftar Blog secara manual ke Google Webmaster [klik sini]
b- Cara Submit SiteMap di Google Webmaster [klik sini]
c- Maksud dan Cara Set up file robot.txt [klik sini]

2. Masukkan meta tag Title, Keyword dan Diskripsi utama blog korang secara manual
Penting- Memasukkan dan memodifikasi meta tag blog korang yang terletak di HTML template. Sebab Crawler Search Engine sangat menilai benda ni dalam menentukan kedudukan dan ranking ter-index nya blog/url korang dengan keyword-keyword yang di cari pengguna search engine. Untuk memasukkan kod meta tag dengan cara yang betul dan berkesan, sila [klik sini]

3. Amalkan Penulisan Berlandaskan Niche Blog
Niche adalah hala tuju sesebuah blog itu dan niche tidak memerlukan kita set up apa-apa koding kat mana-mana. Ianya terletak kepada cara kita menghasilkan sesebuah entri dan hasil keseluruhan sebuah blog. Misalnya blog indiemoviesonline.com ini - Hala tuju dan niche blog ini hanya kepada perkongsian filem-filem online, movie online dari seluruh dunia. Dan segala content entri blog ini hanya lah yang berkaitan filem sahaja kerana itulah niche blog ini. Engine pencarian akan lebih senang mengindex blog yang mengamalkan niche di ranking teratas jika keyword yang di cari pengguna berkaitan dengan niche tersebut. 

contoh : cuba korang search 'film online' di google.com . Blog mana yang berada di atas sekali? Dan tengok niche blog tu. 

4. Target keyword yang di seacrh pengguna pada Engine Pencarian

4.1 Gunakan Keyword yang kerap di cari pengguna search engine tapi kurang saingan
Sebelum menulis dan menghasilkan sebuah entri - Ada baiknya 'kita' membuat sedikit kajian dahulu tentang keyword untuk kita target nanti. Sebaiknya menggunkan keyword yang banyak di cari dari search engine seperti google namun kurang saingan dari master-master SEO lainnya.

contoh :-

Kita nak tulis entri perkongsian cara buat duit dengan blog. So keyword dan kata kunci yang kita boleh target adalah Buat Duit Dengan Blog, tapi mungkin keyword ini terlalu banyak master SEO telah gunakan sebagai target mereka. Mungkin korang boleh modifikasi dengan target seperti di bawah agar kurang bersaing. 
  • Cara Buat Duit Dengan Blog
  • Perkongsian Buat duit dengan blog
  • Tips Buat Duit Dengan Blog

Bersaing pon apa salahnya kan tongue

4.2 Letakkan keyword di tempat-tempat yang menjadi tumpuan spider Engine pencarian.
 Antara tempat paling mendapat perhatian google search engine adalah :-
  • URL BLOG - contoh :- shahurl.blogspot.com/2011/07/cara-buat-duit-dengan-blog.html
  • Tajuk Entri - Masa korang tengah merangka entri tu, isi keyword yang korang target sebagai tajuk
  • Mukadimah - Perkataan permulaan selalunya jadi perhatian si spider dalam menentukan index entri kita.
  • Tag / label / kategory - isi keyword target korang pada ruangan label tu. 
4.3 Jangan terlalu mendesak keyword terindex
Elakkan Supplemental Result Google - Jangan terlalu mendesak dalam meletakkan kata kunci / keyword yang kita target tu terlalu banyak dan dengan teknik 'menipu'. Google misalnya, kurang gemar dengan semua ni. Di mana URL dan entri korang tu tak akan terindeks sama sekali jika korang :-

  • Meletakkan keyword yang terlalu banyak sama. Contohnya hampir 50% entri korang tu asyik perkataan 'buat duit dengan blog' je. Maka, google akan menganggap penulisan itu sebagai SPAM dan tak releven. Memang tak releven pon kan? 
  • Menggunakan ilmu hitam - di mana tulisan korang tak nampak. contohnya korang tulis 'buat duit dengan blog' tapi font tulisan tu tak nampak sebab korang ubah sama dengan warna background. Google nampak tau. Tak baik smug
5. Ping Entri Selepas Entri siap di Publish
Selepas korang publish entri korang. Dah check ejaan, target keyword / kata kunci. Agak puas hati, korang ping entri tu. Untuk menjemput spider-spider search engine seperti Google, Yahoo, Bing etc datang tengok dan nilai-kan apa yang korang tulis tu dan kemudiannya di index mengikut penilaian korang tu. Doa la harap-harap keyword yang strategik tu dia suka agar wajar baginya meletakkan index di ranking teratas bila di cari dengan keyword tu. 

Antara site yang boleh ping entri korang adalah PingMyBlog.com ini.

Peringatan :
Jangan Ping banyak kali mahupun di site ping berlainan. Nanti Entri itu di kenakan penalty dan di kategorikan sebagai supplimental result dan spam lak, maka entri tu tak akan terindex [terutamanya Google].

6. Mencipta Backlink Yang berkualiti

6.1 Social Bookmaking
Cipta backlink di social bookmark yang dofollow dan ber-pagerank tinggi. Sebanyak mungkin Seperti :-
6.1 URL yang ada kata kunci sebagai Signature
  • Pasang je URL blog korang sebagai  Singature kat mana-mana forum [kat fb pon apa salahnya]
contoh url ada kata kunci :  shahurl.blogspot.com/buat/duit/dengan/blog/html

6.2 Rajin-rajin komen entri blog yang ber PR tinggi dan DoFollow
Komen di blog ber PR tinggi yang setting blog mereka sebagai dofollow dengan menyisipkan backlink. Tapi adalah lebih baik kita lebih berhemah menconteng komen k. Jangan lah nampak sangat nak backlink. Sebaiknya kita hargai dengan membaca entri lalu coment dengan memberansangkan pemilik blog berdasarkan entri pemilik. Agak bagus jika form comment tu macam di blog aku ini. ada CommentLuv boleh tinggalkan dan pilih link mana korang di tinggalkan dengan kemas.

6.3 Blog Dummy
Seperti gambarajah di bawah, buat beberapa blog berdasarkan niche blog yang korang target. dan cipta link ke blog utama yang korang amalkan SEO tu. Tak kira lah link dari entri ke dari sidebar etc.


6.4 Ajak owner blog yang ber PR tinggi tukar link
Ajak dengan sopan dan berhemah. Rapatkan jurang dahulu. Jika owner sombong - biarkan dia. jadikan itu sebagai penguat semangat haha jangan kecewa sangat. Sebab bukan mudah dan cepat berada di atas. Namun tidak bermakna sentiasa ter-atas.

6.5 [3 Way] link Exchange
3 way - 4 way dan selebihnya lebih berkesan berbanding individual exchangeLink berdua. seperti gambarah di bawah.

Ok, ini adalah hasil yang aku buat pencarian, dan aku hasilkan dulu kini aku kongsikan, semoga menjadi titik permulaan persahabatan sesama kita. Sebenarnya terlalu luas lagi ilmu ini. Malah tiada penghujung. Apa yang pastinya harus di cari kerana ianya berguna bukan sekadar di dunia sahaja. Jika korang ada nak tambah boleh lah share pada ruangan komen k. Semoga info tak seberapa ni membantu

Tambahan : Banyak lagi faktor yang mempengaruhi search engine lainnya seperti Tempoh dan usia sesebuah blog. Recycle teknik-teknik ini berulang kali, tanpa berhenti. Ianya mungkin mengambil masa untuk blog korang serasi dengan penilaian Google dan lainnya.

Seterusnya ikuti dengan klik cara naikkan google pageranking (PR) ini.

Sekian dari, Aku Seorang Blogger newbie

Blog SEO | Ranking teratas Google | Blog PR tinggi | Backlink Berkualiti | Niche Blog |
Keyword SEO | Meta Tag SEO | Spider Google | Supplimental Result Google |
Aku Seorang Blogger